BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Emirates guna 30 Airbus A380

Toxic2010

Legendary Member
gem
Messages
11,012
Joined
Jun 3, 2010
Messages
11,012
Reaction score
335
Points
131
EMIRATES bercadang beroperasi menggunakan 30 Airbus A380, pesawat terbesar di dunia, bagi penerbangan harian dari Dubai ke 15 destinasi utama seluruh dunia termasuk Malaysia tahun ini.

Naib Presiden Kanan Bahagian Operasi Komersial Timur Jauh dan Australasia Emirates, Richard Jewsbury, berkata kini Emirates memiliki 20 pesawat A380 dan menjangkakan memiliki 10 pesawat tambahan menjelang hujung tahun ini.
Beliau berkata, A380 bukan saja dapat mengurangkan kos operasi syarikat, tetapi mampu menyokong permintaan perkhidmatan penerbangan harian global yang semakin meningkat.
“Kemampuan A380 membawa hampir 500 penumpang dapat mengurangkan jumlah pesawat komersial berada di ruang udara serta kesesakan di lapangan terbang utama dunia,” katanya pada taklimat media Airbus A380 Emirates di ibu pejabat Emirates di Dubai, baru-baru ini.

Mengulas kapasiti penumpang yang mampu dibawa A380 miliknya, Jewsbury berkata, penerbangan yang disediakan terbahagi kepada dua jenis pesawat iaitu dengan jumlah tempat duduk 489 dan 517.

Beliau berkata, bagi pesawat A380 dengan 489 tempat duduk, ia digunakan untuk penerbangan jarak jauh bagi keselesaan penumpang.

“Maklum balas diterima daripada penumpang A380 Emirates secara keseluruhannya adalah positif.
“Selain ruang tempat duduk lebih luas, pengenalan beberapa produk utama dalam pesawat disifatkan unik hanya dapat dinikmati menerusi A380,” katanya.

Antara produk unik yang disediakan bagi penerbangan A380 termasuk bilik mandian spa untuk Kelas Pertama, kerusi boleh diubah sebagai katil menerusi kelas premium dan 1,200 siaran hiburan untuk semua kelas dikenali ICE (Maklumat, Komunikasi dan hiburan).

Kini, Emirates A380 bagi laluan Dubai-Kuala Lumpur menyediakan 21 penerbangan seminggu tanpa henti.

Airbus A380 syarikat terbabit turut menyediakan perkhidmatan penerbangan harian ke Melbourne-Kuala Lumpur.
 
EMIRATES bercadang beroperasi menggunakan 30 Airbus A380, pesawat terbesar di dunia, bagi penerbangan harian dari Dubai ke 15 destinasi utama seluruh dunia termasuk Malaysia tahun ini.



30 pesawat yg dimiliki syarikat penerbangan Dubai Emirates..banyak betul.:o
 
Back
Top
Log in Register