BTC USD 58,959.6 Gold USD 1,802.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

El Penon de Guatape : Monolitik Batuan Terkenal Di Colombia

seether

CG Top Poster Club
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,417
Reaction score
6
Points
311
Bagi sesetengah orang, negara Colombia mungkin terkenal dengan status nya sebagai sebuah negara yang penuh dengan keganasan dan jenayah terutamanya apabila melibatkan kes-kes penculikan, kumpulan penentang kerajaan dan kewujudan kartel dadah antarabangsa.

Walaubagaimanapun, negara yang disenaraikan sebagai salah satu negara yang berbahaya di dunia ini mempunyai keunikan geologi nya yang tersendiri yang dikenali sebagai El Peñón de Guatapé.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai monumen ini, meh usha kat bawah ni..


Guatape+001.jpg



El Penon de Guatape atau pun dikenali juga sebagai "The Guatape Rock" merupakan sebuah monolitik batuan besar yang mempunyai ketinggian kira-kira 2, 135 meter dari paras laut.

Batuan ini juga pernah menjadi bahan sembahan golongan Tahamies Indians. Pada tahun 1900-an, batuan monolitik yang mempunyai anggaran berat 10 tan ini pernah dilihat golongan petani sebagai satu gangguan untuk mereka bercucuk tanam.


Pada tahun 1954, sekumpulan pendaki yang kononnya didesak olek para paderi tempatan telah mendaki batuan berkenaan menggunakan sejenis papan yang diletakkan di celah rekahan batuan.

Mereka ini dikatakan sebagai kumpulan manusia pertama yang pernah mendaki El Peñón de Guatapé.

Proses mendaki batuan ini boleh mengambil masa selama 5 hari, namun dengan pemandangan yang indah berserta penemuan tumbuhan spesies baru, Pitcairma Heterophila, batuan ini mampu menjanjikan tarikan pelancong yang sederhana.


Batuan ini mempunyai satu garisan rekahan panjang yang digunakan oleh para pelancong untuk mendakinya ke atas.

Di dalam celah rekahan tersebut, tangga sebanyak 649 anak tangga telah disediakan dan ia merupakan satu-satunya cara untuk ke puncak batuan tersebut.

Pada 1970-an, kawasan sekitar batuan tersebut telah diempang dan kini ia mempunyai pemandangan siri dramatik tasik dan pulau-pulau.


Hari ini, anda boleh mendaki batuan ini yang telah disenaraikan sebagai khazanah negara Colombia dengan bayaran sebanyak USD2.

Di sana, anda mampu melihat pelbagai khazanah peninggalan keagamaan di dalam sebuah menara setinggi 3 tingkat di puncak batuan tersebut.



Guatape+002.jpg



Guatape+003.jpg



Guatape+004.jpg



Guatape+005.jpg



Guatape+006.jpg



Guatape+007.jpg



Guatape+010.jpg



Guatape+011.jpg



Guatape+012.jpg




Sumber : Drysheet
 
Sponsored Post

Hitman™

Legendary Member
Joined
Apr 27, 2010
Messages
12,286
Reaction score
163
Points
128
tangga zigzag cmtue lg penat berjalan.
tp save ruang
 

seether

CG Top Poster Club
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,417
Reaction score
6
Points
311
tempat menarik utk pelancong..
tp antara negara berbahaya dunia..
buat org luar was2 nak dtg..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,945
Reaction score
2,930
Points
206
Cantik betul.
Tapi, selamat ke tangga tu?..Huhu
 

seether

CG Top Poster Club
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,417
Reaction score
6
Points
311
Cantik betul.
Tapi, selamat ke tangga tu?..Huhu

selagi posisi dia kukuh..
ok kot bro..tgk tangga dia
pon tangga batu...kalau jadi
gempa bumi ke apa xleh buat ape je
la..haha..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register