Exco Perak disyaki rogol pembantu rumah

Recommended Brokers


puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,682
Reaction score
1,521
Points
191
Masalah diselesaikan secara dalaman parti - Kor Ming

12 September 2019 12:35 PM


PENGERUSI DAP Perak, Nga Kor Ming ketika ditemui pemberita selepas Penyerahan Cek Peruntukan Khas kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kawasan Ipoh di SMJK Ave Maria di Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE/KAMAL BASIR WAHAB


IPOH 12 Sept. - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming enggan mengulas mengenai pergolakan dalaman parti itu ekoran dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu meletak jawatan dalam Jawatankuasa DAP negeri semalam.

Ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu, Kor Ming berkata masalah itu akan diselesaikan secara dalaman parti.

"Ini adalah masalah dalaman dan kita akan selesaikannya secara dalaman parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kawasan Ipoh di SMJK Ave Maria di sini hari ini.

Semalam, ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih masing-masing meletak jawatan sebagai Timbalan Bendahari DAP negeri dan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak.

Mereka berbuat demikian kerana membantah kenyataan Kor Ming bahawa kedudukan ahli exco kerajaan negeri dari DAP, Paul Yong Choo Kiong yang berdepan pertuduhan rogol di mahkamah, akan dibincangkan pada peringkat Pakatan Harapan (PH).

Malah, Thye Yih secara terbuka mengkritik Kor Ming sebagai diktator kerana tindakan dan cara pengendaliannya yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Thye Yih juga mendakwa ramai ahli yang tidak berpuas hati terhadap Kor Ming yang menunjukkan sikap diktator dalam setiap tindakannya. - UTUSAN ONLINE

Nga kor ming dia nak jadi menteri besar perak mestilah kena ada sifat diktator agar yeop2 dan yong2 kat perak nun patuh cakap dia.
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,546
Reaction score
1,145
Points
196
Nga kor ming dia nak jadi menteri besar perak mestilah kena ada sifat diktator agar yeop2 dan yong2 kat perak nun patuh cakap dia.
betulkah ramai keturunan cina komunis di perak?
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Sinar Harian
1 jam

DAP Perak sentiasa dianggap sebagai contoh terbaik oleh negeri lain daripada segi pencapaian semasa Pilihan Raya Umum (PRU) - Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh


AJK DAP Perak sokong Kor Ming terus terajui parti

13 September 2019


Laporan Sinar Harian kelmarin. Gambar kiri: Wong Kah Woh

IPOH - Ahli Jawatankuasa DAP Perak akan memberikan sokongan penuh kepada pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk terus memimpin parti itu di negeri ini.


Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, DAP Perak sentiasa dianggap sebagai contoh terbaik oleh negeri lain daripada segi pencapaian semasa Pilihan Raya Umum (PRU), pengurusan organisasi dalaman parti, pengurusan kewangan dan sebagainya.

Menurutnya, kejayaan itu didorong kepimpinan berkualiti dan semangat berpasukan yang tinggi di dalam parti.


"Jawatankuasa DAP Perak mengulangi sokongan kami terhadap kepimpinan pengerusi kami, Nga Kor Ming. Semua ahli seharusnya bersatu hati memperkukuhkan parti dan terus berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati.

"Kita perlu sentiasa ingat, semangat berpasukan yang membawa kita selama ini untuk bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan di Facebook DAP Perak semalam.

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP kini berada dalam kerajaan dan berjaya meningkatkan kemudahan di kampung baharu.

"Kita juga berjaya menambahkan peruntukan untuk sekolah-sekolah dan seluruh kepimpinan di semua peringkat parti bersama-sama rakyat dalam Festival Tanglung yang berlangsung baru-baru ini," katanya.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Leow Thye Yih mendesak Kor Ming meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Perak kerana mendakwa kepimpinannya telah lari daripada prinsip demokrasi diamalkan sejak sekian lama di dalam DAP.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register