Empat beradik 'bawa balik' mayat bapa dari hospital ditahan polis

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,037
Reaction score
4,421
Points
601
LAHAD DATU: Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, semalam.

Keempat-empat beradik berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menguruskan jenazah bapa mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 58 tahun terbabit dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori pesakit bawah siasatan (PUI).

Katanya, ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

"Petugas perubatan kemudian memberi penerangan kepada waris berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak COVID-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan

"Jenazah berkenaan juga perlu disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian COVID-19 diterima.

"Bagaimanapun katanya, waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus bertindak menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI sebelum dibawa balik ke rumah mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan serbuan di rumah keluarga berkenaan di Kampung Panji, di sini.

"Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki pada jam 11.30 malam.

"Jenazah berkenaan juga turut ditemui oleh pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan," katanya.

Rohan berkata, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.

Selain itu katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Semua suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

 
Tiga beradik lelaki masing-masing didenda RM1,000 kerana menghalang tugas pegawai kesihatan dengan membawa lari jenazah bapa mereka yang perlu disaring Covid-19 dari Hospital Lahad Datu.


Bawa lari jenazah bapa, tiga beradik masing-masing didenda RM1,000
| | 25 Januari 2021

1611564187532.png


LAHAD DATU - Tiga beradik lelaki masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana menghalang tugas pegawai kesihatan dengan membawa lari jenazah bapa mereka yang perlu disaring Covid-19 dari Hospital Lahad Datu, Rabu lalu.

Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr menjatuhkan hukuman itu terhadap Said Jipri, 27, dan kembarnya, Sabri serta adik mereka Jenrey, 26, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara bersama.




Ryan Sagirann turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara satu tahun lagi jika gagal membayar denda. Semua tertuduh membayar denda itu.

Tiga beradik itu didakwa menghalang Mohamad Izwan Ahmad Saibi iaitu pegawai diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, daripada melakukan kewajipannya di Khemah Zon Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu pada jam 8.30 malam, 20 Januari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh sebagai pengajaran dengan mengambil kira perbuatan mereka boleh mendatangkan risiko kesihatan ketika pandemik Covid-19, dengan Lahad Datu kini masih dikategori sebagai zon merah.

Peguam Hafizah Mohd Akram Khan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili tiga beradik itu, bagaimanapun, memohon mahkamah menimbang hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama kesemua tertuduh selain mereka mempunyai pendapatan rendah dan perlu menanggung keluarga.

"Ketika kejadian semua tertuduh berasa tertekan, sedih dan hilang pertimbangan selepas mendapat tahu bapa mereka meninggal dunia selain semua tertuduh ketika itu percaya bapa mereka meninggal dunia disebabkan strok serta sesak nafas dan bukan kerana Covid-19," katanya. - Bernama


4 beradik bawa balik jenazah bapa direman 3 hari

KOTA KINABALU: Empat beradik yang ditahan polis selepas membawa keluar jenazah bapa mereka yang perlu menjalani ujian COVID-19 dari Hospital Lahad Datu, di sini kelmarin, direman tiga hari bermula hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, empat beradik itu yang berusia 26 hingga 31 tahun direman untuk siasatan lanjut kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan wabak COVID -19.

Katanya, sebelum itu, bapa mereka yang berusia 58 tahun yang menerima rawatan di hospital berkenaan

diletakkan di bawah kategori 'Patient-Under-Investigation' (PUI).

"Ahli keluarga suspek sudah diberikan penerangan berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak COVID-19 dan perlu menjalani ujian saringan risiko jangkitan.

"Bagaimanapun, mereka enggan menuruti SOP berkenaan dan nekad melanggar prosedur dengan membawa balik jenazah ke rumah mereka di Kampung Panji, Lahad Datu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Hazani berkata, jenazah berkenaan sudah dibawa balik ke bilik mayat Jabatan Forensik untuk proses dan keputusan ujian COVID-19.

Katanya, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atas kedua-duanya sekali.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Sehubungan itu, Hazani berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

Katanya, tindakan seperti itu dibimbangi mencetuskan kluster baharu seperti dilaporkan berlaku di negara jiran apabila seluruh kampung dijangkiti penyakit berkenaan selepas urusan pengebumian jenazah positif COVID-19.

Pada Rabu lalu, jam 8.30 malam, empat beradik itu ditahan polis selepas melarikan jenazah bapa mereka dalam kejadian di Hospital Lahad Datu, di sini.

Keempat-empat beradik itu dipercayai bertindak demikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menjalankan SOP untuk pengurusan wabak COVID-19 terhadap jenazah bapa mereka.

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,489
Reaction score
12,170
Points
2,376
LAHAD DATU: Empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, semalam.

