BTC USD 61,496.6 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Elyana Tahan Sakit Sampai Tak Tidur- “Akhirnya Saya Mengalah”

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,661
Reaction score
420
Points
91
Itu luahan penyanyi, Elyana yang mendedahkan lebih sebulan menanggung kesakitan hingga terpaksa ‘menyerah diri’ untuk dimasukkan ke hospital.

Ibu kepada dua cahaya mata yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak lebih 10 tahun lalu itu memaklumkan kesihatannya kembali merosot menerusi Instagram
152139wctjvvc2c6j9j68c.png

Dalam hantarannya itu, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, mendedahkan sudah lebih sebulan menderita menahan kesakitan hingga sukar melelapkan mata

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah

“Ujian Covid-19 memang wajib. Esok (hari ini) pemeriksaan jantung pula. Lusa buat ujian imbasan PET (Tomography Emission Positron) dan seterusnya, kemoterapi.

“Bismillahirrohmanirrohim. ‘You can do it, Nana!'” tulisnya di laman sosial sambil menyertakan gambarnya terbaring di katil hospital.

Difahamkan kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badan termasuk rahim, hati dan pangkal paha

*Kosmo
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
Kuat dia ni dari dulu. Stage 4 tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register