BTC USD 61,105.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Exabytes Di Serang Ransomware

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Penyedia perkhidmatan pelayan laman sesawang dan domain terkemuka di Malaysia, Exabytes memaklumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa serangan ransomware. Exabytes memberitahu, serangan ransomware itu dikesan berlaku sekitar jam 5.00 pagi semalam (18 September 2021) yang mengakibatkan berlakunya gangguan terhadap pelayan mereka.

Sekaligus menyebabkan sebahagian pelanggan mereka terjejas dengan serangan tersebut. Exabytes menyatakan pasukan mereka kini sedang menangani serangan tersebut dan sedang berusaha mengembalikan perkhidmatan yang terjejas. Pihak Exabytes juga telah memaklumkan kepada pihak berwajib dan bekerjasama dengan mereka bagi memastikan keselamatan data para pelanggan mereka.

Kepada pelanggan Exabytes yang terjejas, mereka boleh menghubungi pihak Exabytes bagi mendapatkan sokongan dan info lebih lanjut berkenaan insiden serangan yang berlaku ini di laman sokongan Exabytes Ransomware Attack: Service Disruption and Disk Issues.

Setakat ini, pihak Exabytes tidak mendedahkan berapa ramaikah pelanggan mereka yang terjejas. Di Malaysia, Exabytes mempunyai 2 pusat data yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Exabytes juga mempunyai pusat data di Singapura, Amerika Syarikat dan Indonesia.
1632112162040.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Penggodam Meminta USD900K Tebusan Dalam Bentuk Kriptowang

Kita sedia mendengar berkenaan pelbagai serangan perisian tebusan akhir-akhir ini. Terbaru, salah satu syarikat tempatan, Exabytes turut menjadi mangsa untuk serangan perisian tebusan, atau dikenali sebagai ransomware ini. Menurut Exabytes, mereka menjadi mangsa serangan perisian hasad pada awal pagi ini, dimana penggodam berkenaan meminta sebanyak USD$900K sebagai wang tebusan, dan perlu dibayar dalam bentuk kriptowang.

Ini sekaligus membawa kepada beberapa masalah teknikal, dan kesukaran capaian perkhidmatan Exabytes. Exabytes mengatakan pasukan teknikal mereka sedang berusaha keras dalam membaik-pulih keseluruhan perkhidmatan secepat mungkin.

 

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,748
Reaction score
313
Points
46
Penyedia perkhidmatan pelayan laman sesawang dan domain terkemuka di Malaysia, Exabytes memaklumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa serangan ransomware. Exabytes memberitahu, serangan ransomware itu dikesan berlaku sekitar jam 5.00 pagi semalam (18 September 2021) yang mengakibatkan berlakunya gangguan terhadap pelayan mereka.

Sekaligus menyebabkan sebahagian pelanggan mereka terjejas dengan serangan tersebut. Exabytes menyatakan pasukan mereka kini sedang menangani serangan tersebut dan sedang berusaha mengembalikan perkhidmatan yang terjejas. Pihak Exabytes juga telah memaklumkan kepada pihak berwajib dan bekerjasama dengan mereka bagi memastikan keselamatan data para pelanggan mereka.

Kepada pelanggan Exabytes yang terjejas, mereka boleh menghubungi pihak Exabytes bagi mendapatkan sokongan dan info lebih lanjut berkenaan insiden serangan yang berlaku ini di laman sokongan Exabytes Ransomware Attack: Service Disruption and Disk Issues.

Setakat ini, pihak Exabytes tidak mendedahkan berapa ramaikah pelanggan mereka yang terjejas. Di Malaysia, Exabytes mempunyai 2 pusat data yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Exabytes juga mempunyai pusat data di Singapura, Amerika Syarikat dan Indonesia.
1632112162040.png
alamak tak sempoi betul laa hosting kampeni besar kena mcm nie...nak jom hosting mana lagi bos yg selamat?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register