BTC USD 28,463.9 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Pelajar UiTM Dirompak

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
SHAH ALAM 17 Nov. - Empat penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerugian lebih RM2,000 apabila bilik mereka di sebuah kolej kediaman dalam kawasan universiti itu dimasuki tiga perompak pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.40 pagi semasa mangsa sedang tidur nyenyak.

Jelasnya, tiga perompak yang tidak memakai topeng itu memasuki bilik mangsa dan bersembunyi di sebalik almari sebelum disedari oleh salah seorang pelajar yang tersedar apabila telefon bimbitnya berdering.

"Salah seorang telah ternampak perompak yang bersembunyi di sebalik almari dan ketika itu, perompak terbabit bertindak mengacukan pisau dan menolak mangsa sehingga jatuh.

"Ketika itu, tiga lagi rakan mangsa terjaga dan terus diikat perompak terbabit serta melarikan barang berharga seperti beberapa komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan yang boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register