EPL Discussion

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

Flashback

" Winklehock Effect "

Musim 2005/06 Wigan Athletic bimbingan Paul Jewell memulakan era baru mereka di EPL. Pasukan ini boleh dianggap budak mentah pada waktu itu kerana tidak pernah bermain di EPL dan pasukan the latics ini pula hanya ditubuhkan pada abad ke-20 iaitu pada tahun 1932 sementelahan pasukan-pasukan lain ditubuhkan penghujung abad ke 19.

Tahun penubuhan kelab-kelab EPL musim 2005/06

Mengikut tahun :

Aston Villa 1874
Bolton Wanderers 1874
Birmingham City 1875
Blackburn Rovers 1875
Middlesborough 1876
Everton 1878
Manchester United 1878
West Bromwich Albion 1878
Sunderland 1879
Fulham 1879
Manchester City 1880
Tottenham Hotspur 1882
Arsenal 1886
Liverpool 1892
Newcastle United 1892
West Ham United 1895
Portsmouth 1898

Chelsea 1905
Charlton Athletic 1905
WIGAN ATHLETIC 1932

9 perlawanan tanpa kalah

Wigan menarik perhatian ramai apabila melalui 9 perlawanan tanpa kalah dengan catatan 1 seri 8 kemenangan. Mereka tidak berbelanja besar pada musim itu dan masih mengekalkan muka-muka lama. Paul Scharner antara yang dibawa masuk dan kekal bertahan lama disana.

Cabaran terbesar datang apabila jadual bertemu pasukan big 4 datang bersilih ganti, 5 perlawanan berikutnya mereka tumpas kepada Arsenal, Spurs, Liverpool, Chelsea dan Man Utd. Separuh kedua musim dilalui dengan turun naik umpama yo yo dan roller coaster.

Baki 19 perlawanan berikutnya hanya 4 kemenangan, 5 seri dan 10 kekalahan. Secara keseluruhan mereka mengumpul 51 mata untuk mengakhiri musim di tempat ke 10. Satu pencapaian yang baik untuk pasukan yang baru naik dari liga kejuaraan.

Henry Camara dibawa masuk hasil pengalamannya bersama Wolves di EPL 03/04 dan menjadi penjaring terbanyak mereka dengan 7 gol musim itu. Jason Robert yang tidak diketahui siapa gerangannya menjadi penjaring terbanyak kelab itu dengan 14 gol dan penjaring terbanyak liga adalah Henry Camara. Nama-nama kurang ternama tetapi berpengalaman dibawa masuk seperti Stephen Henchoz yang pernah bergandingan dengan Sammy Hyppia di era Gerrard Houlier, Arjen De Zeeuw dahulunya bersama Portsmouth, Damien Francis pemain tengah kreatif,mempunyai Visi dan variasi hantaran yang menonjol bersama Norwich 04/05. Tak lupa Jimmy Bullard yang lebih dikenali selepas dia berhijrah ke Fulham dan bakat muda bek kiri, Leighton Baines yang lebih dikenali ramai selepas berhijrah ke Everton.

Winklehock Effect versi Wigan berlangsung agak baik dengan mengumpul 34 mata hasil 11 kemenangan 1 seri dari 19 laga separh musim itu.Mereka juga melakar kejutan apabila menumpaskan Arsenal aggregat 3-2 di Piala Liga dan layak ke final bertemu Manchester United, biarpun tewas 4-0 itu pengalaman manis buat pasukan ini kerana untuk tahun mendatang mereka berhadapan masalah untuk keluar dari zon penyingkiran dan sering terselamat. Siapa sangka di tahun 2013 mereka akhirnya menjulang piala pertama dalam sejarah penubuhan mereka.



Yang Benar,
#ApostolosVelios

Eksklusif hanya di Info EFL Championship Malaysia
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

*Flashback*

Norwich City dan Malaysia......

Usai saja mengesahkan kejuaraan 1st Division pada 2004, Norwich kemudian mengadakan lawatan ke Malaysia atas sebab penajaan. Lotus adalah syarikat pengeluar kenderaan lighweight sportcar iaitu kenderaan mewah pada harga mampu milik jika dilihat pada kuasa beli negara-negara barat lah.

Serba serbi penerangan tentang Lotus

Lotus diasaskan oleh Anthony Colin Bruce Chapman seorang lulusan kejuruteraan dalam bidang struktru yang juga peminat tegar bidang automotif. Prinsip beliau yang admin hormati dan sanjungi pada hari ini ialah " kalau nak laju, kereta perlu lah ringan dan tidak menampung beban yang tidak diperlulan " atas sebab itulah kereta Lotus lebih dikenali pada kemampuannya menghasilkan kelajuan meskipun kereta mereka bukanlah hypercar yang lebih canggih dan ada macam-macam features di dashboard. Lotus juga dikenali kerana pemanduan atau handling mereka yang superb lagi-lagi tang konar, smooth dan takde tersasar. Ini apa yang admin belajar dari pemilik Lotus, hanya mereka yang memiliki dan memandu Lotus sahaja tahu X Factor yang ada pada kereta ini. Simple dan laju, kau just enjoy the driving experience in the car. Jangan tanya kenapa bertahun-tahun Proton pegang Lotus tapi takde enjin Lotus dalam kereta Proton ?? Lotus ni cuma guna enjin toyota saja, selebihnya macam tuning tu diorang buat sendiri. Sebab tulah kalau Lotus ni rosak, ada problem sikit je kau pergi bawak ke Toyota je diorang boleh setel. Lotus Elise/Exige guna enjin Toyota celica dan Corollaje. Manakala Lotus 311 guna enjin Alphard dan Lotus Evora yang didatangkan pilihan transmisi auto menggunakan enjin sama dalam badan Camry,Lexus dan Vellfire.

