BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Dipenjara Tiga Tahun Bantu 'Geng Upik'

combat13

Active+ Member
Messages
4,065
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,065
Reaction score
146
Points
33
e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Enam individu termasuk seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membantu kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara 2015 hingga 2023.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu ke atas Fazrul Bahar, 42, Norsyafilah Pawawoi, 28, Shahlan Shah Abdul Samad, 38, Alkan Abraham, 36, Mohd Fauzie Rablin, 34 dan Mazlan Mahmud, 49, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif itu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun itu ditawarkan selepas surat representasi kesemua mereka diterima pihak pendakwaan dan mahkamah memerintahkan pertuduhan asal iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di bawah Seksyen 130V(1) kanun sama digugurkan.

Lim memerintahkan Norsyafilah dipenjara tiga tahun bermula dari tarikh dituduh iaitu pada 1 Mac 2024 sementara bagi tertuduh lain hukuman bermula pada 25 Dis 2023 iaitu tarikh tangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi dan Nur Ainaa Ridzwan manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Shahlan Jufri, Sylyester Kuan, Luke Ressa Balang dan Michelle R Usman.

Mahkamah turut menetapkan 19 Mei ini bagi sebutan semula kes lima lagi tertuduh iaitu Datuk Maslan Sani, 41, Nelson Yen Yee Chung, 46, Zulkahar Dusing, 38, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45.

Pada 22 Jan tahun lepas, seorang ahli perniagaan bersama 10 yang lain didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Upik' antara 2015 hingga 2023.

 
Back
Top
Log in Register