BTC USD 35,953.2 Gold USD 1,812.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Empat beranak tular Tik Tok ugut, rosakkan kereta ditangkap

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,574
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,574
Reaction score
467
Points
91
Empat beranak tular Tik Tok ugut, rosakkan kereta ditangkap
FB_IMG_1638097934011.jpg


KUALA LANGAT – Tindakan empat beranak dipercayai mengugut seorang wanita selain merosakkan kenderaan dengan rotan kayu membawa padah apabila ditahan di rumah mereka di Kampung Tumbuk Darat Tanjong Sepat, baru-baru ini.

Kesemua suspek terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak perempuan berusia 21 hingga 49 tahun diberkas pukul 9 malam, Khamis lalu.

Penahanan mereka susulan video Tik Tok berdurasi 19 saat atas nama “mokcik cun” dan tular sehingga mendapat 22,800 tanda suka dan 901 perkongsian yang dilakukan mangsa sendiri merupakan seorang wanita berusia 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca salah faham dengan tindakan mangsa yang merupakan suri rumah meletakkan status ‘Boikot anti vaksin terutama peniaga satey’ di media sosial Tik Tok sehingga menjadi tular.

Katanya, wanita itu pernah pergi ke rumah salah seorang suspek untuk memujuk supaya mengambil suntikan vaksin bagi ibu mentua mereka.

“Namun, mereka menolak pujukan itu dan suspek yang tersinggung dengan status dimuat naik di media sosial bertindak menyerang mangsa bersama ahli keluarga lain.

“Ksemua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Preve telah menahan kenderaan dinaiki mangsa sebelum seorang daripada suspek memukul dan memecahkan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, perbuatan suspek menyebabkan mangsa berasa takut dan terancam sehingga anak lelaki mangsa berusia lima tahun menangis ketakutan.

Ujar Ahmad Ridhwan, mangsa dan anaknya yang berada dalam kereta mereka bagaimanapun tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala kereta mangsa kemek di bahagian bonet hadapan, belakang dan sebelah pemandu namun cermin tidak pecah sepenuhnya,” katanya.

Jelas beliau, sepanjang insiden itu mangsa kemudiannya telah membuat Tik Tok dengan nama “mokcik cun” menggunakan telefon bimbit dan telah viralkan insiden tersebut.

“Kita telah merampas sebatang kayu rotan yang digunakan ketika kejadian dan kesemua mereka direman empat hari sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 427 Kanun Keseksaan,” katanya.-K!ONLINE
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Gengster awek ni
 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
567
Points
71
Ada kaitan dengan antivaksin?
Family tu tkmo ikut pujukan pengadu yg nk mak mertua family tu dicucuk vax. So pengadu buat video tiktok claim depa tu antivax la kot. Dan maybe tu family tu mmg bisnes jual satey.
 

putrateam

Fun Poster
Messages
107
Joined
Jan 13, 2016
Messages
107
Reaction score
33
Points
20
Family tu tkmo ikut pujukan pengadu yg nk mak mertua family tu dicucuk vax. So pengadu buat video tiktok claim depa tu antivax la kot. Dan maybe tu family tu mmg bisnes jual satey.

Kalau betul,memang salah yang gatal buat video tiktok tu la. Tapi yang kena troll tu tak payah la nak ugut. Setel cara baik lah. Dah ugut memang jadi kes polis le.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register