Lotus semasa era pemilikan Proton boleh didapati pada harga murah/mampu milik lagi sebab ada kepentingan kerajaan dalam syarikat berpangkalan di Norfolk itu. Tetapi selepas pengambilalihan oleh Geely, keistimewaan itu sudah terhapus.

Penajaan....

Atas sebab kilang Lotus ini terletak di Hethel,Norfolk. Lebih kurang 20km dari bandar Norwich dimana carrow road berada. Maka alangkah indahnya jika mereka menjalin kerjasama disamping dengan terteranya logo pemilik share terbesar dalam Lotus iaitu Proton akan terpapar di dada jersi semasa matchday epl secara tidak langsung mempromosikan jenama Malaysia itu dan logo Lotus untuk jersi away Norwich yang berwarna British Green Racing, iaitu warna sinonim dengan automotif British disamping kereta Lotus yang popular dengan warna kuning gelap dan British Green Racing (hijau zamrud).

EPL 04/05

Norwich mengadakan perlawanan persahabatan dengan MPPJ Selangor dan dimenangi 3-2, menentang malaysia 1-0. Amat singkat tempoh lawatan mereka ke Malaysia. Juga tiada liputan meluas media cetak tentang lawatan mereka ke Malaysia dan tiada video highlight perlawanan itu dapat dijumpai.

Norwich memulakan musim mereka di EPL dengan membawa masuk sejumlah pemain yang sudah melepasi puncak karier mereka, seperti Thomas Helveg dari Inter Milan disamping nama-nama mediocre dalam epl seperti Gary Doherty the Ginger Pele (spurs), Simon Charlton (Bolton). Tetapi yang menarik perhatian admin tentulah pinjaman David Bentley, bakat muda Arsenal yang sama-sama naik dengan Fabregas. Disamping pemain-pemain sedia ada seperti Darren Huckerby yang dahulunya pernah bermain untuk coventry dan Man City (EPL) dia terkenal dengan kelincahan dan skill dribblenya, gaya permainannya mirip dengan Craig Bellamy tetapi dia gagal menunjukkan kemampuan sebenar di EPL.

Sepanjang musim itu pemain-pemain kurang dikenali tetapi menonjol seperti Leon McKenzie,Damian Francis dan Yousef Safri begitu menjadi gandingan mereka di bahagian tengah dan sayap pasukan. Robert Green pula mula diberi perhatian dia kurang melepaskan banyak gol dan siapa sangka untuk musim-musim mendatang dia bermain di EPL dan mewakili England. Norwich tidak berhadapan dengan masalah pertahanan atau penjaga gol, mereka berhadapa krisis ketumpulan barisan serangan. Mereka bermula teruk apabila lebih 2 bulan tidak merasai kemenangan dari perlawanan pertama hinggalah ke 13. Sepanjang musim itu juga mereka terperosok antara kedudukan 20-18 liga, berbeza dengan pesaing mereka crystal Palace meskipun berada di lantai liga, mereka menikmati musim yang hebat apabila Andy Johnson satu nama yang cukup asing di EPL menjaringkan 21 gol meskipun 10 datang dari sepakan penalti dan menjadi penjaring terbanyak Inggeris musim itu dibelakang pemenang kasut emas, Thierry Henry.

Perpindahan januari dimanfaatkan sebaik mungkin dengan memecah rekod kelab untuk membawa masuk penyerang England u-21, Dean Ashton. Ashton dibeli dari crewe Alexandra yang bermain di EFL Championship yang sebelum itu dikenali sebagai First Division. Pada harga 3 juta pound, ia satu bebanan buat Ashton yang tidak pernah beraksi di EPL. Dia dianggap sebagai aspirin atas kebuntuan barisan serangan Norwich meledak gol. Ironinya, musim panas lepas Norwich telah melepaskan Iwan 'rongak' Robert, penyerang berbisa mereka yang dianggap liabiliti oleh Nigel Worthington selepas mula mengalami penurunan jumlah gol atas faktor usia dan tidak ditawarkan kontrak baru.

Norwich mula melakar kemenangan, pastiny kenangan manis mereka apabila menumpaskan Manchester United 2-0 di carrow Road dan gol jarak jauh Yousef Safri menentang Newcastle. Dikala Norwich mula berusaha keras mengelak penyingkiran, pesaing mereka di zon penyingkiran seperti Palace,West Brom dan Southampton juga sama. West Brom yang terperosok di dasar liga berjaya memecah rekod dan kekal lagi semusim di EPL. Kisah mereka ini diabadikan sebagai the Great Escape apabila pasukan tercorot di dasar liga pada krismas berjaya mengelak penyingkiran pada hari terakhir musim.

The Canaries tersadung di tangga ke 19 dan gugur kembali ke Championship. Para pemain utama seperti Robert Green dan Dean Ashton kemudian dijual ke West Ham, serba sedikit menguntungkan Norwich. Damien Francis berhijrah ke Wigan, David Bentley kembali ke Arsenal sebelum mencipta nama di Blackburn dan Spurs. Norwich gagal kembali ke EPL dalam tempoh terdekat dan memulakan dekad 2010an mereka dengan bermain di League One, semusim disana mereka kembali ke Championship dan mencipta rekod tersendiri apabila back to back promotion dan kembali ke EPL musim 11/12. Rekod back to back promotion itu sebelumnya dipegang oleh Man City dan selepas itu Southampton pula melakar kejayaan sama. Nigel Worthington kemudian dipecat dan mengendalikan skuad Ireland Utara.

