BTC USD 38,134.7 Gold USD 1,799.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enggan mati dengan tatu

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN
[email protected]

KUALA LUMPUR: Pemakai tatu ‘sengkek’ yang tiada modal untuk menjalani pembedahan sanggup menggunakan seterika panas, cuka getah dan kepingan besi yang dibakar untuk membuang sendiri tatu di badan kerana tidak sanggup lagi menanggung dosa serta insaf dengan perbuatan lampau.

Bagaimanapun, ‘eksperimen’ itu membuatkan golongan terbabit bertambah sengsara apabila terpaksa menanggung seksa dan kesakitan untuk tempoh panjang.

Kerja gila itu didedahkan tiga pemakai tatu yang kini masih buntu untuk membuang sepenuhnya tatu yang bertampuk di badan mereka.

Bagi buruh yang mahu dikenali sebagai Naim, 39, dari Ipoh, Perak, hampir setiap hari hidupnya dibebani kekesalan dan kebuntuan dalam memikirkan cara membuang 10 tatu di badannya.

“Empat tahun lalu saya pernah menggunakan seterika panas untuk membuang tatu di bahu. Malangnya, bahu melecur tapi tatu tidak dapat dihilangkan sepenuhnya.

“Saya cuba sekali lagi menekap seterika di bahagian itu, tapi pedihnya Tuhan saja tahu. Tidak sanggup saya untuk terus menahan sakit.

“Akibatnya, saya demam hampir dua minggu dan bahu pula berkudis selama dua bulan,” katanya yang masih ngeri mengingatkan tindakannya.

Menurut Naim, selepas percubaannya membuang tatu menggunakan seterika tidak berjaya, dia menggunakan sejenis sabun yang berupaya menghakis seperti asid yang dibeli di Thailand selepas seorang rakan memberitahu bahan itu berkesan untuk membuang tatu.

“Ketika menggunakan sabun itu, sakitnya tidak terperi. Rasa seperti kulit disiat-siat. Pedih, sakit dan perit sekali. Namun, memang betul tatu dapat dihilangkan, cuma ia memakan masa sehingga sebulan untuk pulih sepenuhnya.

“Sejak hari itu hingga dua tahun lalu, saya berusaha membuang pula tatu di bahagian anggota badan lain hingga sampai ke bahagian dada. Sampai ke situ saja nampaknya.

“Buat masa ini tak sanggup saya hendak teruskan. Saya tidak mampu menahan sakitnya,” katanya yang tiada daya lagi hendak membuang baki 10 tatu.

Menurut bekas penagih dadah itu, dia membuat tatu pada 1990 ketika pertama kali dimasukkan ke pusat serenti.

“Di pusat serenti, ada penghuni pandai membuat tatu. Saya mencubanya dan tatu pertama saya adalah gambar wanita duduk yang dibuat di bahu kiri. Saya turut membuat tatu di tangan dengan memilih tulisan nama sendiri,” katanya.

Naim berkata, disebabkan cara hidupnya yang ketika itu tidak keruan, dia sanggup ke Thailand untuk membuat tatu.

“Di Thailand, saya buat tatu sarang labah-labah dan kepala harimau di paha. Selepas itu asalkan ada peluang buat tatu, saya buat sehingga ada sekurang-kurangnya 22 tatu di badan. Saya berhabis kira-kira RM6,000 untuk semua tatu,” katanya.

Menurut Naim, pengalaman ketika membantu menguruskan jenazah rakan sekampung menimbulkan keinsafan dalam dirinya sehingga mula berfikir untuk membuang tatu di badannya.

“Imam melarang saya membantu menguruskan jenazah rakan saya kerana saya dikatakan tidak bersih daripada hadas. Imam itu beritahu, saya tidak boleh bersuci kerana seluruh badan saya dipenuhi tatu.

“Ketika itu saya sangat terkilan dan insaf. Saya juga pernah berdepan pengalaman hampir maut dalam satu kemalangan sehingga terfikir betapa teruknya keadaan saya jika mati dalam keadaan tatu penuh di badan,” katanya.

