EPL Discussion

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
mour139a_1589456050.jpg


Jose Mourinho

Mourinho ejek rakan pengurus kelab EPL


LONDON: Jose Mourinho menggesa rakan pengurus yang lain supaya 'duduk di rumah dan tonton Bundesliga' jika tidak mahu terbabit dengan Projek 'Restart'.

Pengendali Tottenham Hotspur itu jelas bersedia untuk kembali bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kenyataannya pada mesyuarat Persatuan Pengurus Liga.

Menurut The Mirror, Mourinho 'mengejek' beberapa pengurus yang tidak mahu aksi EPL kembali diteruskan ketika ini.

"Kalau anda tidak mahu main, duduk di rumah dan tonton Bundesliga."

Jaminan sudah diberikan kepada pasukan di mana pemain tidak perlu tergesa-gesa untuk projek terbabit.

Rancangan bagi saingan elit itu adalah perlawanan diadakan secara tertutup bermula 12 Jun, namun tarikh baharu diputuskan pada 19 Jun selepas mendapat kebenaran dari Boris Johnson.

Mourinho, Jurgen Klopp dan Carlo Ancelotti adalah antara pengurus yang mahukan saingan bola sepak kembali diteruskan.

Bagaimanapun, pengendali Chelsea, Frank Lampard menjelaskan pasukannya perlu mengharungi pramusim dan latihan selama sebulan sebelum boleh mula beraksi.

Lampard juga mendakwa saingan EPL tidak boleh diteruskan jika ada risiko terhadap kesihatan pemain dan kakitangan.

Pep Guardiola, Nigel Pearson dan Graham Potter adalah antara pengurus yang menentang idea untuk beraksi ketika pandemik COVID-19. - AGENSI


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
viji_1589899071.jpg


Van Dijk tiba di pusat latihan Liverpool hari ini. - Foto The Sun

Liverpool, Tottenham mula latihan


LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah memulakan semula latihan hari ini apabila bersetuju dengan protokol dan garis panduan selepas mesyuarat bersama pemegang taruh EPL, semalam.

Pemain Tottenham sudah menghadiri latihan pasukan yang diadakan di Padang Latihan Enfield.

Bakal juara, Liverpool juga sudah mengalu-alukan pemain mereka untuk kembali ke Melwood ketika saingan EPL hampir kembali diteruskan.

Beberapa pemain seperti Jordan Henderson, Joe Gomez dan Virgil van Dijk dilihat menuju ke padang latihan pasukan itu.

Bagaimanapun, Manchester United akan kembali berlatih buat kali pertama dalam tempoh dua bulan, esok dan melaksanakan penjarakan sosial yang ketat.

Mereka akan mengadakan latihan tanpa sentuhan dalam kumpulan kecil di Kompleks Latihan AON, seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat, semalam.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer akan tiba di Carrington dengan memakai kit latihan dan terus ke padang untuk menjalani latihan dalam kumpulan tidak melebihi lima pemain.

Selepas tamat latihan, mereka akan terus menuju ke kereta masing-masing dan pulang ke rumah untuk membersihkan diri di mana fasiliti berteknologi tinggi di Carrington tidak akan digunakan buat masa ini.

Pemain juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 dua kali seminggu dan ujian awal sudah dilakukan kelmarin.

Justeru, pemain akan menjalani satu lagi ujian saringan dalam masa terdekat untuk mematuhi peraturan yang dipersetujui semua pasukan EPL. - Agensi


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
kloldsa_1589928345.jpg


PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp. - Foto AFP

Boleh lakukan tanpa 'bantuan Anfield'


LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pasukan kendaliannya boleh menyesuaikan diri tanpa penyokong di Anfield sekiranya Liga Perdana bersambung.

Pemain liga utama England dijangka akan kembali berlatih minggu ini selepas mesyuarat Liga Perdana Isnin lalu yang memberikan kebenaran bermula pada peringkat pertama mengikut protokol.

Jika perlawanan berlangsung sekali lagi musim ini, ia akan dilakukan secara tertutup dan kemungkinan di gelanggang berkecuali.

Liverpool kini memiliki kelebihan 25 mata di persada liga ketika pandemik COVID-19 menyebabkan ia tergendala pada Mac.

Kini mereka hanya memerlukan dua kemenangan untuk merangkul gelaran England pertama dalam 30 tahun dan bos dari Jerman, Klopp yang menyaksikan liga di negaranya, Bundesliga berlangsung tanpa penonton, yakin pemainnya boleh mencari motivasi tanpa penonton.

"Kejohanan ini akan menjadikan ia lebih hebat," katanya dalam kaman sesawang Liverpool.

"Jadi ia bukan hanya sekadar 'oh, Liverpool hanya perlu menang dua perlawanan'.

"Sebelum ini kembali bermula memang kami perlu lagi dua perlawanan – kini bukan 'hanya dua' tapi dua. Kami perlu memenanginya."

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu berkata: "Malangnya kami perlu melakukannya, tanpa sokongan terbaik di dunia dan bantuan terhebat dalam tempoh yang sebenar di dunia, daripada penonton Anfield.