Disini admin termenung sejenak, bagaimana jikalau Norwich menawarkan kontrak jangka pendek pada Iwan 'rongak' Robert dan membeli Dean Ashton pada musim panas....mungkin mereka berjaya mencatat 2-3 lagi kemenangan dan berjaya menyelamatkan diri dari tersingkir.

Yang Benar,
#ApostolosVelios

Info eksklusif hanya di Info EFL Malaysia Championship
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

INFO 🍁 | Senarai penjaring penalti terbanyak Premier League sepanjang zaman (kemaskini sehingga 10 Februari 2020)

1. ALAN SHEARER (54) - Southampton, Newcastle United, Blackburn Rovers

2. FRANK LAMPARD (43) - Chelsea, West Ham United

3. STEVEN GERRARD (31) - Liverpool

4. MARK NOBLE * (27) - West Ham United

5. SERGIO AGUERO * (26) - Manchester City

6. MATT LE TISSIER (24) - Southampton

7. WAYNE ROONEY * (23) - Manchester United, Everton

8. THIERRY HENRY (22) - Arsenal

9. LUKA MILIVOJEVIC * (21) - Crystal Palace

10. LEIGHTON BAINES * (20) - Everton
= HARRY KANE * (20) - Tottenham Hotspur
= DAVID UNSWORTH (20) - Everton, Portsmouth, Wigan Athletic

13. TEDDY SHERINGHAM (19) - Manchester United, Tottenham Hotspur, West Ham United, Nottingham Forest, Portsmouth

14. GARETH BARRY * (18) - Aston Villa
= YAKUBU AYEGBENI (18) - Middlesbrough, Blackburn Rovers, Everton, Portsmouth
= GARY McALLISTER (18) - Leeds United, Leicester City, Liverpool, Coventry City
= DANNY MURPHY (18) - Liverpool, Charlton Athletic, Fulham

18. JAMES MILNER * (17) - Liverpool, Aston Villa, Manchester City
= EDEN HAZARD * (17) - Chelsea
= JAMIE VARDY * (17) - Leicester City
= PETER BEARDSLEY (17) - Newcastle United, Liverpool, Everton
= DARRENT BENT (17) - Sunderland, Charlton Athletic, Tottenham Hotspur, Aston Villa
= ROBBIE FOWLER (17) - Leeds United, Liverpool, Manchester City
= ROBBIE KEANE (17) - Leeds United, Tottenham Hotspur
MIKEL ARTETA (17) -Arsenal, Everton

Pemain bertanda * masih aktif bermain sehingga kini

✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

TRIVIA 🍁 | Senarai pemain yang paling setia dan paling lama berkhidmat dalam pasukan terkini Premier League (termasuk tempoh pinjaman).

1. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Mark Noble - West Ham United (2004)
2. 🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Andy King - Leicester City (2006)
3. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Leighton Baines - Everton (2007)
4. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Danny Rose - Tottenham Hotspur (2007)
5. 🇮🇪 Seamus Coleman - Everton (2009)
6. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Harry Kane - Tottenham Hotspur (2009)
7. 🇪🇸 David Silva - Manchester City (2010)
8. 🇮🇪 Kevin Long - Burnley (2010)
9. 🇳🇿 Winston Reid - West Ham United (2010)
10. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Lewis Dunk - Brighton & Hove Albion (2010)
11. 🇮🇪 Matt Doherty - Wolverhampton Wanderers (2010)
12. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Troy Deeney - Watford (2010)
13. 🇮🇪 Harry Arter - Bournemouth (2010)
14. 🇩🇰 Kasper Schmeichel - Leicester City (2011)
15. 🇪🇸 David de Gea - Manchester United (2011)
16. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Phil Jones - Manchester United (2011)
17. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jesse Lingard - Manchester United (2011)
18. 🇦🇷 Sergio Aguero - Manchester City (2011)
19. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jordan Henderson - Liverpool (2011)
20. 🇮🇪 Rob Elliot - Newcastle United (2011)
21. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 James Ward-Prowse - Southampton (2011)
22. 🇪🇸 Cesar Azpilicueta - Chelsea (2012)
23. 🇦🇷 Emiliano Martinez - Arsenal (2012)
24. 🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Paul Dummett - Newcastle United (2012)
25. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Charlie Daniels - Bournemouth (2012)
26. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Steve Cook - Bournemouth (2012)
27. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Simon Francis - Bournemouth (2012)
28. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Ben Mee - Burnley (2012)
29. 🇯🇲 Wes Morgan - Leicester City (2012)
30. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Matty James - Leicester City (2012)
31. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Joel Ward - Crystal Palace (2012)
32. 🇳🇴 Alex Tettey - Norwich City (2012)
33. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jamal Blackman - Chelsea (2012)
34. 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jack Grealish - Aston Villa (2012)

✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

TRIVIA 🍁 | John Arne Riise adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak terutamanya penyokong pasukan Liverpool FC. Beliau tiba di Anfield pada musim panas 2000/01 dari kelab Ligue 1, AS MONACO dengan nilai perpindahan £4 juta.

John Arne Riise bolehlah dikatakan lagenda kelab, selaku pemain pertahanan kiri. Riise bermain selama 7 musim di Liverpool dengan 345 penampilan dan 31 gol dalam semua kejohanan.

Sepanjang di Merseyside, Riise telah menggondol Piala FA (2005/06), Piala Liga (2002/03), Perisai Komuniti (2001, 2006), UEFA Champions League (2004/05) dan UEFA Super Cup (2001, 2005). Beliau merupakan salah seorang pemain dalam kebangkitan penuh dramatik 'Istanbul Night’.

Bila mana Riise berasakan peluangnya tergugat selaku pertahanan kiri utama sejak kehadiran Fabio Aurelio, Riise mengambil keputusan untuk berhijrah ke AS Roma pada musim panas 2008 dengan nilai perpindahan £5 juta.

Terkenal dengan rembatan padu bak peluru dan meraikan jaringan dengan membuka baju, Liverpool agak lama untuk mencari pengganti Riise selepas penghijrahannya ke Roma.

Riise tidak menunggu lama untuk mencipta nama di Roma. Beliau semakin menjadi bualan apabila menjaringkan gol yang cantik untuk Roma terutama melibatkan perlawanan besar. Mungkin ianya secara kebetulan, tetapi disebabkan golnya ke atas Inter Milan, AC Milan dan Juventus, Riise menjadi kebanggaan peminat.

Riise meninggalkan Roma musim panas 2011 dengan 136 penampilan dan 11 gol dalam semua kejohanan. Beliau kembali ke EPL dan bergandingan dengan adiknya Bjorn Helge Riise di Fulham FC Official.

Beliau seterusnya berkelana dan pernah bermain bersama kelab APOEL FC di Cyprus, Delhi Dynamos FC di India sebelum kembali ke negara kelahiran beliau dan menamatkan kariernya bersama pasukan zaman kanak-kanaknya, AaFK - Aalesunds FK. Pada Ogos 2016, Riise telah keluar dari persaraan dan menandatangani kontrak jangka pendek sebagai 'Marquee Player' selama dua bulan bersama pasukan Indian Super League, Chennaiyin FC.

Dengan 110 kaps, John Arne Riise merupakan pemain paling banyak melakukan penampilan bersama pasukan kebangsaan Norway sepanjang zaman. Beliau telah merekodkan 16 jaringan sebelum bersara dari tugasan antarabangsa pada tahun 2013.

Namun, siapa sangka, Riise pernah diisytihar muflis pada usia 27 tahun. Dengan pendapatan sekitar £30,000 secara mingguan, antara pendapatan yang boleh dikategorikan sebagai lumayan, Riise telah didakwa gagal melangsaikan hutangnya yang berjumlah £100,000. Kes Riise itu dikatakan ada kaitan dengan kes penipuan bernilai £3 juta yang berlaku di Norway. Riise juga telah dilaporkan terpaksa menanggung hutang atas kegagalan perniagaannya, termasuk dalam bidang perhotelan.

Riise bolehlah dianggap bertuah kerana pernah bermain sepasukan dengan kapten “marvel” Steven Gerrard dan Capitano Francesco Totti dalam tempoh yang agak lama.

Kredit Artikel : Bola Tonjol
✍🏻 : Rahim Giallorossi
Edit : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

TRIVIA 🍁 | Ramai pemain-pemain Leeds United telah dijual dan meninggalkan pasukan ketika kelab itu mengalami krisis kewangan yang kritikal akibat bebanan hutang yang menggunung.

Pasukan ini pernah menjuarai Football League First Division edisi yang terakhir pada musim 1991/92 sebelum dijenamakan semula sebagai Premier League. Malah pasukan dengan gelaran 'The Famous & Dirty Leeds' itu pernah mara sehingga ke peringkat separuh akhir Champions League pada tahun 2001. Di bawah kendalian David O’Leary dari 1997-2001, Leeds tidak pernah menamatkan EPL di luar kelompok 6 teratas.

Bebanan hutang yang banyak kerana terlalu yakin mampu konsisten beraksi cemerlang di pentas Eropah telah membawa padah. Leeds terpaksa melepaskan pemain-pemain bintang mereka dengan harga yang murah dan mereka pernah terjerumus sehingga ke divisyen ketiga liga bola sepak England pada musim 2006/07.

Berikut adalah diantara pemain-pemain yang pernah menyarung jersi Leeds United dan telah dijual demi kelangsungan dan untuk menanggung bebanan hutang tersebut.

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Rio Ferdinand -> Manchester United (£41.40 juta)
🇳🇱 Jimmy Floyd Hasselbaink -> Atletico Madrid (£15.03 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jonathan Woodgate -> Newcastle United (£12.15 juta)
🇮🇪 Robbie Keane -> Tottenham Hotspur (£9.45 juta)
🇦🇺 Harry Kewell -> Liverpool (£9.00 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Robbie Fowler -> Manchester City (£8.82 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Fabian Delph -> Aston Villa (£8.55 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Alan Smith -> Manchester United (£8.10 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 James Milner -> Newcastle United (£6.66 juta)
🇦🇺 Mark Viduka -> Middlesbrough (£6.08 juta)
🇫🇷 Olivier Dacourt -> AS Roma (£4.73 juta)
🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Gary Speed -> Everton (£4.38 juta)
🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Matthew Jones -> Leicester City (£4.05 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Darren Huckerby -> Manchester City (£3.60 juta)
🇳🇴 Alf-Inge Haaland - Manchester City (£3.38 juta)
🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿 David Hopkin - Bradford City (£3.38 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Matthew Kilgallon -> Sheffield United (£3.42 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 David Batty -> Blackburn Rovers (£3.40 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Rob Hulse -> Sheffield United (£3.11 juta)
🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿 Robert Snodgrass -> Norwich City (£2.88 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Paul Robinson -> Tottenham Hotspur (£2.70 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 David Rocastle -> Manchester City (£2.16 juta)
🇮🇪 David Healy -> Fulham (£2.03 juta)
🇬🇭 Anthony Yeboah -> Hamburger SV (£1.94 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 David Wetherall -> Bradford City (£1.89 juta)
🇮🇪 Max Gradel -> Saint-Etienne (£1.80 juta)
🇫🇷 Eric Cantona -> Manchester United (£1.62 juta)
🇩🇰 Kasper Schmeichel -> Leicester City (£1.51 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jon Newsome -> Norwich City (£1.35 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Scott Carson -> Liverpool (£1.26 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Danny Granville -> Manchester City (£1.26 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Aaron Lennon -> Tottenham Hotspur (£1.08 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Carlton Palmer -> Southampton (£1.08 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Nigel Martyn -> Everton (£720k)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Paul Beesley -> Manchester City (£540k)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Lee Bowyer -> West Ham United (£270k)
🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿 Gary McAllister -> Coventry City (£225k)
🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿 Dominic Matteo -> Blackburn Rovers (Free Transfer)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Nick Barmby -> Hull City (Free Transfer)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Danny Mills -> Manchester City (Free Transfer)

