BTC USD 38,199.6 Gold USD 1,802.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat orang Islam maut dilanggar trak di Kanada

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,557
Reaction score
2,864
Points
206
E3Yc1HTWYAIG9kM.png


Nathaniel Veltman:
- Murdered a Muslim family with his vehicle
- Attended the Architectural Technology program @ @FanshaweCollege
- Extremely religious (Christian)
- Estranged from his parents, moved out at 16
- Worked @ Greyridge Egg Farm
#londonontario #Islamophobia #Ontario
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,599
Reaction score
13,592
Points
1,906

Salahkah menjadi Islam?​

09062021-32-1-kanada-langgar-pix-online.jpg


SEORANG kanak-kanak meletakkan patung permainan untuk mangsa yang terselamat dalam insiden sekeluarga dilanggar di lokasi kejadian di London, Ontario, Kanada. - AFP

  • 9 Jun 2021, 8:30 am


ONTARIO: ‘Berita ini amat mengecewakan saya, apa salah mereka? salahkah menjadi Islam?’

Itu adalah reaksi seorang daripada rakan empat sekeluarga yang dilanggar sehingga mati oleh seorang suspek dalam satu kejadian di sini kelmarin.

Qazi Khalil berkata, dia sukar menerima kenyataan bahawa rakan-rakannya sudah meninggal dunia dengan cara paling menyayat hati.

Katanya, jenayah kebencian menjadikan agama sebagai sasaran sedangkan setiap agama itu dipenuhi dengan nilai moral yang baik.

Terdahulu, polis di wilayah Ontario, Kanada memaklumkan seorang lelaki sengaja melanggar lima sekeluarga dengan empat daripadanya maut hanya kerana mereka beragama Islam.

Lapor media tempatan, hanya seorang terselamat daripada ‘insiden terancang’ itu iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, namun dia mengalami kecederaan parah.

Kesemua mangsa dilanggar pada petang Ahad lalu ketika menunggu untuk menyeberangi jalan di bandar London, kira-kira 200 kilometer ke barat daya Toronto.

Empat mangsa yang terkorban adalah dua wanita masing-masing berusia 77 dan 44 tahun, seorang lelaki (46 tahun) dan remaja perempuan (15 tahun).

Jurucakap polis London, Paul Waight berkata, terdapat bukti menunjukkan kemalangan itu sudah dirancang dan motif disebabkan oleh jenayah kebencian, namun polis masih menyiasat jika kejadian itu mempunyai kaitan dengan serangan keganasan.

“Keluarga itu menjadi sasaran kerana mereka beragama Islam. Ini adalah jenayah kebencian,” katanya seperti yang dipetik CityNews.
Kejadian itu berlaku ketika serangan berunsurkan Islamofobia di beberapa wilayah di seluruh Kanada semakin meruncing.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyifatkan insiden itu sebagai ‘amat dahsyat’ dan manzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kepada semua komuniti Islam di London dan seluruh negara, kami sentiasa bersama anda. Islamofobia tiada tempat dalam masyarakat kita,” tegas Trudeau.

Sehubungan itu, seorang suspek berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Nathaniel Veltman ditahan dan didakwa empat pertuduhan membunuh dan satu cubaan membunuh.

KOMUNITI ISLAM TERUS JADI SASARAN
Data statistik menunjukkan jenayah kebencian melibatkan komuniti Islam meningkat kepada 181 kes pada 2019 berbanding 166 insiden pada tahun sebelumnya.

Golongan wanita Islam di wilayah Alberta turut menjadi sasaran sejak beberapa bulan lalu apabila mereka sering dimaki, malah ada yang dipukul.

Pada September tahun lalu, seorang lelaki Islam, Mohamed Aslim Zafis ditikam sehingga mati di luar sebuah masjid di Toronto.

BERKABUNG TIGA HARI
Datuk Bandar London, Ed Holder mengarahkan bendera diturunkan separuh tiang selama tiga hari sebagai tanda berkabung atas insiden yang berlaku. – AFP/AGENSI


 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,500
Reaction score
2,573
Points
201
Kat mesia pun sama
Org islam sering kene langgar dgn pemabuk

yg heran tu org bukan islam di benarkan hak utk mabuk heheh
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,422
Reaction score
13,634
Points
2,376
JENAYAH KEBENCIAN | Perarakan Solidariti Memperingati Mangsa Serangan

Ratusan penduduk menyertai perarakan solidariti kepada keluarga muslim yang menjadi mangsa serangan jenayah kebencian di Ontario, Kanada.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,599
Reaction score
13,592
Points
1,906
#BHdunia Jenazah 4 sekeluarga dikebumikan semalam
https://bit.ly/3xflpJC

Kanada berkabung, beri penghormatan terakhir

Jun 13, 2021 @ 1:49pm

1623582045306.png


Orang ramai memberi penghormatan terakhir pada upacara pengebumian empat sekeluarga beragama Islam yang maut dalam serangan terancang berunsur kebencian. - Foto AFP

LONDON: Ratusan orang berkumpul di London, Ontario semalam bagi memberi penghormatan kepada keluarga Islam yang maut dirempuh trak dengan sengaja.

