BTC USD 65,107.2 Gold USD 2,358.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enggan putuskan hubungan, lelaki serang, tikam bekas teman wanita

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,198
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,198
Reaction score
6,251
Points
881
Awards
1
Enggan putuskan hubungan, lelaki serang, tikam bekas teman wanita

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
A view of the sea
KEADAAN kereta mangsa yang dirosakkan suspek dan kecederaan dialami mangsa. FOTO ihsan Sharifah
Ampang: Gara-gara enggan menamatkan hubungan cinta, seorang lelaki menikam bekas teman wanitanya sebelum melarikan diri dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, Sabtu lalu.

Menceritakan semula kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 46, berkata, dia yang baru tiba di rumahnya berada di tempat letak kereta sebelum menyedari kehadiran bekas teman lelakinya itu.

"Dia bertindak menikam cermin pada bahagian pemandu menggunakan pisau, namun tidak berjaya. Malah, dia turut menoreh tayar hadapan dan belakang sebelah kanan menggunakan pisau.

"Dia kemudian mengambil pemadam api berhampiran lif dan memecahkan cermin hadapan kereta sehingga ia berlubang. Ketika itu, saya ada menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sharifah berkata, dia yang panik kemudian berlari keluar dari kereta sebelum dikejar lelaki berkenaan yang menarik bajunya dan menikam di perut serta tangan.

"Selepas menikam saya menggunakan pisau, dia terus melarikan diri. Dalam keadaan menahan sakit, saya gagahkan diri untuk berjalan sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang membawa saya ke pos pengawal.

"Saya kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan dimaklumkan oleh pihak doktor terdapat lima tikaman di bahagian perut, lengan dan tangan.

"Difahamkan salah satu tikaman itu mengenai hati yang mengalami luka," katanya yang masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dia berkata, dia mengenali lelaki berusia 41 tahun itu menerusi aplikasi temu janji kira-kira tiga bulan lalu sebelum nekad memutuskan hubungan mereka kerana bekas teman lelakinya itu seorang yang baran.

"Kali terakhir saya bergaduh dengannya pada 26 Julai lalu disebabkan isu remeh sebelum membuat keputusan untuk berpisah. Selepas itu, dia ada memujuk untuk kembali, namun saya enggan.

"Malah, dia juga menuduh saya curang apabila masih berhubung dengan bekas suami dan sentiasa muncul di mana-mana lokasi saya berada selepas pergaduhan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan lelaki itu masih dijalankan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: August 8, 2023 @ 4:10pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register