BTC USD 22,801.9 Gold USD 1,924.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

enceroboh gagal hadir siasatan

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
WASHINGTON - Sepasang suami isteri yang diminta membantu siasatan bagi mengetahui cara mereka menyusup masuk ke kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House pada akhir bulan lalu gagal hadir di sini semalam.

Pasangan itu, Tareq Salahi dan Michaele diundang oleh Kongres AS bagi memberi penjelasan berhubung insiden kontroversi itu pada 24 November lalu yang mencetuskan keraguan tahap keselamatan White House.

Tareq yang merupakan seorang peniaga, dan isterinya, Michaele, seorang model AS, yang berkahwin pada 2003, mengejutkan ramai pihak apabila mereka memasuki kediaman rasmi Presiden AS itu tanpa dijemput.

Insiden itu berlaku semasa jamuan makan malam negara oleh Obama bagi meraikan lawatan Perdana Menteri India, Manmohan Singh ke AS.

Kegagalan pasangan dari Virginia itu hadir di hadapan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Kongres AS mungkin menyebabkan mereka boleh menerima notis sapina.

"Keterangan itu amat penting bagi menjelaskan bagaimana mereka boleh melepasi banyak lapisan keselamatan ketat di White House," kata pengerusi jawatankuasa itu, Bennie Thompson.

Namun, jurucakap pasangan itu, Mahogany Jones berkata, Tareq, 41, dan Michaele, 44, sudah memberi maklumat yang mencukupi kepada Thompson serta Perkhidmatan Rahsia AS.

Pihak berkuasa sebelum ini berkata, mereka dibenarkan memasuki White House walaupun nama pasangan itu tiada dalam senarai tetamu jemputan. - Agensi
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register