EURO EURO 2020 - Pusingan Kelayakan

Recommended Brokers


Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226


Gareth Southgate (kiri) menyisihkan Raheem Sterling pada perlawanan antarabangsa menentang Montenegro di Wembley esok. - Foto fail Reuters
Pesta England mungkin terjejas tanpa Sterling


LONDON: Hasrat England meraikan perlawanan antarabangsa ke-1,000 menentang Montenegro di Wembley esok sekali gus layak ke Kejohanan Euro 2020 boleh terjejas apabila Gareth Southgate menyisihkan Raheem Sterling.

Sayap Manchester City itu digugurkan selepas dia bergaduh dengan pertahanan Liverpool, Joe Gomez ketika berlatih di kem latihan England kelmarin susulan terbawa-bawa dengan keputusan perlawanan liga yang menyaksikan City kalah 1-3 di tangan Liverpool.

Sterling menjadi wira Three Lions sepanjang kempen kelayakan namun ia tercemar dengan insiden tak diduga itu hingga kes berkenaan menjadi bualan di luar padang.

Meskipun kalah mengejut di tangan Republik Czech bulan lalu, England telah memperagakan watak selaku pencabar kejuaraan Euro 2020 musim panas tahun depan sekali gus peluang terbaik menamatkan kamarau gelaran selama 54 tahun.

Sterling sudah menyumbat lapan daripada 26 gol untuk England sehingga dia dicanang antara pemain terbaik dunia untuk kelab dan skuad kebangsaan sejak England layak ke separuh akhir Piala Dunia di Russia 18 bulan lalu yang juga pencapaian terbaik Three Lions.

Selain itu, Sterling juga pemain paling lantang England menyuarakan bantahan ke atas gelagat negatif penyokong berkaitan isu perkauman yang menimpa beberapa pemain ketika berdepan Montenegro dan Bulgaria.

Dia juga berdiri teguh menyatu padukan pemain England bersama Southgate sejak jurulatih itu mengambil alih pasukan tiga tahun lalu.

Namun, England kini berdepan ujian paling berat apabila emosi pemain Liverpool dan City dalam pasukan kebangsaan itu tampak gagal dikekang ketika mereka bersama di atas padang.

Difahamkan, Southgate ada niat menyingkir terus Sterling tapi terpaksa membatalkannya selepas campur tangan beberapa pemain lain terutama kapten Liverpool, Jordan Henderson, yang membantu meredakan ketegangan sekali gus membolehkan Sterling kekal dalam skuad dan kembali meneruskan latihan.

"Saya selalu mencari langkah terbaik mengatasi cabaran peringkat kumpulan dan ia kerja paling sukar,” kata Southgate, semalam.

"Sepanjang tiga tahun bersama, kami memiliki persefahaman yang baik sehingga membantu kami kekal bersatu sehingga hari ini.

"Kami adalah satu pasukan yang bersatu padu. Kini kami perlu berikan sepenuh tumpuan kepada bola sepak.

“Kami masih ada tugasan penting untuk mara ke Kejohanan Eropah ini.”

Sterling dalam pada itu sudah memohon maaf kepada Gomez dan semua rakan sepelatih yang lain semalam.

“Saya dan Joe masing-masing bertelagah dan saya menyelesaikanya,” kata Sterling.

“Kami berada pada kemuncak emosi dan saya berani akui emosi itu lebih menguasai saya.

“Kerana itu kami bermain sukan ini, kerana kami sayangkannya – saya dan Joe Gomez OK, kami berdua faham ia berlaku tiba-tiba... ia sudah selesai, kami menyelesaikannya dan tidak menjadikan ia lebih rumit.

“Mari fokus untuk perlawanan kami Khamis ini (esok),” kata Sterling.

Sterling dijangka kembali beraksi pada Ahad apabila England berkunjung ke gelanggang Kosovo untuk aksi terakhir peringkat kumpulan.

Tiket England terjamin jika seri menentang Montenegro atau Kosovo kalah di tangan Republik Czech esok.

