Emas sebagai alat pelaburan??

CG Sponsors




ghazaliseman

Active Member
Joined
Aug 5, 2008
Messages
1,102
Reaction score
17
Points
25
Saya petik sedikit dari artikel dari blog ustaz zaharudin - http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/

MENYEDIHKAN BILA EMAS DIJADIKAN ALAT PELABURAN



Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.


Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam.

Memang benar, walaupun secara kontraknya jual beli mereka adalah sah apabila menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan itu tersasar dari Maqasid al-Shariah kepada penciptaan emas dan perak itu sendiri.

Malah jika benar-benar satu hari kelak emas dijadikan matawang, individu sebegini yang akan merosakkan system kewangan Islam di ketika itu. Mengapa? Kerana mereka terlibat dalam mengubah fungsi emas dan perak yang sepatutnya menjadi matawang kepada komoditi dan objektif untuk membuat untung atas perubahan nilai. Selagi mereka melaksanakan kerja itu, selagi itulah emas juga TIDAK SESUAI dijadikan matawang. Kelak nanti syiling-syiling matawang emas semuanya disimpan dan disorokkan dari gunapakai, kerana ingin menunggu nilainya menaik. Tatkala itu ia akan tergolong dalam erti ihtikar yang diharamkan.!

Perlu difahami, emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti gelang, rantai, cincin dan sepertinya tidak dilarang untuk dijadikan komoditi atas sifatnya yang telah bercampur dengan skill pembuatan dan ditokok tambah pula dengan batu permata dan sebagainya. Tatkala itu, barulah boleh diambil untung atas jualannya.
 
Sponsored Post

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,822
Reaction score
438
Points
91
Sebelum ni Ustaz Zaharuddin pernah menjawab persoalan berkaitan hukum akaun pelaburan emas di sini. Pendapat beliau Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan beberapa syarat.
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,822
Reaction score
438
Points
91
Apa yg aku paham apa yg Ustaz Zaharuddin cuba terangkan mengambil untung atas perbezaan nilai matawang adalah haram seperti FOREX. Tetapi pada masa ni pemerintah belum lagi jadikan emas/perak sebagai matawang. Kalau dah jadi matawang jelas la haram kalau diniagakan sebagai komoditi.

Ustaz Zaharuddin tak bagitau pelaburan emas/perak adalah haram, tetapi menggambarkan pelaburan emas/perak sebagai komoditi dengan meraih untung perbezaan nilai adalah menyedihkan, bermasalah dan terpesong drpd hakikat fungsi asal penciptaan emas/perak yg sepatutnya berfungsi sebagai matawang. Tetapi boleh jadikan emas/perak sebagai simpanan.

Ada pandangan lain?
 

soulsix

Super Active Member
Joined
Mar 31, 2009
Messages
5,867
Reaction score
8
Points
65
pendapat aku, emas & perak bukan matawang.dinar & dirham tu baru boleh dikatakn matawang. emas & perak cuma bahan mentah untuk menghasilkn matawang dinar & dirham. so sebagai bahan mentah mmg takleh lari dr didagangkn, just my 2 cents
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,822
Reaction score
438
Points
91
Pada masa sekarang dinar & dirham = matawang yg nilai mukanya tidak diiktiraf pemerintah untuk digunakan secara rasmi. Pada masa ni kebanyakkannya dijadikan bahan pelaburan sama seperti emas & perak tulen. Harga pun fluctuate ikut harga emas/perak semasa dunia.
 

THX

Active+ Member
Joined
Nov 15, 2008
Messages
3,922
Reaction score
76
Points
40
ada ke yg pelaburan yg halal? kalau hampir semuanya haram. adakah apabila currency dunia dah tak digunapakai, system barter pula digunakan, adakah gula yg ditukar dengan beras tu matawang? dan boleh ke gula itu disimpan sebagai pelaburan utk keuntungan dimasa depan apabila nilainya meningkat berbanding beras?

kembali kepada asas jual/beli, itupun kalau nak.
 

hazri99

Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
1,576
Reaction score
2
Points
25
matawang emas septutnyer jadi intrumen jual beli..hari ini di jadikan komoditi.. membuat untung atas perubahan nilai..
 

mohd80

Fun Poster
Joined
Feb 16, 2011
Messages
209
Reaction score
14
Points
15
Apa yg aku paham apa yg Ustaz Zaharuddin cuba terangkan mengambil untung atas perbezaan nilai matawang adalah haram seperti FOREX. Tetapi pada masa ni pemerintah belum lagi jadikan emas/perak sebagai matawang. Kalau dah jadi matawang jelas la haram kalau diniagakan sebagai komoditi.

Ustaz Zaharuddin tak bagitau pelaburan emas/perak adalah haram, tetapi menggambarkan pelaburan emas/perak sebagai komoditi dengan meraih untung perbezaan nilai adalah menyedihkan, bermasalah dan terpesong drpd hakikat fungsi asal penciptaan emas/perak yg sepatutnya berfungsi sebagai matawang. Tetapi boleh jadikan emas/perak sebagai simpanan.

Ada pandangan lain?
Kerajaan kelantan dah guna dinar & dirham dalam sistem jual beli. jadi haram ke Dinar kelantan dijual beli?:-?
 

miar88

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2008
Messages
330
Reaction score
13
Points
15
Pendapat saya yg masih br dlm bidang ini,
Dinar kelantan masih belum dikira sbg matawang secara amnya kerana tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan secara khususnya..
Betulkan jika saya salah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register