BTC USD 48,073.1 Gold USD 1,754.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Exco Selangor cadang henti guna Proton

mido

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
SHAH ALAM 31 Okt. - Exco Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew mencadangkan agar kerajaan negeri menukar kenderaan rasmi yang digunakan sekarang iaitu Proton Perdana V6 dengan kereta lain.

Cadangan itu dibuat ekoran rasa kecewanya terhadap pengurusan pusat servis Proton di Glenmarie di sini yang didakwa bersikap sambil lewa dan enggan melayan aduan berhubung kerosakan kereta rasminya.

Pada Jumaat lalu dakwa beliau, pemandunya, M. Moneygaran telah membawa kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan, bagaimanapun pihak pengurusan Proton enggan membaikinya atas alasan pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak membayar wang penyelenggaraan.

Ekoran itu katanya, beliau bersama-sama pemandunya hampir terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam tadi apabila hud hadapan kereta itu terbuka secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan cermin hadapan pecah.

"Saya akan minta semua Exco bincang mengenai cadangan untuk menukar kenderaan rasmi ini. Saya tidak tahu jenis kenderaan Proton yang lain namun Proton Perdana V6, saya memang sudah rasakan ia tidak selamat.

"Jika kita tukar, yang pastinya bukan Proton lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Tan Khiew, beliau juga mahu pengurusan Proton memberikan penjelasan mengenai kejadian itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran berkata, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Proton awal pagi ini namun tiada seorang pun wakil syarikat itu datang melihat keadaan kereta tersebut.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi berkata, cadangan Tan Hiew tersebut tidak munasabah kerana sebarang urusan melibatkan kewangan termasuk pembayaran dibuat oleh Pegawai Kewangan Negeri.

"Saya fikir, kerosakan ini merupakan satu alasan yang sengaja dibuat oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menukar kereta rasmi Exco kepada kenderaan mewah yang lebih mahal.

"Jika benar, saya galakkan mereka pakai Mercedes-Benz atau Lexus seperti yang dipakai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tindakan itu mungkin dapat menggambarkan dasar 'berjimat-cermat' yang dilaungkan oleh mereka," katanya.

Tambah Khir, sepanjang menjadi Menteri Besar, beliau tidak menghadapi masalah menggunakan Proton Perdana V6 dalam sebarang urusan rasmi.


apo cer nih???
management mmg out le Gov baru Selangor nih..
payment servis pon kantoi/alpa...
then si roni hero 'ayam' nih cari reason la
nk tukau merz or lexus mcm khalid Ibrahim..

adoyaii, PR, cacamarba di Selangor..
mengada lebih..



apapon, steady Dr Khir...
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
MB S'ngor guna Lexus.... :eek:
Hebat tu.... :D

Guna duit sendiri atau duit kerajaan beli Lexus... :-?
 

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
pakai perodua kot...:))
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
MB S'ngor guna Lexus.... :eek:
Hebat tu.... :D

Guna duit sendiri atau duit kerajaan beli Lexus... :-?

mamat tu sebelum ni gaji dia 100k sebulan..apa ada hal...:cool::cool:
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
mamat tu sebelum ni gaji dia 100k sebulan..apa ada hal...:cool::cool:
sebab tu lah sia nak kepastian, MB S'ngor guna Lexus tu duit dia sendiri atau kerajaan punya.... :D

Kalau duit sendiri, nak beli helikopter atau kapal terbang memang tak ada sapa boleh pertikai... :D
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
nk tiru MB Terengganu ker tu....?
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
sebab tu lah sia nak kepastian, MB S'ngor guna Lexus tu duit dia sendiri atau kerajaan punya.... :D

Kalau duit sendiri, nak beli helikopter atau kapal terbang memang tak ada sapa boleh pertikai... :D

jgn risau nanti mesti ada penjelasan punya....
aku x pelik sgt coz sebarang gerak geri kerjaan PR sentiasa diteliti oleh BN...jd aku x rasa khalid salahgunakan duit rakyat utk keperluan peribadi dia,kalu tak kompom dah berdegau2 juak umno canang punya...:eek::eek::eek:
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
nk tiru MB Terengganu ker tu....?

tatau la...
kes ganu yg kerajaannya(BN) pandai manage duit bak kata mido alasan duk bayar repair ngan hage x masuk akal....tp dah tau tetap pi repair bayar gak...kecap amanah la katakan...:eek::eek::eek:
 

wanzex

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,554
Reaction score
1,103
Points
191
tatau la...
kes ganu yg kerajaannya(BN) pandai manage duit bak kata mido alasan duk bayar repair ngan hage x masuk akal....tp dah tau tetap pi repair bayar gak...kecap amanah la katakan...:eek::eek::eek:

org tgh mabuk... ckp pon bukan main lagak lagik! ~X(
 

JiwaTenang

Active Member
Joined
Sep 9, 2008
Messages
2,024
Reaction score
23
Points
30
hek elehh ,mido..tu MB Terengganu dah siap2 pakai MERC..apehal ko diam pulakkkkk.....ni baru nak cadang tukar..ape aaa....pakai otak la bro
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register