Ex-PM Australia Dakwa Pilot MH370 Bunuh Diri Bersama Penumpang

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,751
Reaction score
3,567
Points
236
19.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott membuat pendedahan "tahap tertinggi" bahawa kerajaan Malaysia sejak awal percaya tragedi MH370 adalah plot bunuh diri.

Dalam dokumentari bertajuk MH370: The Untold Story yang bakal ditayangkan di Australia minggu ini, Abbott berkata, dalam masa dua minggu adalah sangat jelas kepadanya bahawa pesawat itu hampir pasti sengaja dijatuhkan oleh juruterbang, menurut laporan The Australian.

Pesawat malang berkenaan dipandu oleh Kapten Malaysia, Zaharie Ahmad Shah.

"Pemahaman saya - pemahaman yang sangat jelas saya - daripada peringkat teringgi kerajaan Malaysia bahawa sejak awal-awal lagi mereka berpendapat ia adalah jenayah bunuh diri oleh juruterbang," kata Abbott yang merupakan perdana menteri Australia apabila pesawat itu hilang pada 8 Mac 2014.

"Saya tidak akan mengatakan siapa kata kepada siapa. Tetapi saya menegaskan sekali lagi - Saya mahu sangat jelas - ia difahami di peringkat tertinggi bahawa ini adalah hampir pasti bunuh diri oleh juruterbang," kata Abbott.

"Pembunuhan-bunuh diri besar-besaran oleh juruterbang,"

Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777, yang hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal, terus membingungkan pakar penerbangan, ahli keluarga dan masyarakat dari seluruh dunia.

Operasi mencari dan mengesan pesawat berakhir pada Mei 2018 apabila syarikat carigali yang berpangkalan di Amerika Syarikat Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu setelah mencari lebih 112,000 km persegi di dasar laut dalam, sepanjang lebih daripada tiga bulan.

Pada Julai 2018, Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370, dalam laporan 449 mukasurat, menyimpulkan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa 'gangguan menyalahi undang-undang' oleh pihak ketiga menyebabkan kejadian itu.

"Selamat malam. Malaysia tiga-tujuh-sifar," adalah kata-kata terakhir diucapkan kapten kepada kawalan trafik udara sebelum pesawat itu hilang dari radar di pada jam 01:21.

Data satelit menunjukkan pesawat itu menyimpang dari laluan, membuat siri pusingan ke Selat Melaka dan kemudian ke arah Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan sayap, yang dikenali sebagai flaperon, telah disahkan dari MH370.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511362
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,751
Reaction score
3,567
Points
236
Bersuaralah, Desak Kit Siang Pada Pemimpin BN

19.02.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, menggesa pemimpin BN yang sebelum ini menganggotai kerajaan agar bersuara menjawab dakwaan mengejutkan dibuat bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott, mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines, MH370.

Abbot mendakwa, dia diberitahu oleh pegawai kanan Malaysia bahawa kemalangan menimpa pesawat udara itu disebabkan tindakan juruterbangnya yang membunuh diri bersama seluruh penumpangnya.

Kata Lim rakyat Malaysia dan Australia mesti terkejut dengan laporan rangkaian stesen TV Sky News yang memetik Abbot bahawa dia dimaklumkan mengenai maklumat berkenaan.

"Dunia tentu menanti-nanti siaran laporan bersiri dua bahagian itu malam ini dan malam esok kerana ia akan mendedahkan butiran penting mengenai kehilangan MH370," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Abbott merupakan perdana menteri ke-28 Australia yang mengetuai kerajaan negara itu antara 18 Sept 2013 hingga 15 Sept 2015. Tragedi MH370 berlaku pada 8 Mac 2014 dan sehingga kini tanda tanya keberadaan pesawat dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing itu belum terjawab.

Katanya, ada maklumat "peringkat tertinggi" daripada kerajaan Malaysia yang mendakwa kemalangan itu merupakan suatu plot membunuh diri oleh juruterbangnya.

Dakwaan Abbot, 62, terkandung dalam dokumentari bertajuk MH370: The Untold Story yang bakal ditayangkan di Australia melalui rangkaian Sky News.


Tak dapat pastikan punca

Pesawat malang berkenaan dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal.

"Mengikut apa yang saya faham - kefahaman saya yang sangat jelas - daripada peringkat yang paling tinggi dalam kerajaan Malaysia bahawa sejak awal-awal lagi mereka berpendapat ia adalah jenayah bunuh diri yang dilakukan oleh juruterbang.

"Saya tidak akan menyatakan siapa yang berkata begitu kepada siapa, tetapi saya menegaskan sekali lagi - saya mahu ia betul-betul jelas - ia difahamkan oleh peringkat tertinggi bahawa (kemalangan kapal terbang) itu hampir pasti (akibat) bunuh diri oleh juruterbangnya," kata Abbott.



Kata Lim sebuah suruhanjaya antarabangsa wajar ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pesawat udara Boeing 777 tersebut ekoran dakwaan dibuat Abbot itu.

Operasi pencarian terkini untuk mengesan pesawat udara itu berakhir pada Mei 2018 membabitkan syarikat penerokaan berpangkalan di AS, Ocean Infinity. Bagaimanapun usaha tersebut gagal mengesan sebarang maklumat selepas mencari lebih di kawasan seluas lebih 112,000km persegi selama lebih tiga bulan.

