BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat remaja masih diburu polis

misti tangkap diorang ni..

kasi hukuman setimpal,

siarkan dalam tv.. biar yg nak buat jahat tu bertambah skit akal nyer..
 
adohai budak sekolah pun dah berlagak macam zionis ke hahaha

takde ke gambar budak perempuan tu, lawa sangat ke nak berbunuhan hahaha

budak macam ni la bila dah besar bunuh pakai c4 pulak hhahahaha
 
kejar sampai dapat.. :mad::mad:
bicara kan then hukum setimpal..
sure dlm tahanan kene hentak ngan polis
 
memang kena hentak pya la bdk2 ni bila dapat tangkap nnti.. kecik2 dh gangster..
 
sekolah cheras n sekolah bandar tun razak,
memang top ranking IPD cheras:D:D

erm..takziah buat keluarga allahyarham:(
 
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Polis masih memburu empat suspek kes seorang pelajar, Mohd. Hadzrin Mohamad maut selepas lapan hari koma akibat dibelasah sekumpulan 24 remaja lelaki di Cheras, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, polis masih lagi mengumpul maklumat dan belum ada sebarang tangkapan terbaru dibuat.

"Polis masih memburu dan mengumpul maklumat mengenai suspek-suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hadzrin, 16, pelajar tingkatan empat yang koma dibelasah sekumpulan remaja gara-gara berebut kekasih, berhampiran sebuah sekolah di Cheras pada 13 Februari lalu, meninggal dunia pada 21 Februari lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 3 pagi selepas tidak sedarkan diri selama lapan hari.

Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang remaja di rumah saudaranya di luar Lembah Klang pada Ahad lalu.

Kelmarin, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi telah menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan kes itu.

Suspek kedua yang menyerah diri itu direman mulai kelmarin, dibawa keluarganya menyerah diri di Balai Polis Pudu selepas bersembunyi sejak hari kejadian.


bekas sekolah aku la pulop....:(.....anak buah aku bagitau arwah nih bekas sekolah menengah bandar tasek selatan pastu dia pindah sekolah sg besi...nasib baik anak buah aku x terlibat..banyak aku tau pasal kes nih dr anak buah aku.cuma x bleh cerita disini....Al fatihah kpd arwah...
 
jahat nye budak2 ni :mad::(scam:(scam:(scam
b.o.d.o.h begado sebab pompuan :(scam
 
Back
Top
Log in Register