BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Emak Jadi rider, jual nasi lemak demi enam anak

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,671
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,671
Reaction score
914
Points
121
Jadi rider, jual nasi lemak demi enam anak

Oleh NOOR HAYATI MAMAT
18 Mac 2024, 8:30 am

ibu-tunggal-besarkan-enam-anak.jpg

Rohani (empat dari kiri) bersama enam anaknya di rumah sewa mereka di Kampung Machang, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Demi tanggungjawab terhadap enam anak, seorang ibu tunggal gigih membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan mereka.

Rohani Abdul Halim, 37, mencari rezeki dengan menjadi penghantar barang sambilan dengan bermotosikal di sekitar daerah ini selain menjual nasi lemak pada sebelah malam.

Sebelum ini, katanya, dia dan enam anaknya termasuk dua kembar berusia antara 8 hingga 14 tahun menetap di Klang, Selangor dan kemudian pulang ke Kampung Jerlan, di sini, selepas berpisah dengan suami kira-kira dua tahun lalu.

“Oleh kerana rumah pusaka terlalu uzur, saya membawa ibu, Juwariah Che Lah, 67, dan anak-anak berpindah dengan menyewa lot rumah kedai di Kampung Machang sebanyak RM300 sebulan sejak hampir setahun lalu.

“Pada mulanya saya berniaga nasi lemak dan minuman di rumah kedai itu bermula selepas maghrib hingga lewat malam setiap hari,” katanya ketika ditemui di Kampung Machang, di sini baru-baru ini.

Rohani berkata, disebabkan pendapatan menjual nasi lemak secara purata RM80 sehari tidak mencukupi untuk menyara keluarga, dia kemudian menjadi penghantar barang dengan meminjam motosikal adiknya sejak lebih dua bulan lalu.

“Kalau ikut memang penat, kena berkejar balik hantar barang terus buat persediaan memasak nasi lemak pada sebelah malam.

“Semuanya demi membesarkan anak-anak dan menyiapkan persiapan persekolahan mereka selain Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi,” ujarnya.

Tambanya, dia bersyukur turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM950.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank Rohani bernombor 12251164140 (Hong Leong Bank) atau menghubunginya di talian 011-37415086.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register