BTC USD 84,852.8 Gold USD 3,298.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,396
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,396
Reaction score
4,459
Points
266
Awards
1


Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad | 10 Julai 2022​

4,818 views Streamed live 79 minutes ago

Sempena hari lahir ke-97 hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad amat bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan nikmat umur yang panjang kepadanya.

"Banyak orang yang apabila tidur tak bangun dah. Jadi saya bersyukur (dikurniakan umur yang panjang)," kata negarawan unggul itu secara eksklusif kepada Astro AWANI dalam wawancara dengan beliau.

Ikuti temu bual dengan Dr Mahathir sekarang di saluran 501 dan semua platform digital Astro AWANI.
 
Last edited:
Sponsored Post

Tun M dakwa Anwar halang pemimpin negara asing daripada bertemunya​


19 Februari 2025 06:18pm

Dr Mahathir ketika ditemu bual dalam podcast Apa Cerita? bertajuk Menyelusuri memori Dr Mahathir dan persahabatan beliau bersama Tun Daim Zainuddin yang dimuat naik di YouTube pada Selasa.

Dr Mahathir ketika ditemu bual dalam podcast Apa Cerita? bertajuk Menyelusuri memori Dr Mahathir dan persahabatan beliau bersama Tun Daim Zainuddin yang dimuat naik di YouTube pada Selasa.

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beberapa pemimpin negara asing daripada bertemu dengan beliau.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pemimpin-pemimpin yang disekat berkenaan merupakan rakan beliau sendiri.

“Ada pemimpin negara asing dari dua tiga buah negara minta nak jumpa saya, oh (Anwar kata) tak boleh jumpa.
“Pemimpin itu kawan saya, kenal dengan saya. Mereka datang ke Malaysia nak jumpalah dengan saya, (namun Anwar cakap) oh tak boleh. Jadi beliau yang potong semua hubungan,” dakwanya ketika ditemu bual dalam podcast Apa Cerita? bertajuk Menyelusuri memori Dr Mahathir dan persahabatan beliau bersama Tun Daim Zainuddin yang dimuat naik di YouTube pada Selasa.

Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi mendakwa, penyokong Anwar sendiri turut dilarang berjumpa dengannya dan dikenakan tindakan sekiranya berbuat demikian.

“Bukan sahaja bertemu dengan saya, orang lain nak jumpa saya pun tak boleh, tak dibenarkan. Kalau ada penyokongnya jumpa saya, beliau ambil tindakan," katanya.

Dr Mahathir berpandangan sekiranya hubungan beliau dengan Anwar berkeadaan baik sekarang, pastinya banyak masalah negara dapat diselesaikan secara bersama.

Namun, dakwanya lagi, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah seorang pemimpin yang boleh menerima nasihat.

“Anwar bukan orang yang nak terima nasihat. Saya boleh bagi nasihat, saya juga boleh bagi pendapat. Saya fikir bila kita bincang, kita boleh selesaikan banyak masalah seperti ekonomi, politik, sosial dan masalah peribadi tapi beliau langsung tak nak bertemu dengan saya.

“Macam mana nak berdamai? Boleh dengan syarat beliau (Anwar) mengaku tuduhannya bahawa saya curi duit tidak benar. Kalau dia mengaku yang tu saya sangguplah (berdamai),” katanya.

Pada 30 Mei tahun lalu, Dr Mahathir dilapor mencabar Anwar untuk memberitahu keberadaan wang kerajaan yang didakwa dicuri dan dimiliki beliau.

Dr Mahathir berkata, beliau sanggup membawa pulang seratus peratus duit yang dikatakan ada padanya dan didermakan kepada orang miskin.

Sebelum itu, Anwar mendakwa Dr Mahathir mencuri berbilion duit kerajaan semasa menjadi Perdana Menteri.

 

Apa Cerita? Menyelusuri Memori Tun Dr. Mahathir & Persahabatan Beliau Bersama Tun Daim | Episod 45​

Episod ini dibawakan khas oleh PTTI #PivotYourFuture. Pelbagai perkongsian dapat dikongsikan didalam episod ini dan tidak lupa juga kempen #NakUbahMember di mana penonton bertuah yang menyertai kempen ini akan memenangi pelbagai hadiah menarik serta berpeluang untuk mentonton secara live Apa Cerita? Podcast! Nak berubah? Jangan berubah sorang-sorang okay? #NakUbahMember

Chapters
00:00 Intro
05:03 Segment 1: Childhood and Early Life
10:26 Segment 2: Pre-politics
21:30 Segment 3: Hubungan bersama Tun Daim
46:58 Segment 4: Hard and Interesting Question
1:16:26 Outro

 

PODCAST DR. M EP02 | Bailout, GISB & Nelson Mandela​

Di dalam episod ini, Tun Dr Mahathir bersama moderator Shamsul Akmar membincangkan mengenai suntikan RM1.1 Bilion ke Sapura Energy dan perbandingan pendekatan Tun semasa krisis kewangan 1997/1998.

