BTC USD 28,295.2 Gold USD 1,965.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Direman Kes Rasuah Projek Kerajaan RM114 Juta

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,803
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,803
Reaction score
27,634
Points
2,836
Awards
2

Empat direman kes rasuah projek kerajaan RM114 juta​

11 Januari 2023 05:11pm

2053606.jpg


Empat individu direman enam hari kerana disyaki terlibat kes rasuah bagi mendapatkan projek-projek menerusi program khas kerajaan.


PUTRAJAYA - Empat individu termasuk seorang pengarah urusan dan pengurus besar sebuah syarikat direman enam hari selepas disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan projek-projek menerusi program khas kerajaan bernilai RM114 juta.

Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin berkuat kuasa pada Rabu sehingga Isnin depan.

Suspek yang berusia lingkungan 38 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada petang Selasa ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, pengarah urusan yang berusia 65 tahun itu dikatakan bertindak sebagai orang tengah dengan meminta dan menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat tersebut dengan dibantu pengurus besar.

"Orang tengah terlibat dipercayai telah meminta sebanyak tiga sehingga lima peratus daripada jumlah projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek di bawah program khas kerajaan itu," kata sumber.

Projek-projek tersebut membabitkan pembinaan dan menaik taraf jalan di selatan tanah air.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,803
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,803
Reaction score
27,634
Points
2,836
Awards
2
"Orang tengah terlibat dipercayai telah meminta sebanyak tiga sehingga lima peratus daripada jumlah projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek di bawah program khas kerajaan itu," kata sumber.

Projek-projek tersebut membabitkan pembinaan dan menaik taraf jalan di selatan tanah air.


Masyuk kena suap
 
Sponsored Post

Top
Log in Register