BTC USD 42,306.5 Gold USD 1,749.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enot goyah disahkan positif COVID-19

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,379
Reaction score
2,797
Points
201
Enot goyah disahkan positif COVID-19

Oleh Farihad Shalla Mahmud
Jun 1, 2021 @ 8:03pm
[email protected]
1622553203159.png

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Enot disahkan positif COVID-19, Ahad lalu enggan menjadikan ujian penyakit dihadapinya sebagai tekanan dalam hidup.

Reda dengan apa yang berlaku, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah berkata, dia berfikiran positif untuk terus kuat melawan ujian penyakit itu.

"Saya pernah mengeluarkan kenyataan. Jika saya mampu menghadapi kanser selama tiga tahun, pastinya saya boleh tahan selama 14 hari untuk berdepan dengan jangkitan COVID-19 ini.


"Apabila saya meluahkannya bukan bermakna saya cakap besar atau berlagak seperti disangka netizen, tetapi ia lebih kepada strategi dari aspek psikologi untuk saya terus kuat berdepan dengan situasi ini.

"Hakikatnya, saya tetap goyah, tetapi saya tidak mahu nampak lemah dan bangkit berjuang melawan perasaan negatif," katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagi membuktikan kata-katanya itu, pelakon berusia 43 tahun itu gigih berdikari menguruskan diri walaupun dalam keadaan tubuh yang masih lemah.

"Meskipun lemah, saya berusaha melawan kesakitan yang dihadapi. Saya akan melakukan pemeriksaan sendiri seperti tekanan darah, setiap hari.

"Saya memastikan makan ubat dan amalkan kaedah alternatif yang disarankan untuk pesakit COVID-19 berdasarkan pembacaan sebelum ini," terangnya.

Berkongsi asbab penyakitnya itu, dia memaklumkan jangkitan virus itu diperoleh di sebuah lokasi penggambaran.

"Saya menjadi kontak rapat kepada seorang kru di lokasi penggambaran, minggu lalu. Ketika ujian saringan dijalankan keputusan adalah negatif.

"Bagaimanapun, saya tetap menjalani kuarantin kendiri di rumah. Keadaan saya sangat lemah dan mengalami demam yang teruk, selain batuk dan muntah sepanjang minggu lalu.

"Saya tidak mahu menuding jari pada sesiapa dan anggap apa yang berlaku disebabkan kecuaian saya. Mungkin sikap saya ambil mudah dari segi penjagaan kebersihan seperti tidak sanitasi tangan selepas mengambil barangan.

"Apa yang berlaku dijadikan satu pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang," kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Mat Despatch ini.

Dalam pada mahu kelihatan kuat, Enot berkata, ada ketika jiwanya rapuh apabila tidak dapat bersama insan tersayang disebabkan keadaannya itu.

"Saya tinggal bersama anak dan sepupu. Mujur, keputusan ujian saringan mereka negatif. Saya hanya mampu memandang mereka dari jauh dan tidak dapat nak memeluk mereka seperti sering dilakukan.

"Jika nak tengok pun, mereka akan naik ke atas dan hanya setakat di depan pintu bilik sahaja. Kucing saya pun begitu, tidak dapat nak manjakan.

"Apapun, saya bersyukur kerana kawasan kejiranan sangat prihatin. Mereka mengambil berat terhadap kebajikan dan keluarga dengan menghantar makanan ke rumah saya," cerita Enot.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register