EURO EURO 2020 - Pusingan Kelayakan

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226

Pemain Poland, Grzegorz Krychowiak (kanan) bersaing dengan pemain Slovenia, Petar Stojanovic dalam aksi perlawanan Euro 2020 Stadium Nasional PGE di Warsaw, Poland. - Foto EPA
Keputusan kelayakan Euro 2020


PARIS: Berikut keputusan kelayakan Euro 2020 sebentar tadi:

Kumpulan C

Di Amsterdam

Belanda 5 (Wijnaldum 6, 66, 79, Ake 19, Boadu 87) Estonia 0

Di Frankfurt, Jerman

Jerman 6 (Gnabry 19, 47, 60, Goretzka 43, 73, Brandt 90+1) Ireland Utara 1 (Smith 7)

Kumpulan E

Di Cardiff

Wales 2 (Ramsey 15, 47) Hungary 0

Di Trnava, Slovakia

Slovakia 2 (Bozenik 19, Hamsik 86) Azerbaijan 0

Kumpulan G

Di Warsaw

Poland 3 (Szymanski 3, Lewandowski 54 Goralski 81) Slovenia 2 (Matavz 14, Ilicic 61)

Di Riga

Latvia 1 (Oss 65) Austria 0

Di Skopje

Macedonia Utara 1 (Nikolov 45+2) Israel 0

Kumpulan I

Di Brussels

Belgium 6 (Benteke 16, 68, De Bruyne 36, 42 Carrasco 44, Kypros 51-gs) Cyprus 1 (Ioannou 14)

Di Serravalle, San Marino

San Marino 0 Russia 5 (Kuzyaev 3, Petrov 19, Miranchuk 49, Ionov 56, Komlichenko 78)

Di Glasgow, Scotland

Scotland 3 (McGinn 48, 90+1, Naismith 64) Kazakhstan (Zainutdinov 34) 1

- AFP


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226


Aaron Ramsey (kiri) dan Gareth Bale meraikan jaringan ketika aksi bertemu Hungary di Stadium Cardiff City. Foto Reuters



Pemain wales meraikan kejayaan menewaskan Hungary 2-0 di Cardiff. Foto EPA



Pemain Hungary, Zsolt Nagy (kanan) mengasak pemain Wales, Gareth Bale dalam saingan Kumpulan E, Kelayakan Euro 2020 di Cardiff. Foto EPA



Penyokong Wales menyalakan suar di Stadium Cardiff City. - Foto AFP



Ryan Giggs berjabat tangan dengan jurulatih Hungary, Marco Rossi selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters



Wales layak ke Euro 2020 selepas menewaskan Hungary 2-0 di Cardiff. - Foto Reuters
Gol Ramsey bawa Wales ke Euro 2020


CARDIFF, United Kingdom: Ryan Giggs memuji Wales yang layak ke Euro 2020 sebagai satu daripada yang terbaik dalam hidupnya selepas dua jaringan Aaron Ramsey membantu mereka menewaskan Hungary 2-0 di Cardiff.

Pemain tengah Juventus itu pertama kali memulakan saingan dalam kempen kelayakan kerana kecederaan namun menunjukkan betapa dia amat diperlukan Wales apabila meledak pada awal kedua-dua babak.

Kemenangan bermakna Giggs, yang tidak pernah berpeluang mewakili negaranya dalam kejohanan utama antarabangsa sepanjang kariernya, boleh memimpin skuadnya ke kejohanan Eropah musim panas nanti.

“Ia yang terbaik,” kata Giggs, yang menang 25 trofi utama bersama Manchester United.

“Ia satu daripada hari terbaik dalam hidup saya.”

Wales mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah pada 2016 dan untuk menyamai pencapaian itu tahun depan pastinya ujian besar namun mereka dilihat mampu melakukannya apabila Ramsey digandingkan dengan Gareth Bale.

Dua bintang utama Giggs itu digabungkan secara bijak untuk gol pembukaan selepas 15 minit apabila Ramsey menanduk hantaran lintang sempurna Bale dari kanan.

