BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Elaun Askar Wataniah naik

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpg

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Program Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN ONLINE / KAMAL BASIR WAHAB




BAGAN DATUK 31 Mac - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun Askar Wataniah daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai dan RM6 kepada RM8 bagi anggota lain-lain pangkat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi kadar baharu itu, setiap anggota Askar Wataniah akan diberikan kenaikan sebanyak RM2 untuk sejam.

"Saya umumkan bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, elaun Askar Wataniah dinaikkan dengan rasminya.

"Elaun dibayar mulai Perdana Menteri umumkan kenaikan elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Ertinya mana-mana saudara saudari yang bertugas sebelum ini harus dibayar penuh mengikut elaun yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt. Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Sebanyak 4,000 anggota sukarelawan Askar Wataniah termasuk Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) serta Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) mengambil bahagian pada majlis kali ini yang antara lain bertujuan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan belia. - UTUSAN ONLINE









sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/elaun-askar-wataniah-naik-1.638858#ixzz5BKX6TEXY








.
 
skrg beri utk memberi itu ini
 
dengan keadaan pengurusan kewangan kerajaan yg byk persoalan, bila ada kenaikan yg diberikan, akan timbul persoalan lain. peruntukan kenaikan tu dpt dari mana? yg sedia ada pun mcm peruntukan tiada, tkpun peruntukan ada, tapi duit nya takde.
kalu dari syarikat swasta, bagi saya ianya mmg rezeki mereka. tapi bila dari kerajaan, takziah pd rakyat Malaysia.
 
dengan keadaan pengurusan kewangan kerajaan yg byk persoalan, bila ada kenaikan yg diberikan, akan timbul persoalan lain. peruntukan kenaikan tu dpt dari mana? yg sedia ada pun mcm peruntukan tiada, tkpun peruntukan ada, tapi duit nya takde.
kalu dari syarikat swasta, bagi saya ianya mmg rezeki mereka. tapi bila dari kerajaan, takziah pd rakyat Malaysia.


subsidi pn bnyk kena tarik.
 
ada sykt GLC dah potong bonus staff, ada khabar,duit lebihan itu utk dana pilihan raya.
x fair la, staf bertungkus lumus, company untung berbillion RM, bonus ciput.

apa2 pun ringan sikit beban askar, cumanya kenaikan tu hanya bila nak pilihanraya,
ini taktik pemerintah, lepastu, bebanan kos tambahan akibat kenaikan elaun akan dipindahkan kpd rakyat yg lain spt penarikan subsidi, projek prasarana kerajaan berkurangan, sehingga membebankan rakyat.
 
Back
Top
Log in Register