Southgate biarpun akur tanpa Sterling, namun tetap mengharapkan sentuhan daripada Harry Kane, Jadon Sancho dan Marcus Rashford mampu menjamin kemaraan dengan meledak gol lawan.

Namun, tindakan Southgate menyisihkan Sterling dikritik banyak pihak dengan anggapan isu peribadi tu tidak wajar diperbesarkan hingga menyebabkan sayap City iu kini menjadi perhatian ramai.

"Kenapa hal ini tidak diselesaikan peringkat dalaman? kata bekas pertahanan England, Rio Ferdinand.

"Sekarang Raheem terpaksa mempertahankan dirinya dari serangan haters yang akan berterusan menjadikan dia duta berharga bola sepak Inggeris.”

Menurutnya, Southgate sepatutnya memerlukan khidmat Sterling untuk menamatkan segera kemarau panjang England.

Kini persoalan mulai timbul apakah kesudahan impak hubungan sesama pemain skuad itu akan terus berjalan baik selepas kejadian luar jangka itu. – AFP

Jadual Kelayakan Euro 2020

ESOK

Kumpulan A

England mln Montenegro
Rep Czech Republic mln Kosovo

Kumpulan B

Serbia mln Luxembourg
Portugal mln Lithuania

Kumpulan H

Turki mln Iceland
Perancis mln Moldova
Albania mln Andorra

JUMAAT

Kumpulan D

Switzerland mln Georgia
Denmark mln Gibraltar

Kumpulan F

Norway mln Faroe Islands
Sepanyol mln Malta
Romania mln Sweden

Kumpulan J

Finland mln Liechtenstein
Armenia mln Greece
Bosnia mln Itali


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226


Dani Olmo mengakui dia amat mengimpikan dapat beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol meskipun dipancing Croatia. - Foto EPA
Sepanyol sentiasa di hati Dani Olmo


MADRID: Pemain tengah Dinamo Zagreb, Dani Olmo mengakui dia amat mengimpikan dapat beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol meskipun dipancing Croatia.

Graduan Akademi Bolasepak Barcelona itu menyertai Zagreb pada 2014 dan layak mewakili skuad kebangsaan Croatia, namun hasrat mewakili negara kelahirannya tidak pernah luput.

Minggu ini impian pemain berusia 21 tahun itu tercapai apabila jurulatih Sepanyol, Robert Moreno menyenaraikan namanya dalam skuad Euro 2020 untuk berdepan Malta dan Romania.

Olmo sebelum ini bekerja keras memastikan status warga negaranya tidak menjejaskan peluangnya mewakili negara asal kelahirannya iaitu Sepanyol.

"Saya bangga berada di Croatia, satu daripada pasukan kebangsaan terhebat di dunia, mereka mahukan khidmat saya pada bila-bila masa.

“Tapi saya adalah warga asal Sepanyol dan bermain untuk pasukan negara saya sendiri menjadi satu impian sekian lama,” kata Olmo kepada Radio MARCA.

"Sebagai pemain bola sepak memang menjadi impian dapat mewakili pasukan kebangsaan. Saya mesti bekerja keras supaya tidak terlepas peluang itu.”

Olmo sudah menjaring tiga gol untuk Sepanyol dalam kempen Kejohanan B-21 Eropah awal tahun ini manakala membantu Dinamo menjulang tujuh trofi dalam empat musim.

Meskipun ada laporan dia turut dipancing Manchester City, Manchester United dan kelab lamanya, Barcelona, Olmo belum memikirkan langkah masa depannya.

"Saya baru berusia 21 tahun, saya masih ada masa lama untuk kaki ini memijak padang bola,” katanya.

"Ejen dan bapa saya menghalang saya daripada bercakap mengenai isu perpindahan dan saya hanya fokus kepada aksi permainan bola sepak.

"Saya kini berada dalam detik hebat sama seperti sebelumnya apabila layak ke final dan kami semakin hampir menjuarainya sekali lagi.”

Sepanyol akan berdepan pasukan tercorot Kumpulan F, Malta di Cadiz, esok.

