BTC USD 38,469.7 Gold USD 1,798.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat orang Islam maut dilanggar trak di Kanada

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,501
Reaction score
2,573
Points
201

Empat orang Islam maut dilanggar trak di Kanada​

TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 08 Jun 2021
Panduan membaca ePaper
1090505.jpg

Sebuah kereta polis ditempatkan di lokasi sebuah keluarga Muslim yang sengaja dilanggar di London, Kanada pada Ahad lalu. - Foto CityNews
LONDON - Empat ahli keluarga Muslim terbunuh apabila mereka sengaja dilanggar oleh sebuah trak di London, Ontario di Kanada pada Ahad lalu.
Pegawai polis, Paul Waight pada Isnin berkata, mangsa dipercayai dijadikan sasaran serangan kerana mereka adalah Muslim.
Menurut beliau, masih belum diketahui sama ada suspek yang melakukan serangan itu mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang membenci agama, lapor BBC.
Seorang pemuda, Nathanial Veltman, 20, dari London, wilayah Ontario telah ditangkap dalam kejadian itu, kata polis.
Dia ditangkap di sebuah pusat beli-belah kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu ialah dua wanita masing-masing berusia 74 dan 44 tahun, seorang lelaki berusia 46 tahun dan seorang gadis berusia 15 tahun.
Polis berkata, seorang lagi mangsa ialah budak lelaki berumur sembilan tahun dan dirawat di sebuah hospital.
Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyerang dalam kejadian itu perlu didakwa melakukan keganasan.
"Seorang lelaki dituduh menaiki kenderaannya, melihat sebuah keluarga Muslim sedang berjalan dan membuat keputusan mereka tidak sepatutnya hidup," kata Ketua Pegawai Eksekutif NCCM, Mustafa Farroq.
Berikutan kejadian itu, Veltman telah didakwa dengan empat dakwaan membunuh dan satu percubaan membunuh.
Serangan itu adalah yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah ke atas penduduk Muslim apabila enam orang yang beragama Islam mati ditembak oleh seorang pemuda berusia 20 tahun di sebuah masjid di Quebec pada tahun 2017.
Dalam serangan itu, seorang pemuda berusia 29 tahun, Alexandre Bissonnette, 29, dihukum penjara seumur hidup. - Agensi
Baca Artikel Penuh
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,105
Reaction score
5,127
Points
721

Members of a London, Ont., family were killed in a what police are calling a targeted, hate-motivated attack because of their Islamic faith.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,173
Reaction score
1,541
Points
156
Hari tu New Zealand, sekarang Canada.
2 negara yang paling aman di dunia.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
nape dia tulis london tapi kanada?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,610
Reaction score
13,598
Points
1,906
ni islamophobic kan
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,964
Reaction score
1,904
Points
201
Bkn pengganas klau org Islam kena, cuba org depa kena....terus cop pengganas islam, tngk betapa media depa pun berat sebelah ngn suka main sentiment
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,430
Reaction score
13,635
Points
2,376
JENAYAH KEBENCIAN | Suspek Berusia 20 Tahun Didakwa Atas 4 Tuduhan Membunuh

Suspek remaja berusia 20 tahun yang melanggar lima sekeluarga muslim di Ontario, Kanada, didakwa atas empat tuduhan membunuh dan satu lagi tuduhan cubaan membunuh.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,430
Reaction score
13,635
Points
2,376
IMG_20210608_220742_295.jpg

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Isnin menzahirkan kesedihannya di atas kematian empat anggota keluarga Islam yang terbunuh ketika pemandu sebuah trak pikap dengan sengaja melanggar mereka di London, Ontario.

"Saya terkejut dengan berita dari London, Ontario. Kepada ahli keluarga mangsa tindakan kejam semalam (Ahad), kami bersama anda. Islamofobia tidak diterima dalam komuniti kita. Kebencian ini berbahaya dan keji - dan mesti dihentikan," katanya.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#AWANInews
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,610
Reaction score
13,598
Points
1,906
#BHdunia Reputasi Kanada yang sebelum ini bersih daripada isu berkaitan keganasan berkaitan agama tercalar sejak beberapa tahun kebelakangan ini
https://bit.ly/3g61hnG


Trudeau kecam 'pengganas' akibatkan kematian 4 Muslim sekeluarga

Jun 9, 2021 @ 7:23am

1623198436678.png


Orang ramai memberi penghormatan di lokasi kejadian di mana seorang lelaki memandu trak pikap merempuh dan membunuh empat sekeluarga di London, Ontario, Kanada. - Foto AFP

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, semalam mengecam insiden yang disifatkan sebagai 'serangan pengganas' dan didorong oleh kebencian susulan kematian empat daripada lima sekeluarga Islam yang dirempuh sebuah trak 'pikap' dan menggesa rakyat tidak menjauhi sikap tidak bertoleransi terhadap agama.

"Kejadian pembunuhan ini bukan satu kemalangan, sebaliknya ia adalah serangan pengganas yang didorong oleh kebencian yang bersarang dalam hati salah seorang rakyat dalam komuniti kita.

"Kita semua perlu berhati-hati dan Kanada tidak sesekali berkompromi dengan serangan sedemikian yang turut pernah berlaku di negara lain," katanya dalam ucapan penuh emosi di Dewan Rakyat.

Mangsa serangan yang terkorban pada Ahad lalu sudah dikenal pasti sebagai Madiha Salman, 44 tahun, bekerja dalam bidang kejuruteraan awam dan alam sekitar; suaminya, Salman Afzaal, 46 tahun; anak perempuan mereka, Yumna Salman, 15; dan nenek berusia 74 tahun, yang tidak dinyatakan namanya.


Dalam kejadian itu, anak pasangan berkenaan iaitu kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun adalah satu-satunya individu yang terselamat dan dilaporkan beransur pulih.
Difahamkan, keluarga terbabit berasal dari Pakistan.

Reputasi Kanada yang sebelum ini bersih daripada isu berkaitan keganasan berkaitan agama tercalar sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan beberapa insiden jenayah bermula pada 2017 membabitkan serangan tembakan di sebuah masjid di Quebec yang mengakibatkan enam terkorban.

Populasi Muslim di negara itu yang mewakili cuma tiga peratus turut terkesan dan terancam susulan insiden serangan menyasarkan umat Islam.
Malah, beberapa organisasi Muslim turut menuntut tindakan diambil bagi mengekang kumpulan pelampau kanan. - AFP

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register