BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam lelaki ditahan kes rusuhan, polis giat kesan suspek lain

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201
6282963686175915862_121.jpg

6282963686175915863_121.jpg





Enam lelaki ditahan kes rusuhan, polis giat kesan suspek lain

KUALA LUMPUR – Seramai enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di kawasan Jenjarom, Kuala Langat, Selangor awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya telamenerima laporan daripada seorang doktor daripada Hospital Banting jam 10.50 malam, semalam.

“Doktor itu telah menerima seorang lelaki tempatan yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini sedang dirawat dalam zon merah.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari di Balai Polis Banting untuk siasatan lanjut.

“Walaubagaimanapun, kami juga sedang giat mengesan suspek lain yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak mencetuskan sebarang spekulasi berkaitan insiden itu yang boleh menganggu siasatan pihak berkuasa.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Artikel ➡️ Malaysia Gazette
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register