Naim berkata, dia kini mengumpul wang untuk membuang tatu menggunakan teknik laser.

“Kos membuang tatu dengan cara itu RM600 dalam lingkungan 10 sentimeter persegi di sebuah pusat tatu sekitar Kuala Lumpur. Saya bertekad akan membuang tatu di badan walaupun kos tinggi.

“Saya mahu badan saya bersih daripada tatu sebelum ajal dan mahu menunjukkan contoh baik kepada anak. Dulu masa buat tatu, sakit juga, tetapi sakitnya tidak seperti ketika membuangnya. Dulu saya bangga mempunyai tatu, tetapi hari ini saya tertekan kerana hidup dibelenggu dosa,” katanya.

Pekerja pasar borong yang mahu dikenali sebagai Sahlan, 26, dari Petaling Jaya, Selangor, pula pernah cuba membuang tatu objek matahari di bahunya menggunakan cuka getah.

“Pada mulanya tak rasa sangat, tetapi lama-kelamaan ia seperti memakan daging sehingga ke tulang. Sakitnya tidak terkata. Kesan cuka getah itu menyebabkan bahu saya melecur teruk sehingga sampai ke tahap bernanah.

“Saya terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan kesudahannya bahu berkudis untuk tempoh sebulan,” katanya yang cuba menggunakan cuka getah selepas diberitahu seorang rakan.

Menurut Sahlan, walaupun puas menanggung kesakitan, percubaannya tidak berjaya membuang sepenuhnya tatu di bahunya.

“Kesan tatu masih ada di bahu. Saya juga masih ada satu lagi tatu objek lipan di ibu jari. Saya mahu membuang tatu itu kerana tidak sanggup menanggung dosa.

“Untuk tempoh dua tahun bertatu sehingga hari ini, saya bagaikan tiada haluan,” katanya yang masih mencari jalan untuk membuang tatu di badannya.

Sahlan berkata, kali pertama dia membuat tatu pada 2006 ketika dipenjarakan selepas terbabit dalam kes pergaduhan.

“Di penjara memang ada kumpulan tertentu yang pakar membuat tatu. Saya mencubanya secara suka-suka. Alat digunakan hanya dawai kokot, benang dan dakwat. Dawai kokot diasah sehingga tajam dan ia digunakan untuk mencacah tatu di badan,” katanya.

Pekerja kilang yang mahu dikenali sebagai Saiful, 22, pula pernah menggunakan kepingan besi panas untuk membuang tatu yang didakwanya sebagai lambang kumpulan Black Metal.

“Ada rakan beritahu, pakai besi panas boleh buang tatu. Saya mencubanya, tetapi tidak dapat membuang semua tatu di bahu kerana tidak tahan sakit.

“Akibat cuba membuang tatu menggunakan besi panas, bahu saya berkudis dan hanya pulih dengan kesan parut yang besar selepas tiga minggu,” katanya yang turut membuat tatu di penjara.

Saiful dari Sentul, Kuala Lumpur, berkata dia kini buntu untuk mencari alat atau bahan lain yang boleh digunakan untuk membuang tatu di bahunya.

“Untuk menggunakan teknik laser memang saya tak mampu. Bagaimanapun, saya akan tetap mencari jalan untuk membuang tatu saya.

“Saya insaf dan sedar perbuatan saya membuat tatu dilaknat Allah,” katanya.

p/s: baguslah da insap :)cgrock:)cgrock

mainpix.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
baru jer baca kat metro...

ngeri ahhh tgk tattoo dia....
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
oohh.. kalo tepek lagi ok kot ..:D:D
 

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,627
Reaction score
265
Points
131
xyah buat tatoo. lukis jer dgn colour pensel. jimat pe
 

ikscentre

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2008
Messages
7,905
Reaction score
1
Points
65
x sesuai bg org Islam..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register