Erra (cute pregnant mummy)

CG Sponsors




edarabella

Freshie
Joined
Jan 3, 2009
Messages
25
Reaction score
0
Points
3
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm


Tidak sabar menanti kehadiran orang baru." Begitu perasaan serta debaran hati yang diungkapkan oleh artis popular, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam menanti saat dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Manakan tidak, usia kandungan Erra kini sudah pun mencapai tujuh bulan dan mengikut perkiraan doktor, bekas ratu cantik negara itu bakal melahirkan anak pada 25 Mac ini.

Cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi, selepas dua kali menjalani ujian imbasan, Erra dan Engku Emran bakal menimang anak perempuan.

"Bersyukur dan sangat gembira. Rasa berdebar dan gementar pun ada. Saya pun sudah mengambil cuti yang panjang untuk berehat di rumah.

"Saat inilah saya habiskan masa dengan membuat kerja-kerja rumah. Sebelum ini mana ada masa untuk buat semuanya itu.

"Saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik. Saya juga bersyukur sepanjang mengandung, saya tidak mengalami sebarang kerenah,'' kata Erra berkongsi pengalaman hamil anak sulung kepada Hits baru-baru ini.

Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 namun pada Jun lalu, Erra dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua minggu.

Hidup Erra dan Engku Emran kemudiannya kembali bersinar selepas Erra disahkan mengandung sekali lagi beberapa bulan selepas itu.

Insan yang paling bahagia sudah pastinya Emran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM.

Kelahiran Mac nanti turut dinanti-nanti oleh ibu Erra kerana ia merupakan cucu pertamanya dan cucu keempat bagi ibu Engku Emran.

Menurut Erra, walaupun bakal melahirkan anak yang dijangka Mac ini, dia dan suami masih belum memikirkan nama yang sesuai bagi anaknya.

"Kami sudah ada senarai. Tetapi belum memilih mana yang sesuai.

"Sudah tentu nama anak kami akan bermula dengan huruf 'E' sempena huruf bagi pangkal panggilan nama saya, Erra dan suami, Emran,'' jelasnya.

Ditanya mengenai persiapan pula, Erra menjelaskan bahawa untuk Januari ini, dia dan suami akan sibuk menghias bilik tidur bakal cahaya mata mereka.

"Selepas itu barulah kami akan fikirkan soal pakaian dan persiapan-persiapan lain. Segalanya ala kadar sahaja. Saya tidak mahu mengajar anak saya terlalu mewah.

"Bagi keluarga pula, ibu sayalah yang paling ghairah sangat membuat persiapan. Dia (ibu) siap belikan permainan lagi. Ibu mertua saya pula telah mengatur kenduri doa selamat dan persiapan lain,'' katanya.

Ujar Erra, selain ibu dan ibu mertua, dia turut mendapatkan tips-tips bersalin, berpantang dan penjagaan anak daripada rakan-rakan artis seperti Sharifah Shahira dan Vanidah Imran.

Suami jaga makan Erra

Sementara itu, bagi Engku Emran pula, tiada kata yang dapat menggambarkan betapa hatinya gembira dan tidak sabar menanti kelahiran anaknya.

"Suami mana yang tidak gembira. Ini adalah anak kami yang pertama. Sudah tentu saya tidak sabar dan berdebar.




"Sebagai suami, sudah tentu dalam saat-saat ini, saya akan sentiasa menjaga Erra dengan baik termasuk pemakanannya.

"Saya akan pastikan Erra makan benda-benda yang berkhasiat,'' katanya.

Menurut Engku Emran, sepanjang mengandung, Erra tidak cerewet atau mengidam makanan yang pelik-pelik.

"Kalau mengidam pun, Erra hendakkan tom yam dan makanan-makanan masam. Dia pun nampak cool sahaja,'' ujarnya.

Jelasnya, dalam masa terdekat ini, dia dan Erra akan mengikuti kelas antenatal untuk mendapatkan panduan bagi bakal ibu dan bapa.
 
Sponsored Post

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
dulu masa ngan yusri tak dapat pengalaman nih...
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
xde gamb0 ker??
 

edarabella

Freshie
Joined
Jan 3, 2009
Messages
25
Reaction score
0
Points
3
klik kat link atas tuh direct terus ke utusan dapat ler tgk pic
 

species1980

Fun Poster
Joined
Jun 10, 2008
Messages
636
Reaction score
0
Points
10
antara impian setiap org yang kahwin ia mendapat zuriat sendiri
 

mybizme

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2008
Messages
3,078
Reaction score
17
Points
25
mudah2 mendapat anak yang Soleh/Solehah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register