BTC USD 28,176.4 Gold USD 1,940.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Erin Malek & Farriz Fauzy Selamat Bernikah

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
erin%2Bnikah%2B3.jpg

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Erin Malek, 20, akhirnya bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang di sini pada malam Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof kira-kira pukul 9.12 malam diwalikan oleh bapa Erin.

Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan.

Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

Sementara itu, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek yang anggun memakai gaun rekaan Azura Couture meluahkan rasa syukur dia dan Farriz akhirnya disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang lancar.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Moga ikatan kami suami isteri berkahir sehingga akhir hayat.
"Hari ini merupakan hari paling bahagia buat kami," katanya.

Majlis bertemakan pernikahan dalam taman itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga pasangan pengantin, kenalan rapat serta pihak media.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada malam Sabtu di Hotel InterContinental, dekat sini.

Erin dan Farriz mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu.

http://www.cari.gold/2014/10/erin-malek-farriz-fauzy-selamat-bernikah.html
 
Top
Log in Register