Md Hanif
Active+ Member
- Messages
- 2,605
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 2,605
- Reaction score
- 158
- Points
- 38
Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjaya membantu seniwati legenda Datuk Dr Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata filem “Dia Ibuku”, “Jejak Bertapak”, “Kabus Tengah Hari” dan “Detik 12 Malam” diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.
Beliau berkata pihak yang memiliki bahan filem berkenaan telah menyerahkan salinan dalam format cakera keras (HDD) kepada FINAS untuk tujuan restorasi.
“Langkah ini membolehkan salinan filem diserahkan kepada Datuk Sarimah sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan warisan seni negara,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Seni MADANI FINAS di kediaman anak Sarimah di Subang Jaya hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS Rozaidi Abdul Jamil serta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.
Teo turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang pernah menghidap kanser usus pada 2022.
Mengulas mengenai program Ziarah Seni MADANI FINAS, Teo berkata Sarimah merupakan penerima pertama program itu bagi tahun ini bersempena dengan Ramadan dan meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa.
“Kita juga ingin memberikan penghargaan dan menunjukkan pengiktirafan yang tertinggi kepada tokoh-tokoh dan legenda anak seni tempatan seperti seniwati Sarimah.
“Program tahun ini kita sasarkan 100 orang penerima termasuk penyerahan sumbangan dalam program bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzli nanti,” katanya.
Empat Filem Seniwati Sarimah Berjaya Dikembalikan - Teo
Teo Nie Ching, Sarimah Ahmad, FINAS, filem, ziarah