Sumber: transfermarkt.com
✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

TRIVIA 🍁 | Southampton FC dikenali sebagai diantara sebuah pasukan yang memiliki akademi bola sepak terbaik di England. Kelab ini juga telah merekodkan keuntungan yang lumayan dalam pasaran perpindahan pemain sepanjang sedekad yang lalu. Berikut merupakan antara penjualan pemain mereka yang membawa pulangan yang menguntungkan kewangan pasukan.

🇳🇱 Virgil van Dijk -> Liverpool (£76.19 juta)
🇸🇳 Sadio Mane -> Liverpool (£37.08 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Luke Shaw -> Manchester United (£33.75 juta)
🇫🇷 Morgan Schneiderlin -> Manchester United (£31.50 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Adam Lallana -> Liverpool (£27.90 juta)
🇭🇷 Dejan Lovren -> Liverpool (£22.77 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Calum Chambers -> Arsenal (£18.21 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Nathaniel Clyne -> Liverpool (£15.93 juta)
🇮🇹 Graziano Pelle -> Shandong Luneng (£13.73 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Matt Targett -> Aston Villa (£13.95 juta)
🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Gareth Bale -> Tottenham Hotspur (£13.23 juta)
🇰🇪 Victor Wanyama -> Tottenham Hotspur (£13.73 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Alex Oxlade-Chamberlain -> Arsenal (£12.42 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jay Rodriguez -> West Bromwich Albion (£12.33 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Dean Richards -> Tottenham Hotspur (£10.94 juta)
🇮🇹 Manolo Gabbiadini -> Sampdoria (£10.71 juta)
🇷🇸 Dusan Tadic -> Ajax Amsterdam (£10.26 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Theo Walcott -> Arsenal (£9.45 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Peter Crouch -> Liverpool (£9.45 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Wayne Bridge -> Chelsea (£9.45 juta)
🇵🇹 Jose Fonte -> West Ham United (£8.28 juta)
🇹🇹 Kenwyne Jones -> Sunderland (£8.10 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 James Beattie -> Everton (£8.10 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Sam Gallagher -> Blackburn Rovers (£5.04 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Rickie Lambert -> Liverpool (£4.95 juta)
🇪🇸 Juanmi -> Real Sociedad (£4.50 juta)
🇮🇪 Chris Baird -> Fulham (£4.05 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Charlie Austin -> West Beomwich Albion (£3.87 juta)
🇵🇹 Luis Boa Morte -> Fulham (£2.07 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jason Puncheon -> Crystal Palace (£1.98 juta)
🇮🇪 David McGoldrick -> Nottingham Forest (£1.69 juta)
🇯🇲 Ricardo Fuller -> Stoke City (£1.58 juta)

Sumber : transfermarkt.com
✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

TRIVIA 🍁 | Tony Cottee

Para peminat Selangor yang otai pasti kenal dengan nama ini. Percaya atau tidak, Cottee juga pernah bermain lebih dari 2 kelab di England dalam masa semusim !

Perkara ini terjadi pada musim 2000/01. Ketika itu, Cottee sedang beraksi untuk Leicester City Football Club. Selepas beraksi untuk Leicester City, Cottee menyertai Norwich City FC pada September 2000 sebagai pemain-jurulatih. Namun oleh kerana tidak berjaya memenuhi jangkaan kelab, beliau menamatkan kontrak beliau lalu berpindah ke Barnet Football Club.

Tempoh beliau di Barnet juga tidak panjang, beliau cuma bertahan untuk seminggu sahaja di kelab ! Akhirnya, Cottee menamatkan musim 2000/01 dengan menyertai Millwall Football Club pada hari terakhir jendela perpindahan. Dengan terjadinya perpindahan tersebut, Cottee telah bermain untuk 4 kelab dalam masa semusim. 🤯

✍🏻 : Zorro_Boro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

Trivia 🌺 | 10 Pengurus Inggeris terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris

Pengurus berbangsa Inggeris agak kurang popular bagi jawatan pengurus pasukan di Liga Perdana Inggeris dengan bakat yang dimiliki oleh jururlatih di seluruh dunia untuk menguruskan pasukan di liga yang menguntungkan ini.

Tiada pengurus berbangsa Inggeris yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dengan kedudukan yang lebih baik daripada kedudukan no 2 selepas Howard Wilkinson melakukannya dengan mejadi juara pada 1992 bersama pasukan Leeds.

