Exco dituduh beri sogokan RM500

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEREMBAN: Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan didakwa terbabit menyogok seorang ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 agar mengundinya pada pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian itu bulan lalu.

Difahamkan, ketua Puteri terbabit sudah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan itu yang turut mengandungi dakwaan dia dipaksa oleh Exco terbabit menandatangani surat perakuan fitnah.

Surat yang disediakan Exco itu dikatakan mengandungi tuduhan bahawa ketua Puteri itu menerima sejumlah wang daripada pencabar Exco terbabit bagi jawatan ditandinginya, tetapi difahamkan ketua Puteri itu enggan menandatangani surat berkenaan.

Ketua Puteri itu juga dikatakan sudah mengemukakan aduan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Umno, Tengku Rithaudeen Tengku Ismail yang turut mengandungi afidavit termasuk surat perakuan sumpah berhubung dakwaannya itu.

Pengarah BPR negeri, Roszaini Abu, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima aduan ketua Puteri terbabit.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, berkata beliau ada diberitahu mengenai laporan yang dibuat ketua Puteri itu dan meminta BPR serta Lembaga Disiplin Umno menyiasat aduan yang dikemukakannya.

Dia kasi rasuah dah tu suruh orang sain surat pengakuan yang lawannya yang beri rasuah...macam drama ****** ler pula...umno...umno...umno dengan fitnah dan rasuah tak dapat dipisahkan
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
Umno = rasuah = sinonim
 

harraz asyraaf

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
7,794
Reaction score
93
Points
70
macam2 da...

makin hari makin byk pekung UMNO ni ditayangkan ke khalayak ramai...elokla tu...

RM500 pun nak bagi..len kali..bagila besar sket...bagila RM5,000 sorang ker...ni RM500...baik bagi RM50 jer...
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
bukan nak bagi... yang bahalol tue pun nak amik... ades..
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Sebab tu kene tgk sape kepale pemimpin tu. Dah kepale pemimpin tu hantu rasuah, jgn la marah kalo org kata anak anak buah die pulak zombi rasuah. Ni news 100% x spin langsung :eek::eek::eek:

Acceptance --> Exco dituduh beri sogokan RM500

UMNO is going through the five stage of dying​

1) Denial ------> Nafi tarikh parlimen bubar, Pembunuhan Altantuya, Hubungan sayfool dgn najib, Perpecahan dalaman umno, Minyak naik inflasi x naik, Kehilangan Bala (kesahihan akuan bersumpah), Malaysia bukan negara Islam (Malaysia sebuah negara sekular, kata MCA . MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. “Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, dalam satu kenyataan hari ini.), Video linggam, Dakwaan Rasuah Exco Perak : BPR menafikan ada unsur Rasuah Seks, Kerajaan umno/bn Telah Lama Luluskan 10% Untuk Non-Bumi Masuk UiTM (Sendiri Buat Sendiri Tak Mengaku), Kesahihan laporan Pusrawi (doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat), “Remember 1986 in Padang Merbok. UMNO supporters killed a PAS supporter Osman Talib aged 33, who came from Pendang”, Gerakan sokong papan tanda pelbagai bahasa. Teng berkata, isu papan tanda pelbagai bahasa sudah banyak kali dibangkitkan sejak Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). "Sebenarnya cadangan itu sudah dipersetujui oleh Exco BN lalu dan peruntukannya juga ada. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekalahan teruk pada pilihan raya lalu," katanya, SPR: Jawapan PM 'tidak masuk akal', Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan, Kedah sedia buka ladang [email protected]!, Ladang [email protected]! tidak dibuka di Bukit Selambau: ''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pemuda PAS Desak Kerajaan Perjelas Isu MoU Al Azhar : “Bila kita berjumpa pengurusan al-Azhar, al-Azhar kata bukan mereka yang batalkan, tetapi kehendak kerajaan Malaysia,” jelasnya kepada Malaysiakini, Isu ladang [email protected]!: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah "Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid, Isu [email protected]!: Media harian ketandusan isu 'Sedangkan keputusan untuk menternak [email protected]! dibuat kerajaan Barisan Nasional yang diteruskan kerajaan yang ada sekarang' n byk lagi

2) Anger -------> Salahkan org lain yg padahal umno sendiri yg lemah, rasuah n pecah amanah menyebabkan ahli ahli peringkat akar umbi menolak kepimpinan pak lah. Salahkan PAS memecahbelahkan masyarakat, Mencarut dalam parlimen, Banner pilihanraya UMNO yg melampau (Dari Permatang Pauh Sondoi Putrajaya), Insiden baling kerusi di mesyuarat Wanita Kuala S'gor, Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin, Mesyuarat Perwakilan Umno Seremban tangguh kerana kekecohan, Perwakilan bertumbuk, mesyuarat UMNO Bahagian Seremban ditangguh n banyak lagi

3) Bargaining --> Cube pakat dgn PAS namun gagal. Sanggup berkongsi kuasa dgn PAS n menjadikan jawatan Menteri Besar sebagai habuan n banyak lagi

