Exco Perak disyaki rogol pembantu rumah

CG Sponsors




Sponsored Post

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,143
Reaction score
555
Points
81
tn pelitaminyak, dlm kes ni adun tronoh ni tertuduh, didakwa oleh peguam negara

pihak pembelaan mewakili tertuduh ni nak pindahkan kes dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi, mahkamah sesyen tak bagi
pastu buat rayuan ke mahkamah tinggi, mahkamah tinggi pun tak bagi
ni buat rayuan kat Mahkamah Rayuan pulak.

rasanya saja je nak menangguhkan kes. bimbang klu terus masuk bicara nanti public akan tahu segala isi cerita..
Saya tahu tapi selagi okt masih memegang jawatan, dari moral pun salah, dari segi undang2 pun salah, beliau boleh mempengaruhi sistem kehakiman terutama dia dipihak pemerintah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,775
Reaction score
10,350
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)
7 min ·
Sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Kes rogol exco: 3 Mac keputusan gantung prosiding perbicaraan
Bernama
Diterbitkan Hari ini 4:18 petang


Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini menetapkan 3 Mac bagi keputusan permohonan pihak pembelaan untuk menggantung prosiding perbicaraan kes rogol membabitkan Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Norashima Khalid turut memerintahkan pasukan pembelaan memfailkan satu notis bertulis berhubung permohonan berkenaan pada 18 Feb selain pihak pendakwaan perlu mengemukakan afidavit balasan pada 25 Feb.

"Tertuduh (Yong) perlu hadir pada tarikh berkenaan (3 Mac) selain penetapan tarikh keputusan permohonan. Pada hari berkenaan (3 Mac), perlu ada hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak. Saya tidak mahu ada lagi lanjutan atau sebarang alasan, mesti ada hujahan balas (pembelaan dan pendakwaan),” katanya.

Dalam prosiding itu, peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Yong berkata permohonan itu dibuat atas alasan bahawa pihaknya telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan semalam, selepas permohonan memindahkan kes itu daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi ditolak Mahkamah Rayuan di Putrajaya.



Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar pula kata pihaknya telah bersedia untuk meneruskan perbicaraan bersama saksi-saksi.

"Memfailkan notis permohonan bukan alasan untuk menangguhkan perbicaraan melainkan mahkamah (Sesyen) memikirkan ada sebab-sebab munasabah yang lain," katanya.

Rajpal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata tarikh untuk mendengar keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan masih belum ditetapkan.

"Kami belum dapat tarikh sebab ia proses yang panjang. Hakim Mahkamah Rayuan perlu menulis alasan penghakiman mereka, baru rekod rayuan akan disiapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan,” katanya sambil menambah tarikh perbicaraan yang ditetapkan esok sehingga Jumaat ini dilapangkan.

Pada 5 Dis tahun lepas, Norashima menetapkan tarikh perbicaraan Yong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, pada 10 hingga 14 Feb 2020.

Pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan manakala Yong juga diwakili peguam Salim Bashir dan peguam Farhan Sapian.
Pada 23 Ogos tahun lepas, Yong, 50, yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia di sebuah rumah di Meru Desa Park, di antara 8.15 malam dengan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogol dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim dengan Hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan untuk menolak permohonan itu manakala Hakim Datuk Rhodzariah Bujang menentang keputusan itu.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,775
Reaction score
10,350
Points
1,896
isu:
permohonan tertuduh
memindahkan kes rogol tertuduh agar dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi: tolak
Mahkamah Rayuan:tolak
Mahkamah Persekutuan; sedang failkan rayuan

Bicara rogol:10 hingga 14 Feb.

keputusan permohonan tertuduh gantung prosiding: 3 Mac
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,775
Reaction score
10,350
Points
1,896
teruk punya perangai pihak pembelaan dan tertuduh ni
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,143
Reaction score
555
Points
81
Elok jgn bagi ikat jamin, cepat je prosiding tu sebab nak bagi habis cepat, jatuh je hukum kalau bersalah, prk sekali lagi .......
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,713
Reaction score
1,997
Points
206
isu:
permohonan tertuduh
memindahkan kes rogol tertuduh agar dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi: tolak
Mahkamah Rayuan:tolak
Mahkamah Persekutuan; sedang failkan rayuan

Bicara rogol:10 hingga 14 Feb.

keputusan permohonan tertuduh gantung prosiding: 3 Mac
kenapa nak gantung prosiding?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,775
Reaction score
10,350
Points
1,896
kenapa nak gantung prosiding?
soalan bagus :)

gini tn kopirait, 10 hingga 14 Feb ditetapkan utk bicara kes rogol.

namun dalam masa yg sama, permohonan tertuduh utk memindahkan prosiding kes rogol ni dari mahkamah sesyen ke mahkamah Tinggi tgh berjalan.
jadi menurut hemat tertuduh, selagi Mahkamah tak benarkan prosiding kes rogol ni dipindahkan, selagi tu la bicara kes rogol ni takleh dilaksanakan. jadi gantung prosiding berlaku. kes hold seketika

misalnya Mahkamah dah betul betul putuskan sebagaimana yg tertuduh mohon, iaitu kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, barulah bicara dijalankan
setakat ni Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak permohonan tertuduh ni, jadi tertuduh buat rayuan kat Mahkamah Persekutuan

rayuan kat Mahkamah persekutuan lak ambik masa lama sedangkan sepatutnya semalam dah berlangsung bicara, tapi disebabkan Mahkamah Rayuan tolak permohonan tertuduh semalam, jadi bicara nanti kena ditetapkan tarikh lain

tu yg Mahkamah Sesyen dah bagi tarikh keputusan pada 3/3 pasal permohonan tertuduh nak gantung prosiding, boleh atau tak..

kalau Mahkamah putuskan tak boleh gantungprosiding, maksudnya walau Mahkamah Persekutuan belum dengar rayuan tertuduh utk pindah kes, tapi kes kena dijalankan jugak..

gitu lah kiranya tn kopirait :)
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
892
Points
111
Paul Yong sisijil palsu akan bebas atas dasar teknikaliti, bukti tak kuat. Saksi dah balik kampung.
Nanti boleh upkan post ni ye nanti. 11.2.2020.
Bye
 
Sponsored Post
Top
Log in Register