BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat nelayan hilang bot karam

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
1411fa14.transformed.jpg


Jertih: Seorang nelayan terselamat manakala empat lagi masih hilang apabila bot mereka karam di perairan antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang ketika menangkap ikan di kawasan berkenaan, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, pemilik bot berkenaan Mohd Suffian Abdul Kadir, 34, membuat laporan di Balai Polis Tumpat, Kelantan, kira-kira 7 malam tadi.

Mohd Suffian yang dihubungi berkata, bot itu berlepas dari Jeti Tok Bali, Kelantan bersama lima awak-awak kira-kira jam 10 malam pada Selasa lalu dengan bekalan minyak selama seminggu.

Katanya, dia mendapat tahu kejadian itu daripada seorang awak-awaknya yang terselamat dan menelefonnya petang semalam.

Menurutnya, kemungkinan bot laut dalam sepanjang 18.7 meter itu karam akibat ribut kuat pada malam Rabu lalu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut Hasmadi Jusoh berkata, pihaknya yang menerima maklumat pagi tadi segera menjalankan gerakan mencari dan menyelamat, namun berdepan kesukaran kerana keadaan laut bergelombang dengan ombak setinggi tiga hingga lima meter.


http://www.hmetro.com.my/node/9042
 
Back
Top
Log in Register