Namun masih terdapat beberapa pencapaian yang baik daripada jurulatih tempatan ini. Di sini kami senaraikan 10 pengurus Inggeris terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris...

10 Alan Pardew
(Kelab : West Ham, Newcastle, Crystal Palace, West Brom)
Saat kejatuhan beliau sebagai pengurus Liga Perdana Inggeris adalah ketika pasukannya Crystal Palace mengalami kemerosotan yang teruk dan beliau hanya bertahan hanya 4 bulan sahaja ketika malapetaka yang dihadapi beliau menjadi pengurus West Brom tetapi faktanya beliau telah mencapai banyak pencapaian yang terpuji yang boleh kita lihat.

Musim 2005/2006 pasukan yang baru dipromosikan West Ham menamatkan saingan di tempat ke 9 dan hampir sahaja memenangi piala FA. Pardew pernah memenangi LMA Manager of the Year ketika Newcastle berada di tempat ke 5 pada tahun 2012, menyelamatkan pasukan Palace daripada penyingkiran pada tahun 2015, layak ke perlawanan Akhir piala FA pada 2016 dan mencapai perlawanan yang ke 300 di Liga Perdana Inggeris sebagai jurulatih.

9 Glenn Hoddle
(Kelab : Chelsea, Southampton, Tottenham)
Swindon Town menjadi kelab Liga Perdana Inggeris adalah kerana Glenn Hoddle tetapi beliau menerima tawaran untuk mengambil alih jawatan sebagai pemain-pengurus di Chelsea hanya selepas dipromosikan. Beliau mengetuai Chelsea ke perlawanan akhir piala FA dan peningkatan beliau sebagai pengurus membantu dalam membina era baru di Stamford Bridge sebelum beliau menjadi pengurus England.

Hoddle mengambil alih Southampton selepas separuh musim tahun 1999/00 dan the Saints berada di kedudukan ke 10 di akhir musim. Selepas itu beliau dilamar untuk menjadi pengurus Tottenham pada March 2001. Beliau membawa pasukan Tottenham sehingga ke perlawanan akhir piala Liga dan seterusnya memenangi 2 kali ‘manager of the month’.

Pasukan beliau berjaya memenangi 5 perlawanan berturut-turut sebelum meninggalkan pasukan pada tahun 2003 tetapi pasukan itu gagal memenangi 7 perlawanan seterusnya tanpa beliau.

8 Joe Royle
( Kelab : Oldham, Everton, Manchester City)
Dibawah pengurusan Joe Royle Oldham berjaya menjadi pencabar pada tahun 1991 dan kemudian menjadi sebahagian pasukan pada awal kejohanan Liga Perdana Inggeris dijenamakan semula setelah terselamat 2 kali. Kelab tersebut berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir piala FA untuk kedua kali setelah 4 musim pada 1994, sebelum berpindah ke Everton.

Royle berjaya mengatasi kesukaran pada awal karier di the Toffees tetapi masih berjaya memberi trofi piala FA pada musim pertamanya (trofi terakhir untuk Everton) dan menamatkan saingan liga di tempat ke 6 setahun lepas itu. Beliau kemudian berpindah ke Manchester City dan berjaya membuat pasukan itu bersaing di kedudukan teratas untuk liga tier ke 3.

7 Alan Curbishley
( Kelab : Charlton, West Ham)
Charlton tidak mungkin menjadi pasukan Liga Perdana Inggeris jika tidak kerana lagenda mereka Alan Curbishley. Beliau telah membawa pasukan the Addicks 2 kali ke saingan tertinggi dan pernah mendapat tempat ke 7 yang paling tinggi. Mereka telah tersingkir pada 2007 iaitu musim pertama mereka tanpa beliau.

Setelah meninggalkan Charlton pada musim panas 2006, beliau kembali ke arena bola sepak dengan menguruskan pasukan yang berada dalam kesusahan West Ham. Pasukan yang diterajui oleh Carlos Tevez berjaya memenangi 7 daripada 9 perlawanan untuk mengelakkan daripada penyingkiran.

6 Ron Atkinson
(Kelab: Aston Villa, Coventry, Sheffield Wednesday, Nottingham Forest)
Tiada pengurus berbangsa Inggeris yang lebih baik daripada Ron Atikinson yang menamatkan saingan di tempat kedua bersama pasukan Aston Villa pada 1992/93. Beliau juga berjaya membawa kepada kejayaan di piala Liga di Villa Park pada 1994 dan mungkin boleh mencapai lebih lagi jika tiada masalah dengan pemilik Doug Ellis.

Atkinson mengambil alih Coventry kempen berbaki 3 bulan pada 1994/95 dan mengemudi kelab mengelakkan penyingkiran dan membina semula pasukan dengan mengecapi kejayaan di bawah Gordon Strachan.

5 Sam Allerdyce
Dibawah Everton, Crystal Palace dan Everton, reputasi Sam Allerdyce sebagai pejuang tetapi bersama Bolton, beliau mencipta nama di Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menamatkan saingan liga di kedudukan 8 teratas selama 4 musim berturut-turut.

Allerdyce membina pasukan dengan beberapa bintang seperti Jay-Jay Okocha, Youri Djorkaeff, Ivan Campo, Fernando Hiero dan Nicolas Anelka bersama beberapa pemain yang kurang ternama seperti Kevin Nolan dan Kevin Davies.