Keempat-empat beradik berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menguruskan jenazah bapa mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 58 tahun terbabit dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori pesakit bawah siasatan (PUI).

Katanya, ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

"Petugas perubatan kemudian memberi penerangan kepada waris berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak COVID-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan

"Jenazah berkenaan juga perlu disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian COVID-19 diterima.

"Bagaimanapun katanya, waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus bertindak menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI sebelum dibawa balik ke rumah mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan serbuan di rumah keluarga berkenaan di Kampung Panji, di sini.

"Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki pada jam 11.30 malam.

"Jenazah berkenaan juga turut ditemui oleh pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan," katanya.

Rohan berkata, siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.

Selain itu katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Semua suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Nak bawak balik jugak ke rumah sebab nak kebumikan ikut adat ke ni
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,004
Reaction score
740
Points
121
sepatutnya skrg mana2 yg masuk spital, terus ambik je swab. permudahkan urusan kalau dah meninggal, terus kubur.

kecuali kes yang meninggal di rumah. itu mmg kena swab dulu la.

tapi aku curious org yg nak percepatkan penguburan ni, diorang yakin ke arwah takde insurans ke apa ke.

jgn dah kubur, baru insurans datang. takkan ko terdesak nak duit, ko korek balik kubur tu.

relax la, benda x wajib. setakat lambat sehari je, xde masalah.
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,107
Reaction score
270
Points
91
sedihkan..
aku semacam dpt memahami jiwa waris..
tapi dlm masa yg sama faham tugas p/kuasa.
😭 😭
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,254
Reaction score
167
Points
83
Dilema... Nak tunggu swap lama sangat... Kena kaji balik la pengurusan jenazah ni..
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,745
Reaction score
596
Points
81
Swab jenazah/ mayat pakai rtk ja... beberapa jam bukan lama pon
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,105
Reaction score
2,598
Points
206
sepatutnya skrg mana2 yg masuk spital, terus ambik je swab. permudahkan urusan kalau dah meninggal, terus kubur.

kecuali kes yang meninggal di rumah. itu mmg kena swab dulu la.

tapi aku curious org yg nak percepatkan penguburan ni, diorang yakin ke arwah takde insurans ke apa ke.

jgn dah kubur, baru insurans datang. takkan ko terdesak nak duit, ko korek balik kubur tu.

relax la, benda x wajib. setakat lambat sehari je, xde masalah.
betul juga tu.
ada juga masa untuk check kot ada ambil takaful untuk urusan tuntutan.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,375
Reaction score
1,996
Points
201
Mayat tu bole mandikan dgn clorox
Pastu balut dgn kain kapan autoclave
Bebas virus
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,838
Reaction score
12,060
Points
1,906
#KotaKinabalu Hazani berkata, jenazah berkenaan sudah dibawa balik ke Jabatan Forensik untuk proses dan keputusan ujian covid-19.
https://www.hmetro.com.my/.../larikan-jenazah-bapa-empat...

Larikan jenazah bapa, empat beradik direman tiga hari






Kota Kinabalu: Empat beradik yang ditahan polis selepas melarikan jenazah bapa mereka dari Hospital Lahad Datu di sini kelmarin, direman selama tiga hari bermula hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, semua suspek berusia 26 hingga 31 tahun itu direman untuk siasatan lanjut kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan wabak Covid-19.


Katanya, jenazah lelaki berusia 58 tahun terbabit yang menerima rawatan hospital berkenaan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI).
"Ahli keluarga sudah diberikan penerangan berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 dan perlu menjalani ujian saringan risiko jangkitan.

"Bagaimanapun, mereka enggan mematuhi SOP berkenaan dan nekad membawa balik jenazah ke rumah mereka di Kampung Panji, Lahad Datu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Hazani berkata, jenazah berkenaan sudah dibawa balik ke Jabatan Forensik untuk proses dan keputusan ujian covid-19.

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atas kedua-duanya sekali.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Sehubungan itu, Hazani berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memerangi penularan Covid-19

Katanya, tindakan sedemikian dibimbangi mencetuskan kluster baru seperti dilaporkan berlaku di negara jiran apabila seluruh kampung dijangkiti penyakit berkenaan selepas urusan pengebumian jenazah positif Covid-19.

Pada jam 8.30 malam semalam, empat beradik ditahan polis selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka dalam kejadian di Hospital Lahad Datu.
Keempat-empat beradik itu dipercayai bertindak sedemikian selepas enggan membenarkan pihak hospital menjalankan SOP untuk pengurusan wabak Covid -19 terhadap jenazah bapa mereka.


https://www.hmetro.com.my/covid-19/index.html

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 3:55 PM

 
Sponsored Post
Top
Log in Register