EPL Discussion

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,314
Reaction score
11,358
Points
2,376
FB_IMG_1589320768772.jpg


The best no 6️⃣ to play in the PL is ________​
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,314
Reaction score
11,358
Points
2,376
Richard_Masters_1589294331.jpg


Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters

Kelab EPL kena bayar balik penyiar RM1.8bilion


KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kemungkinan perlu memulangkan kira-kira £340 juta (RM1.8 bilion) kepada penyiar domestik dan antarabangsa, walaupun saingan musim disambung kembali dengan aksi di gelanggang tertutup.

Pegawai kelab mengadakan pertemuan pada Isnin untuk meneruskan perbincangan mengenai `Projek Restart'.

Pemimpin liga mengatakan bantahan mengenai aksi di stadium neutral sudah didengar dan mereka akan meminta pihak berkuasa membatalkan cadangan itu.

Pemulangan wang dijangka berlaku kerana perlawanan tidak akan berlangsung seperti yang diharapkan termasuk aksi berlangsung tanpa penonton dan pada masa berbeza berbanding jadual asal.

Kelab EPL dijangka memperoleh sebanyak £9.2 bilion (RM49 bilion) dari hak penyiaran sekitar tahun 2019-22.

Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters sebelum itu meramalkan kerugian `sekurang-kurangnya £1 bilion (RM5.3 bilion)' jika saingan liga musim ini gagal dihabiskan.

"Kami dapat memaklumkan perkembangan kepada kelab mengenai situasi kami dengan penyiar, yang jelas menjadi rahsia," kata Masters pada Isnin.

"Apa pun yang berlaku, pasti akan ada kerugian besar bagi kelab. Itu tidak dapat dielakkan." - AGENSI


 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,314
Reaction score
11,358
Points
2,376
premier-league_1589329213.jpg

Kapten Manchester City, Vincent Kompany menjulang trofi ketika mereka meraikan gelaran Liga Perdana Inggeris berikutan kemenangan 4-1 di Brighton & Hove Albion pada Mei 2019. - Foto AFP


Bincang dengan bintang


LONDON: Ketua Liga Perdana akan mengadakan mesyuarat dalam usaha meyakinkan pemain bahawa ia selamat untuk kembali beraksi.

Kelab sememangnya menyedari sebahagian bintang mereka bimbang jika dipaksa untuk kembali bermain.

Persatuan Pemain Profesional (PFA) akan menyuarakan kebimbangan ini tetapi SunSport difahamkan, majoriti pemain mahu kembali ke padang.

Dan bos Liga Perdana yakin bahawa protokol keselamatan dirangka pihaknya akan memberi keyakinan kepada semua.

Bintang England, Raheem Sterling, Tyrone Mings dan Danny Rose - termasuk penyerang Manchester City dari Argentina, Sergio Aguero - secara terbuka menyatakan kebimbangan jika bola sepak dimulakan ketika jumlah kematian akibat COVID-19 masih menunjukkan tiga angka.

Sekurang-kurangnya seorang wakil setiap kelab - sama ada kapten atau wakil PFA akan menyertai mesyuarat hari ini menjelang cadangan memulakan kembali liga pada 12 Jun.

Sumber PFA berkata: "Kami semua mahu bermain jika ia selamat tetapi kami juga ada tanggungjawab untuk menyatakan kebimbangan dan pemain juga menyatakan perkara sama." - Agensi


 
Sponsored Post
Top
Log in Register