Empat bas musnah terbakar di Ipoh

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81

IPOH: Empat bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, dipercayai akibat perbuatan khianat dalam satu kebakaran di stesen bas Medan Kidd di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar, berkata ia berlaku kira-kira 3.30 pagi ini.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian dan telah mengambil keterangan daripada beberapa pengawal keselamatan yang berada di stesen bas berkenaan bagi membantu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan dan kita menunggu laporan daripada forensik," katanya ketika ditanya sama ada polis mengesyaki berlaku perbuatan khianat.

Tiga daripada bas yang musnah itu dimiliki Syarikat Reliance Omnibus Company Sdn Bhd dan sebuah lagi kepunyaan Kinta Omnibus Sdn Bhd.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 3.44 pagi dan 14 anggota yang bergegas ke tempat kejadian berjaya memadamkan api selepas kira-kira sejam.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan stesen berkenaan, Yeo Sin Hock, 49, mendakwa ternampak sebuah lori memecut keluar dari kawasan berkenaan semasa api sedang marak.

"Saya nampak lori itu keluar semasa (saya) berlari untuk melihat api," katanya.

Pengarah Urusan Reliance Omnibus Company Sdn Bhd, Mohd Syaful Abdullah, berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan kepada polis.
 
Last edited:
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
pehh..macam kat movie dah ipoh
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Ni kes marah sgt ke??? Alahai naper laaa buat perangai yg tak elok gini.
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
tutup jela medan kidd tu..
dah old skoll sgt...
 

Anonymous89

Super Active Member
ForexMart Fans
Joined
Apr 28, 2009
Messages
5,408
Reaction score
28
Points
80
empat bas tu terbakar ...
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
biar ler medan kid tu.. masih boleh handle bas henti2...

tgk ler hentian bas ekspres medan gopeng tu... tak ler secantik mana pun...


kalo paper tulis sebab khianat, saper yg nak khianat prkhidmatan awam???
kecuali ler ada antara owner bas kat ipoh tu yg berebut trip laluan...

tapi rasanya bas kat ipoh tu dah start digabungkan... ada 3 company yg bergabung dia bawah jenama PERAKtransit... bas color pink low floor...
 

lampor_2003

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
11,045
Reaction score
137
Points
123
nak mintak bus baru ler tuh..bas yg sedia ader tuh da buruk sgt..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register