- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,380
- Reaction score
- 61
- Points
- 120

GAMBAR fail Ayah Pin bersama (dari kiri) Ruzilan, Zaharah, Che Minah dan Nik Kamariah di Kampung Batu 13, Hulu Besut.
BESUT - "Saya memang tak tahu di mana Ayah Pin sebab sudah lebih tiga tahun tak jumpa dia. Entahlah.''
Demikian dakwa isteri kedua Ayah Pin, Zaharah Awang, 48, mengenai laporan bahawa suaminya yang masih bebas pernah pulang untuk menemui keluarga dan pengikutnya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini baru-baru ini.
Menurutnya, Ayah Pin dan isteri pertama, Che Minah Remeli, 61, hilang selepas markas mereka dirosakkan oleh sekumpulan 40 lelaki pada 18 Julai 2005 dan sejak itu dia terputus hubungan dengan mereka.
Walaupun mendengar pelbagai cerita dilaporkan media mengenai lokasi persembunyian Ayah Pin termasuk di Selatan Thailand, namun Zaharah berkata, dia tidak pernah dihubungi oleh suaminya itu.
''Tak ada khabar berita langsung. Jadi, kalau wartawan tanya macam mana saya nak jawab sebab saya memang tak tahu. Tanyalah kepada orang yang keluarkan kenyataan tu dan bukan pada kami,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam bahawa Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 68, yang berada di negara jiran pulang ke Terengganu, tetapi pihak polis tidak menangkapnya kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menganggap tindakan tersebut tidak perlu.
Menurut Timbalan Pengerusi Jawa tankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh, pengasas 'Kerajaan Langit' itu tidak perlu ditahan kerana ajarannya sudah berjaya dilumpuhkan.
Ditanya perasaannya jika polis bertindak menangkap Ayah Pin, Zaharah berkata, ia adalah hak pihak berkuasa untuk melakukannya mengikut undang-undang.
"Kalau nak tangkap, silakan sebab saya sendiri kalau boleh nak jumpa dia. Kami tak nak komen apa-apa lagi pun. Ayah Pin pernah pesan supaya kami tak langgar peraturan dan jangan lawan kerajaan,'' katanya.
Zaharah turut menceritakan bagai mana perkampungan itu pernah dikepung pihak berkuasa termasuk menggunakan anjing pengesan dan helikopter pada tahun 2005, tetapi para pengikut tidak bertindak di luar batasan atau cuba melawan.
Ujarnya, dia turut mendengar pelba gai khabar angin tentang di mana Ayah Pin termasuk kononnya berada di penjara, tetapi sehingga kini tidak ada bukti mengenai dakwaan tersebut.
Isteri ketiga Ayah Pin, Ruzilan Mokhtar, 44, berkata, mereka kini lebih berhati-hati dengan media dan memantau segala laporan yang disiar kan dan akan mengambil tindakan mahkamah jika laporan yang dibuat tidak tepat.