BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EO6: Tak perlu ucap terima kasih

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

“Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat,” tambah beliau yang juga Adun Manir.

Kata beliau, nampaknya kerajaan sedar dan terpaksa akur terhadap kesalahan mereka dan akhirnya terpaksa membebaskan aktivis tersebut.

Beliau berkata, aktivis tersebut mempunyai haknya yang dijamin oleh Perlembagaan dan kerajaan tidak berhak merampas hak tersebut.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4631-eo6-tak-perlu-ucap-terima-kasih
 
Back
Top
Log in Register