BTC USD 25,764.1 Gold USD 1,960.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat maut, bot bawa pendatang karam di Selat Inggeris

Yallah

Active+ Member
Messages
3,002
Joined
Jun 21, 2021
Messages
3,002
Reaction score
409
Points
41

Empat maut, bot bawa pendatang karam di Selat Inggeris​

ONLINE-Bot-terbalik-Britain.jpeg

  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 15 Disember 2022, 4:00 pm


DOVER: Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas sebuah bot kecil yang sesak dengan pendatang, terbalik dan tenggelam di perairan Selat Inggeris, semalam.

Menurut jurucakap kerajaan Britain, bot yang membawa kumpulan pendatang itu dalam perjalanan dari Perancis menuju ke pantai di negara itu.

Jelasnya, pasukan penyelamat bekerjasama dengan tentera laut Britain dan Perancis melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Malah, katanya, beberapa bot penyelamat dan helikopter juga dikerahkan dalam misi berkenaan.

“Kira-kira pukul 3.40 pagi (waktu tempatan), pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian sebuah bot kecil membawa pendatang terbalik di Selat Inggeris.
“Selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh HM Coastguard, kami mengesahkan empat orang maut dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Tambah jurucakap itu, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
Sementara itu, stesen radio LBC melaporkan seramai 43 mangsa berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Seorang wartawan Reuters di tempat kejadian melaporkan bahawa dia menyaksikan sendiri beg mayat dikeluarkan dari sebuah kapal di stesen bot penyelamat di pelabuhan Dover.

Insiden baharu itu berlaku setahun selepas 27 pendatang maut apabila bot dinaiki mereka karam ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris pada November 2021.

Kejadian itu disifatkan sebagai tragedi paling buruk dalam rekod melibatkan pendatang di perairan yang memisahkan Perancis dan United Kingdom (UK). – REUTERS
https://www..com.my/luar-negara/2022/12/empat-maut-bot-bawa-pendatang-karam-di-selat-inggeris/
 
Top
Log in Register