BTC USD 54,269.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Beradik Dipercayai Lemas Cari Siput Di Sungai Rajang

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SIBU, 21 Dis (Bernama) -- Empat beradik berumur antara enam dan 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mencari siput di Sungai Rajang di Leba'an, 24 km dari sini, Ahad.

Adik-beradik itu yang terdiri daripada dua perempuan dan dua lelaki dikenali sebagai Wong Sie See, 6, kakaknya, Wong Sie Hang, 10, serta abang mereka, Wong Sie Hou, 8, dan Wong Sie Kong, 12.

Ketika kejadian pada 3 petang semalam, kanak-kanak itu mengikuti ibu mereka mencari siput untuk makan malam, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Zamani Tun Hamdan di tempat kejadian Isnin.

Katanya kanak-kanak itu dipercayai memasuki kawasan pasir jerlus dalam sungai itu dan kemudiannya hilang.

Ibu mereka, yang berusia dalam lingkungan 30-an, sempat diselamatkan oleh suaminya apabila melihat wanita itu menggapai-gapai dalam keadaan cemas dan menjerit meminta tolong.

Pasangan itu kemudiannya membuat laporan polis.

Zamani berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dijalankan sebaik laporan diterima.

Beliau berkata operasi mencari dihentikan pukul 7 petang Ahad apabila keadaan semakin gelap.

"Operasi menyelamat disambung pukul 8.30 pagi Isnin dan akan diteruskan sehingga keempat-empat mangsa dijumpai," katanya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
takziah kepada keluarga..al-fatihah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register