BTC USD 63,342.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EU Lancar Badan Krisis Kesihatan

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,574
Reaction score
15,628
Points
2,376

EU lancar badan krisis kesihatan

September 18, 2021 @ 6:21pm

19xxEU_1632007100.jpg


Naib Presiden Kesatuan Eropah (EU), Margaritis Schinas, pada sidang media mengumumkan penubuhan Penguasa Kesediaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (HERA). - Foto EPA


PARIS: Kesatuan Eropah (EU) melancarkan badan krisis kesihatan yang akan menyelaras perbelanjaan dana hampir 30 bilion euro (Rm1.4 trilion) sebagai persiapan menghadapi pandemik masa depan.

Penguasa kesediaan dan tindak balas kecemasan kesihatan (HERA) yang baru itu akan menilai potensi ancaman kesihatan, mempromosikan penyelidikan, memastikan ketersediaan pengeluaran kritikal dan membantu membina stok.

Sekiranya satu krisis kesihatan baru melanda, ia akan mengaktifkan dana kecemasan dan membantu menyelaras pemantauan, perolehan dan pembelian peralatan perubatan atau rawatan.

Pembentukan penguasa itu sebahagiannya dirancang bagi mengelakkan berulangnya langkah ad hoc yang diambil setiap negara EU pada awal pandemik COVID-19.

Kekecohan pada peringkat awal ancaman coronavirus itu menyebabkan pelaksanaan beberapa tindakan yang tidak cekap, malah menjejas persediaan anggota EU lain.

HERA akan melengkapi badan kesihatan EU yang lain seperti Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) dan Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (CDC) Eropah.

Naib Presiden EU, Margaritis Schinas, berkata kedua-dua agensi itu sudah diperkukuh tetapi itu tidak mencukupi.

"Kedua-dua agensi itu mempunyai peranan sangat penting untuk dimainkan tetapi, terutama selepas pandemik menimpa, kita sedari masih ada kekurangan dalam menghadapi pandemik.

"HERA akan menjadi instrumen utama kami untuk menyelaras kesiapsiagaan dan jika diperlukan, bertindak balas segera... Inilah yang kami tiada sekarang," katanya dalam satu sidang media.
Bersama projek anggota dan perniagaan individu EU, perbelanjaan bagi tujuan itu boleh mencecah 50 bilion euro (RM2.4 trilion).

Dalam pada itu, EU juga mengumumkan akan menyumbang 200 juta dos vaksin COVID-19 tambahan kepada negara berpendapatan rendah dan miskin, yang disahkan oleh ketua EU, Ursula von der Leyen.

"Saya ingin mengumumkan bahawa Suruhanjaya (Eropah) akan menyumbang tambahan 200 juta dos vaksin COVID-19 hingga pertengahan tahun depan.

"Ini adalah pelaburan dalam perpaduan dan kesihatan global," katanya dalam ucapan tahunan EU Eropah di Parlimen Eropah semalam. - AGENSI


 

CG Sponsors




Top
Log in Register