4 Kevin Keegan
( Kelab : Newcastle, Manchester City)
Walaupon keberanian beliau menjadi salah satu memori dalam Liga Perdana Inggeris, Kevin Keegan adalah pengurus yang membawa pasukan yang paling menarik dan menghiburkan pada era moden ketika beliau menguruskan Newcastle - beliau bersama Atkinson sebagai pengurus berbangsa Inggeris mendapat tempat ke 2 menamatkan saingan liga.

The Magpies datang dari tier ke dua ke tempat ke 3 Liga Perdana Inggeris, mengetuai dan menjadi potensi dalam saingan UCL dalam masa 3 tahun, sehingga satu tahap mendahului liga dengan perbezaan 12 mata pada tahun 1995/96.

Walaupon mereka tidak mengekalkan prestasi sama pada musim hadapannya namun mereka tetap menamatkan saingan di tempat ke 2.

3 Roy Hodgson
( Kelab : Blackburn, Fulham, Liverpool, West Brom, Crystal Palace)
Roy Hodgson adalah legenda bola sepak sebenar dan intelektual, seseorang yang membina keupayaan dalam pengetahuan sebagai jurulatih semasa 40 tahun karier yang telah mengembara di 8 negara dan 3 benua.

Hodgson telah mencapai kejayaan bersama kelab kecil di Liga Perdana Inggeris, membawa pasukan Blackburn ke kejohanan Eropah, dan 10 tahun kemudian menyelamatkan Fulham dari penyingkiran seterusnya mengetuai mereka ke perlawanan akhir Europa League.

2 Sir Bobby Robson
( Kelab : Newcastle)
Sir Alex Ferguson benar-benar takut pada Newcastle dalam penentuan kejuaraan setelah ape yang dilakukan oleh Sir Bobby Robson di Tyneside. The Magpies menamatkan saingan di tempat ke 3 tetapi masih layak untuk beraksi di UCL untuk dua kali berturut-turut.

Selepas era Keegan dan Kenny Dalglish berakhir, Newcastle berada di kedudukan terbawah apabila Robson mengambil alih pada September 1999. Beliau membina semula pasukan ini dan seterusnya terus berada dalam saingan tertinggi.

Beliau pergi pada tahun 2004 dengan memenangi 6 kali ‘Manager of the Month’(hanya beliau sahaja pengurus berbangsa Inggeris yang memenangi lebih banyak) dan telah dimasukkan didalam ‘English Football Hall of Fame.

1 Harry Redknapp
( Kelab : West Ham, Portsmouth, Southampton, Tottenham, QPR)
Pada masa kini, Harry Redknapp sangat dikenali ketika 4 tahun beliau bersama pasukan Tottenham, akhirnya memecakan penguasaan ‘top 4’ dan berjaya layak ke UCL pada 2010 - Spurs mencapai ke 8 pasukan terakhir pada percubaam pertama mereka.

Sebelum itu, Redknapp telah membawan pasukan Portsmouth ke Liga Perdana Inggeris dan pada musim keduanya mereka berjaya memenangi piala FA. Beliau juga mempunyai 7 tahun kejayaan bersama pasukan West Ham pada 1990, menamatkan saingan di tempat kelima.

Hanya Ferguson dan Arsene Wenger sahaja yang berjaya menguruskan lebih perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris berbanding Redknapp sebanyak 641 perlawanan. Beliau juga berjaya memenangi Premier League Manager of the Year pada 2010 dan 8 Manager of the Month.

Sumber : 90mins

✍🏻: #QibMan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,131
Reaction score
9,980
Points
2,226

*Flashback.....*

Hari yang merubah nasib Chelsea buat selamanya !!!

Matchday 38 2002/03

Chelsea pada waktu ini sedang dilanda krisis kewangan menyebabkan mereka tidak lagi mampu meminjam duit dan membuat modal untuk membeli pemain seperti yang dilakukan pada lewat era 90an dan awal 2000an dimana mereka berbelanja besar dan kerapkali memecahkan rekod pembelian kelab.

Tamatnya era Gianluca Vialli berikutan permulaan yang buruk akhirnya digantikan oleh Claudio Ranieri, dia dikritik hebat kerana hampir 4 musim dia disana Chelsea gagal memenangi sebarang piala. Ranieri mengambil langkah tidak popular dengan mengurangkan purata umur pasukan Chelsea dengan melepaskan beberapa pemain-pemain berusia 30an dan membawa masuk pemain lebih muda dan pembeliaannya itu kemudian dianggap paling bernilai apabila membeli Frank Lampard yang tidak dikenali pada harga 11 juta !!! ye 11 juta pada era awal 2000an untuk seorang pemain yang tidak pernah mewakili England dan hanya bermain di West Ham United tersangatlah mahal ! Pada musim penuh Ranieri di Barat London dia membawa masuk William Gallas, Bolo Zenden dan Emmanuel Petit dari Barca. Pastinya mengundang rasa kurang senang penyokong Arsenal apabila Petit menyertai seteru mereka. Tidak banyak yang boleh disumbangkan Petit atas faktor usia dan kecederaan lutut yang menghantui. Siapa sangka Gallas dan Lampard kemudian menjadi tonggak utama Chelsea di barisan belakang dan tengah, Ranieri membuat pilihan tidak popular tapi pembeliannya lebih kepada pembinaan skuad masa hadapan Chelsea. Begitu juga dengan pilihan memberikan John Terry peluang bermain dengan kerap, satu lagi pelan masa hadapan Ranieri yang dikagumi ramai. Pemain yang ditandatangani pada usia muda seperti Celestine Babayaro gagal naik ke peringkat lebih tinggi, Carlton Cole perlu lebih pendedahan, Mikael Forsel dan Eidur Gudjohnsen masih mentah untuk kancah epl jadi pengalaman dan keringat Gianfranco Zola di barisan depan pada usia 37 tahun masih menjadi sandaran.