4) Depression --> Cube merasuah MP PR dari Negeri Perak, Tuduhan liwat DSAI (Mintak DNA), Istiharkan jihat, Bantuan kepada SAR disalurkan semula, Nama Pengundi Hilang (KeADILan kesan 949 pengundi hilang dalam daftar pemilih), Meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN (ade member (wealthgainer) kat Putrajaya sahkan), Laporan Media Yang Senget Sebelah (dari dulu lagi dah), Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan (Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69), Mengambil Kad Pengenalan Pengundi, Forum Perdana Anjuran UMNO (Tak Mendapat Sambutan), Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah, Menggunakan Identiti Parti Lain Sebagai Modal Politik Sendiri (Bagi banner yang menonjol PAS secara agrasif dilentakkan di kawasan majoriti bukan Islam), Salahguna Lambang PKR utk tujuan Provokasi (Guna Baju bn bertopengkan PKR), Ezam terima ugutan bunuh (Org Lain Sibuk Berkempen, Die Sibuk Kene Ugut. Tak De Masalah Org Nak Bunuh Die Ni), Bom di bilik gerakan Umno, KeADILan tidak ada kena mengena (Puteri umno kene halau oleh tuan tanah), Imam Ustaz Ramlang Porigi: Imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah dan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut, Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah, Rasuah: RM 1 Juta Utk Sekolah Cine, TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar, Kes Rasuah Exco Perak : Projek Perumahan Tidak Wujud - MB Perak (Kerajaan negeri gesa BPR dan media mohon maaf dalam 24 jam), Harga Minyak Petrol RM 2.55 seliter mulai esok (Fikir 2 minit je dah boleh turun. Tak nyempat nyempat nak tunggu 1 Sept),Umno dakwa Anwar agen Kristian, Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan (Kalo benar ape yg dikata, dah lama dah BPR siasat. Tgk kes SAPP n Kes Exco Perak. Walhal surat layang pon BPR akan layan. Cepat, Pantas tapi Tak Tepat. Akhirnye Nak Kena Saman.), Ahli Parlimen BN Diarah Bercuti ke Luar Negara, Isu Kenaikan Cukai Tanah 500% Hanya Gimik Politik, Bekas ahli jawatankuasa UMNO ditangkap berkhalwat di kebun getah n banyak lagi

5) Acceptance --> Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh, Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu' (sendiri buat sendiri mengaku), Datuk Seri Syed Hamid Albar: Anwar berhak dapat laporan polis (sendiri buat sendiri heran), Parti Gerakan Keluar Barisan Nasional, Alex Thiagarasan menyertai DAP, TPM: Turun Harga Minyak (Dulu Kata X Boleh Nanti Negara Bagkrap, Dekat Pilihan Raya Boleh Pulak), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dua Ahli Parlimen Gerakan Sertai PKR, Pengundi Cina: Kami Beri Peluang Pada Anwar (Org bukan Islam pon dah Percaya Anwar, umno memalukan),Anwar trend rakyat tolak BN? (Jgn la buat tak perasan pulak), Sabah MPs reject loyalty pledge, TDM: But Umno and its other leaders are useless, Gerakan Kaji Kedudukan Dalam BN Jika Tiada Perubahan, Kata Tsu Koon, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama, PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa - Ku Li (Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia), Barisan Nasional’s rebellious Sabah Progressive Party (SAPP) showed its defiance by openly backing Pakatan Rakyat yesterday, SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat, Ahli umno Pletong Tengah Keluar Parti dan Menyertai PAS, Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender, UMNO Sabah disaran sokong usul pertahan Utusan, Veteran UMNO Kelantan lancar Tabung Pembelaan Utusan, Politik wang merebak ke akar umbi :: Rais Yatim, Raja Petra dijangka bebas petang ini. Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah, UMNO terima 900 aduan politik wang, MB Pahang kata rasuah dalam Umno ketika ini paling parah, Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir : "Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang, Tun Mahathir dirayu jangan dedah nama : Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa mempunyai senarai pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang dan berhasrat mendedahkannya jika Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan tegas ke atas ahli tersebut, Exco dituduh beri sogokan RM500 n banyak lagi


p/s: Yg color biru tu yg terbaru...harap maklum

Yg color hijau tu adalah Evergreen

Datuk K.S. Nallakaruppan and Dato’ Muhammad Shafee Abdullah were behind the conspiracy to frame Dato’ Seri Anwar Ibrahim on sodomy charges back in 1998. This was confirmed by Nalla’s driver, Thagarajoo a/l Thangavelu, in a Statutory Declaration signed on 21 August 2008. <------ Tengah tunggu umno buat penafian :))
 

ayop

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
4,041
Reaction score
0
Points
20
SEREMBAN: Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan didakwa terbabit menyogok seorang ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri ini sebanyak RM500 agar mengundinya pada pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian itu bulan lalu.

Difahamkan, ketua Puteri terbabit sudah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan itu yang turut mengandungi dakwaan dia dipaksa oleh Exco terbabit menandatangani surat perakuan fitnah.

Surat yang disediakan Exco itu dikatakan mengandungi tuduhan bahawa ketua Puteri itu menerima sejumlah wang daripada pencabar Exco terbabit bagi jawatan ditandinginya, tetapi difahamkan ketua Puteri itu enggan menandatangani surat berkenaan.

Ketua Puteri itu juga dikatakan sudah mengemukakan aduan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Umno, Tengku Rithaudeen Tengku Ismail yang turut mengandungi afidavit termasuk surat perakuan sumpah berhubung dakwaannya itu.

Pengarah BPR negeri, Roszaini Abu, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima aduan ketua Puteri terbabit.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, berkata beliau ada diberitahu mengenai laporan yang dibuat ketua Puteri itu dan meminta BPR serta Lembaga Disiplin Umno menyiasat aduan yang dikemukakannya.

Dia kasi rasuah dah tu suruh orang sain surat pengakuan yang lawannya yang beri rasuah...macam drama ****** ler pula...umno...umno...umno dengan fitnah dan rasuah tak dapat dipisahkan
baru didakwa terbabit. tunggu keputusan hasil sisatan BPR. :)):D
 

ridersenja

Active Member
Joined
Jul 24, 2007
Messages
1,090
Reaction score
23
Points
25
huh.. berpeloh membaca post #6. Semua kesalahan dicompress dlm satu post.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register