“Saya banyak terlepas kempen tetapi ia berbaloi dapat menjaringkan beberapa gol malam ini,” kata Ramsey kepada Sky Sports.

“Kami merasainya di Perancis (Euro 2016). Kami memberi inspirasi buat negara ketika kami beraksi di sana jadi kami mahu melakukannya sekali lagi.” - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226

Hatrik Gnabry benam Ireland Utara


FRANKFURT: Serge Gnabry berkata Jerman akan ke pusingan akhir Euro 2020 dengan rasa yakin selepas dia merakam hatrik ketika pasukannya membelasah Ireland Utara 6-1 awal pagi tadi yang memastikan kedudukan teratas Kumpulan C.

Walaupun sudah layak ke Euro 2020 awal pagi Ahad lalu apabila menewaskan Belarus, kemenangan besar di Frankfurt bermakna Jerman menamatkan kempen kelayakan dengan dua mata di depan Belanda.

Belanda juga layak minggu lalu manakala Ireland Utara berkedudukan ketiga dan akan ke play-offs untuk layak ke pusingan akhir Euro 2020.

Gnabry kini mengumpul 13 gol dalam saingan antarabangsa apabila Ireland ditunjukkan gaya permainan terbaik Jerman.

“Kami bermain bola sepak yang sangat bagus,” kata Gnabry yang dikeluarkan pada minit ke-80.

“Kami akan ke pusingan akhir dengan yakin bersama rentetan perlawanan yang bagus. Pasukan ini masih muda tetapi kami sudah merasai banyak keseronokan.”

Rakan sepasukannya di Bayern Munich, Leon Goretzka menamatkan saingan dengan dua gol sebelum pemain sayap Dortmund, Julian Brandt mencatat gol keenam Jerman selepas itu.

“Bagi kami, ia seperti Kejohanan Eropah di laman sendiri pada peringkat kumpulan,” kata Goretzka dengan Jerman dijangka bermain tiga saingan awal di Munich dengan Euro 2020 akan dianjurkan 12 bandar utama seluruh Eropah. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226


Gaya pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne (kiri) meledak gol ketika menentang Cyprus di Stadium King Baudouin. - Foto AFP

Belgium lengkapkan kempen belasah Cyprus


BRUSSELS: Christian Benteke dan Kevin De Bruyne masing-masing menjaringkan dua gol ketika Belgium membelasah Cyprus 6-1 pada kelayakan Kumpulan I, Euro 2020 di Stadium King Baudouin, awal pagi tadi.

Belgium menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan dengan rekod sempurna 10 kemenangan daripada 10 perlawanan dan menjaringkan 40 gol ketika Yannick Carrasco dan gol sendiri Kypros Christoforou melengkapkan kemenangan di Cyprus.

Pelawat menafikan tuan rumah menerusi gol awal Nicholas Ioannou namun penyokong Belgium kembali segar selepas persembahan hebat pasukan mereka.

Hantaran tepat Carrasco memberi ruang buat Benteke menyamakan kedudukan sebelum penjaga gol Cyprus, Michael Neofytos melepaskan sepakan lemah De Bruyne ke gawangnya.

Carrasco sekali lagi menjadi mengumpan buat De Bruyne menyudahkan jaringan kedua peribadi manakala Carrasco turut menjaringkan gol hasil hantaran Eden Hazard sebelum tamat babak pertama.

Pada babak kedua, Christoforou menjaringkan gol sendiri dan Benteke menambah jaringan keenam. - Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226

Hatrik Wijnaldum lengkapkan kempen kelayakan Belanda


AMSTERDAM: Georginio Wijnaldum meledak hatrik buat Belanda yang sudah layak ke Euro 2020 apabila menewaskan Estonia 5-0 pada aksi final kelayakan Kumpulan C di Johan Cruyff Arena.

Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan sejak awal dengan pemain pertahanan, Nathan Ake dan pemain berusia 18 tahun, Myron Boadu juga antara penyumbang gol.

Keputusan itu menyaksikan Belanda berada di tangga kedua kumpulan dengan 19 mata daripada lapan perlawanan, ketinggalan dua mata di belakang juara kumpulan, Jerman.