Tun juga mengupas layanan kerajaan terhadap GISB, nasib Melayu di Singapura. Dr Mahathir juga berkongsi pengalaman membantu Afrika Selatan pilihanraya pasca Apartheid dan pandangannya terhadap kepimpinan Nelson Mandela.

 

PODCAST DR.M EP01 | Trump-Zelenskyy & Krisis Kewangan 1997​

Podcast ini menampilkan Tun Dr Mahathir sebagai hos tetap. Setiap episod membawakan perbincangan mendalam mengenai politik, isu semasa dalam dan luar negara, isu global dan cabaran sosio-ekonomi.

Dengan moderator jemputan, podcast ini membuka ruang diskusi kepada pelbagai perspektif dalam memahami cabaran semasa dan masa depan.

Dalam episod pertama ini, Tun Dr. Mahathir bersama Shamsul Akmar membincangkan isu layanan luar biasa Trump terhadap Presiden Ukraine, Zelenskyy, serta perbincangan mengenai NATO dan Warsaw Pact.

Beliau juga mengimbau kembali krisis kewangan Asia yang menimpa Malaysia pada tahun 1997, dan menjelaskan bagaimana beliau bertindak untuk mengelakkan Malaysia daripada bergantung kepada IMF dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara.

00:00 - Intro
00:25 - Pandangan Dr M mengenai pertengkaran Ukraine-AS di White House
01:35 - Adakah kebergantungan Ukraine kepada AS memakan diri?
04:50 - Agenda sebenar Ukraine sertai NATO
07:20 - Kenapa Rusia masih dianggap ancaman selepas Perang Dingin
10:10 - Adakah dasar Rusia punca ia dimusuhi Barat?
12:30 - Adakah perang sebenarnya untuk menguasai ekonomi?
15:25 - Apa kemungkinan selepas kritikan Trump terhadap Presiden Ukraine?
17:10 – Adakah sikap Trump terhadap Russia akan meredakan ketegangan di Eropah?
19:45 – Mampukah perubahan dasar Trump menstabilkan geopolitik dunia?
23:10 – Adakah Trump cuba mengurangkan pengaruh Russia & China?
24:10 – Adakah dunia menuju ke era hegemoni Amerika?Krisis Kewangan Asia 1997/98
26:10 – Kenapa Tun menolak IMF semasa krisis?
28:05 – Kenapa Indonesia terpaksa menerima IMF?
29:45 – Betulkah IMF mengutamakan pembayaran hutang kepada negara luar?
31:00 – Rasional Tun menambat Ringgit ketika krisis
33:15 – Pandangan Tun terhadap kritikan Bank Dunia terhadap IMF
34:45 – Dari mana Tun dapat inspirasi untuk pemulihan ekonomi?
37:20 – Adakah Tun takut jika keputusan dasar pemulihan silap?
40:05 – Bagaimana perasaan Tun selepas keputusan itu dibuat?
42:00 – Bagaimana Tun menghadapi krisis ekonomi dan pergolakan politik serentak?

 

"Tanah Melayu tak akan jadi Tanah Melayu lagi" - Tun M​

Alhamdulillah, berpeluang duduk berhadapan dengan seorang negarawan yang kini mencecah usia 100 tahun, mendengar sendiri kisah perjuangan dan pemikirannya tentang jati diri orang Melayu.

Sebagai seorang pemimpin yang telah melihat segalanya dari kemerdekaan hingga globalisasi beliau tidak berselindung dalam memberi pesanan pedas kepada generasi hari ini.

Adakah Melayu benar-benar masih kuat, atau kita sudah kehilangan jati diri?

 

PODCAST DR. M EP03 [Edisi Khas Raya Part 1] | Bazar Ramadan, Peminggiran Melayu dan Serangan Subuh​

Podcast Dr M Episod 3 kali ini merupakan Edisi Khas Raya dan dalam bahagian pertama ini moderator Shamsul Akmar membincangkan mengenai pengalaman Tun dalam lawatan ke Bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan kali ini serta perbincangan mengenai peminggiran Melayu.

Selain itu, Tun Dr Mahathir turut berkongsi pengalaman ketika Malaysia melancarkan Serangan Subuh atau Dawn Raid untuk memiliknegarakan syarikat perladangan Guthrie menerusi pembelian di pasaran saham terbuka United Kingdom pada tahun 1981.

Nantikan Edisi Khas Raya Bahagian 2 sebelum Aidilfitri akan datang dengan moderator jemputan, Faizal Tahir.

 

PODCAST DR. M EP03 [Edisi Khas Raya Part 2] | Cerita Raya​

Dalam Episod 3 Edisi Khas Raya Bahagian 2 pula, Podcast Dr M menampilkan penyanyi, Faizal Tahir sebagai moderator jemputan.
Untuk edisi ini, Tun Dr Mahathir berkongsi pengalamannya berhari raya terutama sewaktu kecil dahulu.
Selain itu, Tun Dr Mahathir turut memberi mesej Hari Raya buat seluruh rakyat Malaysia.



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register