Empat didakwa lakukan khianat dengan api di Taiping

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
TAIPING: Empat daripada tujuh lelaki yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes cubaan membakar dua gereja dan satu sekolah di sini pada 10 Januari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22, Muhammad Azreen Rosli, 18, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, semuanya dari Kamunting dekat sini menghadapi tiga pertuduhan berasingan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints, pada 10 Jan lepas.

Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent manakala Muhammad Azreen didakwa melakukan kesalahan serupa di Gereja Katholik St Louis, kedua-duanya di Jalan Convent, antara 12.01 pagi hingga 3.30 pagi manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari, juga pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, semua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh pada prosiding hari ini dan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM30,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada setiap Isnin sehingga hari sebutan kes pada 8 Februari.

Bagaimanapun semua tertuduh yang tidak diwakili peguam gagal membayar wang jaminan dan tertuduh yang berumur bawah 20 tahun dihantar ke Penjara Sungai Petani manakala yang berumur lebih 20 tahun dihantar ke Penjara Taiping sehingga hari sebutan kes pada 8 Februari ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah.

Sementara itu, difahamkan tiga lagi lelaki yang ditahan polis pada 22 Januari lalu akan dibebaskan dengan bon jaminan polis dan bakal menjadi saksi pendakwaan kes berkenaan. - Bernama
 
Top
Log in Register