Jurulatih Belanda, Ronald Koeman sebelum perlawanan berkata dia akan melakukan eksperimen dengan pemilihan pasukan dan terperangkap dengan kata-katanya apabila Quincy Promes bermain di bahagian pertahanan kanan manakala penyerang AZ Alkmaar, Calvin Stengs, 20, membuat penampilan sulung dari awal perlawanan.

Tuan rumah hanya memerlukan enam minit untuk berada di depan menerusi Wijnaldum, yang meledak lapan kali dalam tujuh perlawanan kelayakan.

Belanda mendominasi perlawanan dan melancarkan serangan demi serangan. Mereka menemui gol kedua menerusi Ake yang menanduk ke dalam hantaran dilakukan Memphis Depay.

Estonia turut menghasilkan beberapa peluang namun keputusan 2-0 kekal hingga wisel separuh masa pertama.

Tiada perubahan terjadi dalam tempoh 20 minit perlawanan separuh masa kedua tetapi Belanda memperoleh gol ketiga apabila Stengs merampas bola dari pertahanan Estonia, Karol Mets dan memberikan Wijnaldum gol kedua.

Wijnaldum kemudian menerima hantaran daripada Stengs untuk melengkapkan hatrik sebelum penyerang AZ, Boadu datang dari bangku simpanan untuk meledak gol kelima. – Reuters


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226


STADIUM Wembley si London akan menjadi gelanggang final EURO 2020 pada 12 Julai. - FOTO Agensi
Undian Euro 2020 pening kepala


UNDIAN Euro 2020 akan berlangsung di Bucharest malam esok dengan kritikan dan kesukaran terhadap format pertandingan yang buat kali pertama diadakan di 12 bandar raya di 12 negara seluruh benua itu.

Ia kejohanan Euro kali kedua menampilkan 24 pasukan selepas 2016 di Perancis namun mungkin kali pertama dan terakhir dianjurkan di beberapa negara dengan Jerman menjadi tuan rumah pada 2024.

Ia dianggap sebagai satu tindakan berani oleh bekas Presiden UEFA, Michel Platini untuk meraikan ulang tahun ke-60 Kejohanan Eropah yang pertama.

Warga Perancis itu, yang baru saja melengkapkan penggantungan empat tahun daripada bola sepak, memperkenalkan konsep itu dan berkata pada 2012: “Ia mungkin satu idea yang agak pelik tapi ia tetap satu idea yang bagus.”

Jurulatih semua negara yang layak akan hadir pada majlis undian itu yang diadakan di pusat pameran Romexpo di ibu negara Romania, yang akan menjadi hos empat perlawanan pada pusingan akhir.

Jurulatih Belanda, Ronald Koeman akan turut hadir sekalipun baru-baru ini mendakwa beliau tidak akan hadir.

“Saya tidak begitu faham dengan format baharu ini. Saya sudah bertanyakan persekutuan saya sama ada saya perlu menghadiri majlis undian itu,” katanya kepada media Belanda.

Keputusan menambah pasukan pada kejohanan itu daripada 16 kepada 24 bermakna negara kuasa besar mempunyai prospek yang kecil untuk gagal melayakkan diri.

Tidak banyak debaran lagi bagi majlis undian itu dengan negara tuan rumah yang layak bermain sekurang-kurangnya dua aksi di laman sendiri bermakna kebanyakan pasukan sudah tahu kedudukan mereka dalam kumpulan mana.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226


The #EURO2020 groups have been drawn! 😍

Which matches are you excited for?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206
mengarut punya draw.
patut hos tak payah ramai-ramai. empat negara pun dah cukup.

ini bila dah ramai undian pun dah tak surprise sebab satu group dua negara dah fix sebab jadi hos.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,662
Reaction score
8,830
Points
2,226
mengarut punya draw.
patut hos tak payah ramai-ramai. empat negara pun dah cukup.

ini bila dah ramai undian pun dah tak surprise sebab satu group dua negara dah fix sebab jadi hos.
Idea Platini kalau tak silap buat hos byk negara
 
Sponsored Post
Top
Log in Register