Empat bas dibakar angkara khianat

CG Sponsors




BlackSweater

Freshie
Joined
Jan 7, 2010
Messages
21
Reaction score
0
Points
3
Empat buah bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, dipercayai akibat perbuatan khianat dalam satu kebakaran di stesen bas Medan Kidd di Ipoh, Perak.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, katanya kepada pemberita.

Beliau berkata polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang
menyiasat punca kejadian dan mengambil keterangan daripada beberapa pengawal keselamatan yang berada di stesen bas berkenaan bagi membantu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan dan kita menunggu laporan daripada forensik," katanya ketika ditanya sama ada polis mengesyaki berlaku perbuatan khianat.


Tiga daripada bas yang musnah itu dimiliki Syarikat Reliance Omnibus Company Sdn Bhd dan sebuah lagi kepunyaan Kinta Omnibus Sdn Bhd.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima aduan pada
pukul 3.44 pagi dan 14 anggota yang bergegas ke tempat kejadian berjaya
memadamkan api selepas kira-kira sejam.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan stesen berkenaan, Yeo Sin Hock,
49, mendakwa ternampak sebuah lori memecut keluar dari kawasan berkenaan semasa
api sedang marak.

"Saya nampak lori itu keluar ketika (saya) berlari untuk melihat api,"
katanya.

Pengarah Urusan Reliance Omnibus Company Sdn Bhd, Mohd Syaful Abdullah
berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian itu.

Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan kepada polis. - Bernama
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
ataupun saja nk claim insurans..
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
huh..ipoh punya bas memang terbaik dari ladang:)):))

naik bas yang macam nak roboh..hahahaha
 

Dzil77

Active Member
Joined
Dec 7, 2007
Messages
1,908
Reaction score
1
Points
20
huh..ipoh punya bas memang terbaik dari ladang:)):))

naik bas yang macam nak roboh..hahahaha

Sokong!..:)paid
Mmg saja bakar ni, pastu claim insuran, baru dpt bas baru n cantik mcm bas PLKN tu!...:)paid:)paid
 

mamza

Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
2,032
Reaction score
1
Points
30
pekerja mogok kot.. tak bayar gaji, atau x bagi bonus
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
Sokong!..:)paid
Mmg saja bakar ni, pastu claim insuran, baru dpt bas baru n cantik mcm bas PLKN tu!...:)paid:)paid
rugila tetiap tahun bayar insuran,
tapi tak dapat claim:)):))

yeah...pasni ipoh ada bas baru:">:">:">
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..mcm ada sesuatu yg x kena da..nak claim insuran da kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register