Serangan terancang yang mengejutkan warga Kanada itu turut dikecam Perdana Menterinya, Justin Trudeau, sebagai perbuatan 'pengganas'.

Empat ahli keluarga Afzaal, seorang lelaki dan isterinya, anak gadis mereka serta ibunya terbunuh ketika keluar berjalan-jalan di kawasan kejiranan mereka di London.

Mangsa ialah Salman Afzaal, 46, isterinya Madiha, 44, anak perempuan mereka Yumna, 15 dan ibu Salman Talat, 74.


Mereka dilanggar seorang lelaki berusia 20 tahun memandu trak pikap berwarna hitam, yang sengaja merempuh laluan mereka, kata pihak berkuasa.

Seorang lagi ahli keluarga itu, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, Zayed Afzaal, cedera parah.

Semalam, beratus orang memenuhi tempat letak kenderaan dan padang bola di sebelah pusat Islam London, di mana upacara penghormatan terakhir bagi empat sekeluarga itu.

Duta besar Pakistan ke Kanada, Raza Bashir Tarar, berkata keranda mangsa yang dilitupi dengan bendera Kanada menunjukkan seluruh negara itu bersedih atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

"Keranda mereka yang dilapisi bendera Kanada yang indah membuktikan seluruh warga negara itu bersama keluarga mangsa," katanya.
Upacara itu disusuli ucapan dan doa ringkas yang disiarkan secara langsung di rangkaian utama Kanada.

Pengacara majlis itu, Sajid Ali Mohamed, berkata serangan terhadap keluarga Islam terbabit ditakrifkan sebagai keganasan, bukannya disalahkan sebagai penyakit mental, seperti yang lazim berlaku dalam kes seumpamanya.

Orang ramai berbaris di jalan itu untuk menunjukkan solidariti mengiringi jenazah yang dibawa ke tanah perkuburan.

Serangan itu menggegarkan masyarakat Islam serta warga Kanada yang lain.

Jumaat lalu, beribu-ribu orang menyertai perarakan kesatuan Kristian melalui jalan-jalan di London, yang menjadi tempat tinggal sekitar 30,000 penganut Islam.

Ramai yang membawa poster bertulis 'Kita semua manusia' atau 'Benci membunuh'.

terbaru itu mencetuskan perdebatan mengenai Islamofobia di Kanada sementara wujud ketakutan dalam kalangan masyarakat Islam bahawa agama mungkin mendedahkan mereka sebagai sasaran serangan.

Nathaniel Veltman, 20, yang tidak mempunyai rekod jenayah dan tiada kaitan dengan kumpulan pelampau, sudah didakwa dalam serangan itu dengan empat tuduhan pembunuhan peringkat pertama dan satu percubaan membunuh.

Polis mengatakan serangan itu dirancang dan didorong kebencian, malah tidak menolak kemungkinan menambah tuduhan berkaitan keganasan.

Terdahulu, Trudeau berjanji untuk meningkatkan perjuangan menentang kumpulan pelampau.

Berikutan serangan itu, wakil rakyat Kanada menerima resolusi tidak mengikat yang diperkenalkan Parti Demokrat Baru berhaluan kiri, menyeru sidang kemuncak nasional mengenai Islamofobia musim panas ini.

Perkara itu turut dituntut banyak pertubuhan Islam dan dalam kalangan masyarakat Islam Kanada. - AFP


 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,500
Reaction score
2,573
Points
201
Kat afghanistan tu hari2 org islam kene bunuh
Haram takde yg nak berkabung
Kutip derma pun tarak
Aduwaiii
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,208
Reaction score
2,534
Points
201
Dah keluar statement

 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,599
Reaction score
13,592
Points
1,906
Suspek bakal didakwa di Mahkamah


fullsizeoutput_12.jpeg

fullsizeoutput_13.jpeg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register