Elaun tahunan guru agama Al-Quran P. Pinang ditambah 50 peratus

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
KEPALA BATAS 3 Dis — Lebih 2,000 guru agama dan guru Al-Quran di Pulau Pinang akan menikmati peningkatan bayaran elaun dan saguhati tahunan sebanyak 50 peratus daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang mulai tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahya berkata seramai 250 guru agama yang mendaftar di bawah MAIPP akan menerima elaun tahunan sebanyak RM600 berbanding RM300 sebelum ini.

Beliau berkata sebanyak 1,821 guru Al-Quran yang mengajar secara sukarela di rumah atau di masjid dan surau diberi bayaran sagu hati sebanyak RM600 berbanding antara RM50 hingga RM300 sebelum ini.

“Peningkatan bayaran elaun dan sagu hati tersebut melibatkan penambahan peruntukan PUZ sebanyak RM500,000 setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Zakat Perdana PUZ di sini, hari ini. Selain itu, katanya PUZ juga telah menambah peruntukan bulanan dari RM250 ke RM400 kepada lebih 1,200 fakir miskin termasuk orang kurang upaya dan ibu tunggal sejak Mei lepas.

Beliau berkata PUZ Pulau Pinang mensasarkan peningkatan jumlah kutipan zakat sebanyak RM38 juta pada tahun depan berbanding RM36 juta tahun ini. — Bernama
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Bagos la mcm tu, xde la duit zakat digunakan utk pertandingan golf lagi :))
 

habibyana

Fun Poster
Joined
Apr 6, 2007
Messages
463
Reaction score
0
Points
10
biler lak pahang nk buat cam ni gak? klu ade, dpt gak rezeki lebih utk mak aku ^_^
 

m.k.a

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
518
Reaction score
0
Points
10
alhamdulillah..naik sikit taraf guru al-quran dan guru agama kat penang!!
 

wealthgainer

Legendary Member
Joined
May 20, 2007
Messages
13,976
Reaction score
42
Points
120
Bagus pulak Shabudin ni bila berkhidmat dibawah naungan PR...:D. Kalau buat dari dulu kan bagus...takde la orang nak pangkah parti laen...:))
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,456
Reaction score
4,235
Points
196
bagus ler.... fakta dah jelas 85 peratus penduduk pulau pinang adalah orang Islam.
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
92
Points
120
camni laa kerajaan yg bagus... :D
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
yeke?
baguslah... aminnnnnnnnn..
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
walaupun penang ketua nye ialah DAP, tapi dia pandai amik hati rakyat yg memilihnye...
napala umno x buat camni ek?
:-?
dunia dah kiamat...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register