Sepanyol ketika ini menghuni tangga teratas Kumpulan F dengan mengumpul 20 mata daripada lapan perlawanan tanpa kalah. – Agensi


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226


Ivan Rakitic dikeluarkan daripada skuad kebangsaan Croatia kerana kecederaan otot kaki. - Foto AFP
Rakitic cedera tak dapat bantu Croatia


MADRID: Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic dikeluarkan daripada skuad kebangsaan Croatia kerana kecederaan otot kaki, umum kelab itu hari ini.

Sehubungan itu, Rakitic terlepas perlawanan kelayakan Euro 2020 Croatia bertemu Slovakia yang dijadual pada awal pagi Ahad.

Croatia berada di tangga teratas Kumpulan E dengan hanya dua mata dipisahkan Hungary yang berbaki satu lagi perlawanan.

Rakitic juga tidak dapat membuat penampilan dalam perlawanan amal Barcelona menentang Cartagena awal pagi esok bersama Jordi Alba dan Nelson Semedo yang bergelut dengan hamstring dan masalah betis.

Gerard Pique, Ousmane Dembele dan Sergi Roberto dinamakan bersama skuad remaja untuk perlawanan persahabatan itu yang bakal menyaksikan hasil tiket didermakan kepada mangsa banjir sekitar Cartagena pada September. – AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
England manager Gareth Southgate says he will name a "very young line-up" for the match against Montenegro tonight 👉 https://t.co/HXrKnZMi20
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226
999 games, lots of goals and one World Cup.

England will play their 1,000th men's senior international tonight.

Here are the best stats from their previous 999: https://t.co/Ed1QKgBVMZ

#ThreeLions #England1000
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226


Raheem Sterling dan Joe Gomez ketika sesi latihan di St George’s Park. - Foto Reuters
Sterling pertahan Gomez


LONDON: Penyerang England, Raheem Sterling yang diketepikan Three Lions ketika menang 7-0 mengatasi Montenegro susulan pergaduhan dengan rakan sepasukan, Joe Gomez bangkit mempertahankan pertahanan Liverpool itu yang diejek segelintir penyokong di Wembley.

Bintang Manchester City, Sterling digugurkan daripada skuad England oleh pengurus, Gareth Southgate berikutan pertelingkahannya dengan Gomez di pusat latihan pasukan, St George Park, Isnin lalu.

Pertelagahan kedua-dua pemain itu dikatakan berlarutan selepas kemenangan 3-1 Liverpool ke atas City di Anfield dalam pertembungan teratas Liga Perdana, minggu lalu.

Sterling hanya menyaksikan perlawanan yang mengesahkan kemaraan England ke pusingan akhir Euro 2020 itu di bangku simpanan tetapi menggunakan media sosial untuk mengutuk penyokong selepas dia mendengar Gomez menjadi sasaran ejekan ketika masuk sebagai pemain gantian.

“Kepada semua peminat England, saya mahu melupakan segala-galanya tetapi malam ini saya perlu membuka mulut sekali lagi: Sukar untuk saya melihat rakan sepasukan saya diejek disebabkan oleh kesilapan saya,” kata Sterling menggunakan Twitter.

"Joe tidak melakukan sebarang kesalahan dan bagi saya untuk melihat seseorang yang kekal tenang dan bekerja keras, terutama selepas mengharungi minggu yang sukar, datang ke sini malam ini dan diejek adalah salah.

“Saya bertanggungjawab penuh dan menanggung akibatnya. Saya merasakan yang saya perlu menyatakannya.”

Southgate juga berkata dia tidak memahami mengapa peminat menjadikan Gomez sebagai sasaran.

“Tiada pemain England yang patut diejek. Kami adalah satu pasukan dan Joe tidak melakukan sebarang kesilapan. Saya sudah menyatakan dengan sejelas-jelasnya pada minggu ini jadi saya tidak memahaminya. Dia dan Sterling amat rapat dan semua pasukan amat rapat jadi kami tidak mahu melihat seseorang dilayan seperti itu.” - Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,831
Points
2,226

England face Euro 2020 group of death
 
Sponsored Post
Top
Log in Register