Enjin Kereta Terbakar Selepas Isi Minyak

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,492
Reaction score
2,023
Points
176
18.07.2019 - Seremban, Seorang anggota tentera berusia 28 tahun berdepan detik cemas apabila enjin kereta dinaikinya terbakar di Kilometer 274.8 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Mohd. Firdaus Jamaludin sedang memandu kereta jenis Proton Satria GTI dari arah Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka menuju ke Setiawangsa, Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri selepas bertindak pantas menghentikan kenderaannya di bahu jalan di lebuh raya tersebut.

"Menurut pemandu kereta itu, sebelum kejadian beliau singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban untuk mengisi minyak dan berehat seketika.

"Beliau kemudian mendapati enjin keretanya agak panas, namun meneruskan perjalanan dan selepas kira-kira lima minit bergerak asap keluar dari corong penghawa dingin sebelum terdapat percikan api dari but kereta itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, anggota tentera itu menghentikan kenderaannya di bahu jalan untuk keluar dari kereta tersebut bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

Kata beliau, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat insiden itu pada pukul 2.24 pagi.

Jelas beliau, pasukan bomba terbabit tiba di lokasi kenderaan terbakar itu kira-kira 21 minit kemudian dan mengambil masa kurang lima minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut.

"Enjin kereta Proton Satria GTI itu dianggarkan 90 peratus terbakar dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Berita asal http://www.kosmo.com.my/terkini/video-enjin-kereta-terbakar-selepas-isi-minyak-1.939187
 
Sponsored Post

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,132
Reaction score
163
Points
88
Fuh Gti... Overheat agaknya tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register