akudotcom
CG Top Poster Club

- Messages
- 45,680
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 45,680
- Reaction score
- 5,914
- Points
- 481
- Awards
- 1
Empat lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan bersama pil epam
PASIR MAS: Polis menahan empat lelaki termasuk dua pelajar dan merampas 200 biji pil epam di depan sebuah kedai makan di Kampung Repek di sini semalam.
Kesemua suspek itu ditahan pukul 9.30 malam oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun itu didapati berada di depan premis tersebut dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, siasatan mendapati, dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah di daerah ini manakala seorang lagi warganegara Thailand.
“Polis kemudian merampas 200 biji pil epam atau yang bernilai RM800 bersama suspek.
“Hasil semakan mendapati, dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kama Azural memberitahu, ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati mereka negatif dadah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN