hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,065
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,065
- Reaction score
- 1,241
- Points
- 201
Empat anggota polis ditahan kes curi barang kemas
KUALA LUMPUR - Empat anggota polis ditahan sekitar Setapak pada Khamis berkaitan kes kecurian barang kemas milik seorang individu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua suspek ditahan terdiri daripada anggota berpangkat konstabel dan koperal.
Beliau berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan seorang lelaki berkaitan kes kecurian barang kemas.
"Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai kertas enquiry polis (KEP), bagaimanapun setelah beberapa keterangan diperoleh, polis mengklasifikasikannya semula kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
"Susulan siasatan terbabit, tangkapan kemudian dijalankan melibatkan terhadap empat suspek yang merupakan anggota polis di sekitar Setapak," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kesemua suspek terlibat berumur antara 28 hingga 35 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
"Rampasan turut dilakukan melibatkan sekeping resit dan satu logam berwarna kekuningan dengan anggaran berat 11.52 gram.
"Kesemua suspek kini direman tiga hari setelah permohonan reman dibuat dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Kredit Sinar Harian