"Tapi itulah keadaannya. Ia 100 peratus pakej lengkap dalam bola sepak jika penonton penuh di stadium Anfield, dua pasukan yang sangat bagus, perlawanan besar, gol super dan pada penghujungnya Liverpool menang. Itu perlawanan yang sempurna.

"Jadi banyak daripada perkara ini boleh terjadi tetapi Anfield tidak akan penuh untuk sementara.... Kami amat menyukainya tetapi kami tidak boleh." - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
epl2_1589940170.jpg

COVID-19: Liga Perdana catat 6 kes positif


LONDON: Enam kes positif COVID-19 dilaporkan di tiga kelab Liga Perdana selepas pemain dan kakitangan diuji menjelang latihan semula, umum liga utama England itu awal pagi tadi.

"Liga Perdana hari ini megesahkan, pada Ahad 17 Mei dan Isnin, 18 Mei, 748 pemain dan kakitangan kelab diuji berkaitan COVID-19," kata kenyataan itu.

"Daripada jumlah ini, enam diuji positif daripada tiga kelab."

Tiada butiran lanjut dikeluarkan mengenai kelab atau individu terbabit.

"Pemain atau kelab yang diuji positif kini akan melalui tempoh pengasingan sendiri selama tujuh hari," kata kenyataan itu.

Brighton sebelum ini mengesahkan ada tiga kes positif dalam kalangan skuad itu pada tahap pandemik berbeza.

Ujian positif terhadap pengurus Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi menjadi sebab utama keputusan menggantung perlawanan liga pada 13 Mac.

Kelab Liga Perdana sudah kembali berlatih dalam kumpulan kecil semalam selepas protokol mengenai langkah keselamatan ditandatangani pada Isnin. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
Danny_Rosebagai_1589984532.jpg


Pemain pertahanan England, Danny Rose. - Foto AFP

Pemain EPL macam 'tikus makmal'


LONDON: Pemain pertahanan England, Danny Rose mendakwa pemain diperlakukan seperti 'tikus makmal' selepas Watford dan Burnley menjadi antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang termasuk dalam enam kes positif COVID-19.

Pasukan memulakan latihan mengikut penjarakan sosial dalam kumpulan kecil minggu ini, tetapi beberapa bintang EPL meluahkan kebimbangan mengenai rancangan untuk meneruskan musim ini.

EPL melakukan 748 ujian ke atas pemain dan kakitangan pada Ahad dan Isnin sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk memulakan semula saingan pada Jun.

Penolong Pengurus Burnley, Ian Woan, seorang pemain Watford yang tidak dinamakan dan dua kakitangan Vicarage Road didapati positif dalam kumpulan pertama pemeriksaan perubatan.

Walaupun jumlah kes positif agak rendah, Rose bersama kapten Watford, Troy Deeney dan gandingan Manchester City, Sergio Aguero dan Raheem Sterling menyuarakan mengenai potensi risiko kesihatan membelenggu 'Projek Restart'.

Rose yang ketika ini dipinjamkan Newcastle United daripada Tottenham Hotspur berkata: "Orang mencadangkan kita harus kembali ke bola sepak, kami seperti tikus makmal. Kita akan melakukan eksperimen fasa ini dan melihat sama ada ia berfungsi atau tidak.

"Saya hanya boleh bayangkan orang di rumah dan berkata, 'mereka mendapat sejumlah wang, jadi mereka harus kembali (beraksi)'.

"Adakah ia tidak bernilai? Saya boleh jadikan risiko kesihatan saya untuk hiburan masyarakat dan itu bukan satu tindakan yang saya mahu terbabit sama." - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
1590766920257.png

EPL kembali 17 Jun


LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk menyambung musim 2019-20 pada 17 Jun, dengan syarat semua langkah keselamatan disediakan bagi mengelak penularan COVID-19.

Aston Villa menentang Sheffield United dan Manchester City bertemu Arsenal - akan membuka tirai pada tarikh berkenaan, kata Liga Perdana Inggeris.

Selepas dua perlawanan berkenaan, kesemua 20 kelab sudah mengharungi 29 perlawanan menjelang hujung minggu 19 hingga 21 Jun, di mana semua pasukan liga tertinggi Inggeris itu dijadualkan beraksi.

Perlawanan terakhir Liga Perdana sebelum rehat akibat pandemik ialah Leicester menentang Aston Villa pada 9 Mac, sebelum bola sepak Inggeris ditangguhkan empat hari kemudian.

"Hari ini kami bersetuju untuk menyambung Liga Perdana pada Rabu 17 Jun.

"Tetapi tarikh ini tidak boleh disahkan sehingga kami semua memenuhi langkah keselamatan yang ditetapkan, kerana kesihatan dan kebajikan semua peserta dan penyokong adalah keutamaan kami.

"Malangnya perlawanan terpaksa diadakan tanpa kehadiran penonton di stadium, jadi kami gembira dengan jalan penyelesaian positif bagi membolehkan penyokong menonton kesemua baki 92 perlawanan," kata ketua eksekutif Liga Perdana Richard Masters. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
Tottenham confirm one positive coronavirus test ahead of Premier League restart

 
Sponsored Post
Top
Log in Register