- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KATA orang, soalan yang paling mudah adalah soalan yang paling sukar untuk dijawab. Umpamanya soalan ini. Apakah yang akan anda lakukan dengan telefon bimbit lama anda yang tidak lagi digunakan?
Bermacam-macam jawapan pasti bermain di fikiran sehingga anda 'terperangkap' dalam memilih jawapan yang benar-benar membawa kebaikan. Kebaikan itu tentulah pulangan positif kepada diri sendiri, tidak merugikan dan boleh memberi impak positif kepada dunia keseluruhannya.
Kajian terbaru oleh Nokia yang melibatkan 6,500 orang di 13 buah negara mendapati terdapat empat jawapan popular yang diberikan. Sebanyak 44 peratus responden memilih untuk menyimpan telefon bimbit yang tidak digunakan lagi di rumah, 33 peratus memberinya kepada orang lain, 16 peratus menjualnya dan empat peratus membuangnya di tapak pelupusan sampah.
Hanya tiga peratus yang mahu mengitar semula telefon bimbit. Kajian itu turut mendedahkan 72 peratus daripada responden tidak tahu bahawa telefon bimbit boleh dikitar semula. Mungkin kerana kitar semula telefon bimbit tidak sepopular kertas atau tin minuman.
Barangkali juga, tidak ramai sedar bahawa telefon bimbit yang tidak digunakan lagi mempunyai nilai yang tinggi. Tahukah anda bahawa di dalam telefon bimbit tersimpan logam berharga seperti besi, tembaga, nikel dan emas? Bayangkan berapa banyak nilai yang dibazirkan begitu sahaja jika ia sekadar terperuk di dalam laci atau pusat pelupusan sampah.
Sapa yang kaki tukar HP boleh simpan ler HP lama tu...