Pada Julai 2018, Pasukan Siasatan Keselamatan MH370 - dalam laporannya yang setebal 449 halaman - membuat kesimpulan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan kapal terbang berkenaan.



Mereka bagaimanapun tidak itu menolak kemungkinan wujud "campur tangan yang menyalahi undang-undang" oleh pihak ketiga yang menyebabkan kejadian itu.

"Good night. Malaysian three-seven-zero (Selamat malam. Malaysia tiga-tujuh-sifar," adalah kata-kata terakhir direkodkan daripada juruterbang terbabit kepada menara kawalan sebelum ia hilang dari radar pada jam 1:21 pagi.

Data satelit menunjukkan pesawat itu kemudian menyimpang, membuat beberapa siri pusingan tidak teratur di Selat Melaka dan kemudian menuju ke Lautan Hindi.

Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap telah ditemui, yang dikenali sebagai flaperon, disahkan sebahagian daripada MH370.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511382
 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
11,933
Reaction score
50
Points
130
teringat zaman baru2 mh370 ni hilang..muncul lah sorg dua time travel ni bagi mcm2 teori n paling best siap berepisod lagi, lps teori2 mengarut dia xdapat dibuktikan terus masuk gua..tggu nanti kalau kuar apa2 konspirasi baru confirm muncul balik n buat id baru lagi..part paling best ade kalangan member sendiri cakap "saya masih tertunggu2 cerita berikut tuan" 😂
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
67,908
Reaction score
10,672
Points
1,896
Ab Jalil Backer
37 min


Hishammuddin Hussein

· 2 jam

With regards to the recent statement by the Former Prime Minister of Australia, Tony Abbott regarding the MH370 incident, I would like to stress that during my tenure as Acting Transport Minister, we had explored every single lead and possibility regarding the missing aircraft which included speculations, theories and any relevant information at that time. This was done with the full cooperation of international authorities and to the best of our abilities.

Over the course of the investigation, new information and leads surfaced on a constant basis, and I have always maintained consistently then that all information needed to be properly verified and all evidence corroborated before further action was taken. In the best interest of the public, I had also shared timely updates on the investigation especially during my daily media briefings and interviews.

Being transparent, releasing corroborated developments, and establishing what actually happened had always been my priority. Revealing anything which has not been corroborated would have affected the ongoing investigations and would be unfair to the families of the passengers onboard MH370 and the general public. It would have been an irresponsible and insensitive thing to do.

Unfortunately, until the end of my tenure as Acting Transport Minister, the investigation team did not report to me any conclusive answers on the exact cause of the missing plane. Therefore, I repeat my plea again as I have done previously - to anyone who has any relevant information on this incident which may assist in the investigation to immediately provide it to the relevant authorities for further action.

Nonetheless, I am eternally grateful for the support of our friends and the international community including the Australian Government, who had assisted us by sharing their data and their resources as we searched for MH370. A day has not passed that I have not prayed for a swift closure to this tragedy and for truth to prevail. My thoughts and prayers remain with the families and the friends of those on board the plane.






 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,050
Reaction score
1,571
Points
206

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Jamil Rakon (tengah) menyaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador (kanan) menandatangani plak perasmian Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dan Balai Polis Pantai pada 19 Februari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiada bukti juruterbang MH370 dalam misi bunuh diri
Februari 19, 2020 5:49 pm

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Belum ada bukti yang kukuh bahawa juruterbang pesawat MH370 berkemungkinan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membunuh diri seperti didakwa bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata perkara itu adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya dengan mengambil pelbagai sudut siasatan berikutan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines itu.

“Selagi rangka kapal terbang berkenaan (MH370) tidak ditemui, punca sebenar kehilangan pesawat itu tidak boleh dimuktamadkan.

“Sehingga kini, kami masih tidak menemui sebarang rangka kapal terbang itu, apatah lagi menemui manusia yang menjadi penumpang pesawat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata beliau tidak mengetahui siapa pegawai tertinggi Malaysia yang dimaksudkan oleh Abbott dalam pendedahan yang dibuatnya menerusi program dokumentari antarabangsa.

“Di pihak kita waktu itu, saya sendiri terlibat dalam siasatan kehilangan MH370 dan kami menyiasat daripada kesemua aspek termasuk dari segi keganasan, ‘hijack’ (rampas) oleh pihak tertentu serta pelbagai teori lain menggunakan teknologi canggih sehingga banyak fakta sudah terkumpul,” katanya.

Beliau berkata Abbott berhak menyatakan pendirian berdasarkan maklumat yang diterimanya kepada media.
“Itu privileges (keistimewaan) beliau sebagai perdana menteri pada ketika itu, jika beliau hendak kongsi kepada media apa yang dibualkan dengan pegawai atasan Malaysia itu terpulang kepadanya.

“Saya di pihak polis tidak boleh memberi sebarang komen selagi pesawat MH370 tidak ditemui berdasarkan undang-undang malah kami bersedia membuka semula kertas siasatan jika rangka pesawat itu ditemui,” katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Abbott yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada 2014 ketika tragedi itu dipetik berkata pegawai ‘berpangkat tertinggi’ Malaysia memaklumkan kepadanya kehilangan pesawat MH370, disebabkan tindakan bunuh diri dan pembunuhan beramai-ramai oleh juruterbang pesawat berkenaan.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

– BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register