Musim Panas 2002/03 Chelsea sunyi dari khabar berita perpindahan pemain. Hanya Enrique De Lucas dibawa masuk...impak?? tiada. Satu petanda akan terjadi sesuatu yang tidak baik untuk the pensioners itu. Kesemuanya terjawab di akhir musim apabila diumumkan di bilik persalinan sebelum perlawanan mereka harus menang pertemuan di laman sendiri itu kerana kelab yang dimiliki Ken Bates itu berisiko jatuh ke administration atas sebab bebanan hutang, oleh itu pilihan yang mereka ada hanyalah memenangi perebutan tempat ke-4 yang menjanjikan slot ke liga juara-juara Eropah. Dengan slot itu akan menarik pembeli berpotensi untuk melabur dalam kelab dan keluar dari beban hutang yang menggunung. Chelsea tidak akan dapat melangsaikan hutang dengan menjual pemain mereka kerana masih ramai kuda tua dalam kelab dan tiada rating tinggi diberikan kepada pemain muda mereka. Jadi mereka berdepan masalah bagaimana mencari dana untuk melangsaikan hutang.

#Winklehock_Effect Part 3

Liverpool.....

Bermula baik pada awal musim dengan 2 bulan setengah tanpa sebarang kekalahan tetapi krisis mula melanda apabila tersingkir dari grup stage di UCL selepas kempen yang hambar dan 2 bulan langsung tidak merekodkan kemenangan di liga sekaligus mereka tercicir dari perebutan takhta. Ditambah dengan kegaglan Diouf mencetak gol, selepas didatangkan sebagai penyerang handal di piala dunia 2002 dan dibayar pada tag 10 juta pound ! Liverpool seharusnya menyalahkan diri mereka sendiri atas 2 perkara iaitu gagal membawa masuk penyerang yang benar-benar layak untuk berpasangan dengan Owen, Mencari penyerang yang boleh bermain berseorangan dikala Owen cedera dan berkeupayaan menjaringkan sejumlah gol sepertinya.

Perlawanan ke 37 mereka tumpas mengejut pada Man city 2-1 sedangkan Man City adalah pasukan baru dinaikkan pangkat. Jika mereka menang pertemuan itu, hanya perlu seri sahaja di Stamford Bridge. Lebih memeritkan 2 gol City disumbangkan oleh Nicolas Anelka pada musim sebelumnya dipinjamkan ke Liverpool dan membantu mereka menjadi naib juara. Masih tertanya tanya mengapa Gerrard Houllier tidak membeli Anelka dan membeli Diouf? persoalan yang masih belum terungkai.

Hari Penentuan....

Liverpool tidak menunggu lama untuk mendahului hasil tandukan Samy Hyppia, nampaknya mereka calon favourite untuk layak setelah 3 musim berturut-turut berada di top 4. 3 minit kemudian, umpanan Gronkjaer ke penjuru kiri menemui kepala Marcel Desailly dan kedudukan terikat 1-1, seri sudah cukup kerana Chelsea memiliki perbezaan gol yang lebih besar. Gronkjaer sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila melepasi kawalan John Arne Riise dan merembat ke penjuru kanan gawang liverpool untuk kedudukan 2-1. Dikala Liverpool memerlukan kemenangan Steven Gerrard terlebih emosi dengan memijak paha Graeme Le Saux semasa merebut bola dan dilayangkan kad merah.

Roman Abramovich dilaporkan berminat untuk membeli Tottenham Hotspur ketika itu, apabila Chelsea layak ke Champions League maka matlamat itu beralih kepada mereka dan kurang 100 hari Roman di Chelsea ramai bintang mula membanjiri kelab itu.

Chelsea tidaklah begitu miskin di era Ken Bates mereka sempat menikmati komersialisme di era Bates apabila Stamford Bridge dimodenkan, hospitaliti ditambah baik dengan pembinaan kompleks Chelsea Village yang dibina bersambung dengan stamford bridge. Juga diterjemahkan dengan menandatangani pemain-pemain ternama meskipun mereka sudah di penghujung karier dan mengakhiri kemarau trofi 20 tahun dengan memenangi piala FA 1997, Piala Liga 1998 & Cup Winners Cup 1998 dan piala FA 2000. Akan tetapi ada perkara lain yang Bates abaikan atau terlepas pandang, Chelsea tidak memiliki padang latihan mereka sendiri. Mereka berkongsi tapak latihan Harlington dengan pasukan Imperial College London, pada 2005 barulah kompleks latihan Cobham disiapkan. Harlington kini dipajak bersama pasukan Queens Park Rangers.

Sebenarnya, bukan Chelsea saja yang berkongsi padang latihan dengan pihak universiti, semasa era awal Wenger di Highbury dia mengusulkan supaya kelab memiliki pusat latihan mutlak. Mereka pada waktu itu berkongsi pusat latihan dengan University College London dan Wenger sendiri merancang blue print pusat latihan itu dengan apa jenis fasiliti perlu disediakan. Dana pembinaan dijana dengan menjual Nicolas Anelka pada harga 20 juta dan separuh dari tag perpindahan itu digunakan untuk membina pusat latihan baru Arsenal.

Yang Benar,
#ApostolosVelios

Eksklusif hanya di Info EFL Championship Malaysia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register