Enjin jet: Peguam Negara berlepas ke Uruguay

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU 13 Feb. - Kerajaan akan memastikan dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay, dibawa balik ke negara ini secepat mungkin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kini sedang dalam perjalanan ke Uruguay bagi menguruskan proses tertentu bagi tujuan tersebut.

"Beberapa dokumen perundangan telah beliau perolehi dan beliau juga telah mendapat kerjasama daripada Kedutaan Uruguay di Malaysia supaya proses membawa balik enjin itu dapat disegerakan," katanya.

Beliau diminta mengulas urusan membawa balik dua enjin jet pejuang F5-E yang yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang.

Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah berbincang dengan Abdul Ghani mengenai proses membawa pulang enjin tersebut dua hari lalu.

Sementara itu, beliau berkata, dua suspek yang dituduh dalam kes kehilangan dua enjin itu akan dibicarakan pada 29 Mac ini.

Pada 6 Januari lalu, seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet berkenaan.

Namun mereka berdua mengaku tidak bersalah.
 
Sponsored Post

jebatz

Active+ Member
Joined
Jun 15, 2009
Messages
4,002
Reaction score
10
Points
25
harga tak sampai sejuta ( ikut kata menteri pertahanan ) pun 1 enjen...bagi je la diorang kat sana tu..kos nak bawak balik sini pun silap lebih lagi dari nilai asal...:D:D

nak kena menuntut ilmu la dengan sarjan tu cammane leh jual enjin tu..dasyat betul...
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
harga tak sampai sejuta ( ikut kata menteri pertahanan ) pun 1 enjen...bagi je la diorang kat sana tu..kos nak bawak balik sini pun silap lebih lagi dari nilai asal...:D:D

nak kena menuntut ilmu la dengan sarjan tu cammane leh jual enjin tu..dasyat betul...
heheheehehe the best sarjan in malaysia...anggota lain2 pangkat leh bawa enjin keluar merata..:))
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
kalau enjin yang besar pun boleh dibawa keluar, apatah lagi barang² yang kecil....
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
gani patail gak yg best dpt mkn angin kt sana..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register