BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eksport Durian Malaysia Dijangka Cecah RM1.8 Bilion Menjelang 2030 - KPKM

Md Hanif

Active Member
Messages
1,481
Joined
Jun 13, 2023
Messages
1,481
Reaction score
110
Points
38
7ebafc4c478839445e746ce007ffc59e66cb116ef41a2


6cf3cbd343441f84512594f54d1f99d266cb119dcbc1c


4747a0eddafd2a469db42334a69d96b866cb1181170ea


0c51647adf7994d459ffc15439855fb666cb115418448


Nilai eksport durian diunjur terus meningkat kepada RM1.8 bilion menjelang 2030, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata prestasi eksport durian negara dalam tempoh lima tahun iaitu 2018 hingga 2022 juga menggalakkan dengan nilai eksportnya melonjak 256.3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta.

Pada 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai RM1.14 bilion yang juga tertinggi dalam sejarah.

Durian juga secara keseluruhan adalah penyumbang utama atau 58.6 peratus kepada nilai eksport buah-buahan negara pada 2022 daripada nilai keseluruhan RM2.01 bilion.

“China merupakan pasaran eksport utama buah durian Malaysia dengan nilai eksport RM887 juta pada 2022 iaitu tertinggi dalam sejarah pengeksportan durian ke negara itu,” katanya.

Penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China semalam, kata KPKM, juga selamat tiba Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, hari ini.

Pengeksportan pertama durian segar itu adalah hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar Dari Malaysia ke Republik Rakyat China yang dimeterai pada 19 Jun lepas.

“Tambahan akses durian segar ini memberi peluang kepada usahawan tempatan bagi meneroka pasaran di China, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka memandangkan sebelum ini hanya durian sejuk beku sahaja dibenarkan dieksport," katanya.

Penerimaan buah durian segar pertama ke China itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bersama-sama Timbalan Gabenor Wilayah Henan Sun Shougang dan Pengurus Besar Zhongyu Aviation Group Liu Jianmin di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou.

Durian segar itu diedarkan oleh 10 syarikat pengimport menerusi outlet peruncitan di enam wilayah iaitu Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Nanning.

Terdahulu, Mohamad mengadakan pertemuan dengan Governor Wilayah Henan Wong Kai dan secara bersama bersetuju bahawa kejayaan pengeksportan itu membuka peluang kerjasama sektor pertanian yang lebih meluas.

 
Back
Top
Log in Register